Friday, October 25, 2013

Memujuk Hati yang Pecah Berderai

*sobs*

Rindu kat Sophea. Dia ada kat taska *sobs*

Akhirnya keputusan dah diambil, hantar dia kat taska bawah rumah.

Walaupun awalnya nak hantar dia dekat taska dekat dengan office, tapi *sigh* tengok orang yang jaga tu pun macam acuh tak acuh saja.

Bencilah.
Tapi *sigh* memang susahlah.

Taska hunting ni boleh buat aku depress sejuta tahun.
Tapi kalau tak hantar kat taska, siapa nak jaga kan?

Bila masuk ada yang taska lantai melekit-lekit. Ada yang babycot senget benget. Ada taska yang bau stuffy nak mampos. Ada penjaga taska yang macam tak mandi seminggu.

*nanges*

Kenapa oh kenapa?

Hari tu Principal Kakak Tisya cakap diaorang dah nak buat opening untuk baby pulak next yeat.
Hati melonjak riang. Daycare Kakak tu memang senanglah hati nak hantar.
 but they gonna charging RM950 per baby.
Gua Ali Baba mana nak aku cari?

Berhenti kerja is not an option.
Ini pun dah 2 minggu ambil unpaid leave. Gua dah guna setahun punya leaves dah *nanges*

Tengok muka Sophea memang tak sampai hati. Nak nak dua minggu lepas ni menjadi-jadi pulak dia muntah everytime lepas minum susu. Buat lah macamana pun memang muntah balik. Sehari 5,6 pasang tukar baju.

Badan kita pun dah bau muntah manjang.

Still berharap 2 taska yang nama Sophea dalam waiting list tu cepat-cepatlah accept. Kalau dekat dengan office senang hati sikit. Apa-apa senang zuppp ambil dia balik, tak cukup susu zuppp boleh hantar, balik lambat sikit pun masih terasa dekat. Nanti dia sorang-sorang dekat Bangi, kalau terpaksa balik lambat, say 5pm, memang aku anxiety lah sepanjang Silk Highway tu. Rasa nak keluar kereta, rasa nak terbangkan kereta, sesak nafas terbayang anak tunggu lama dekat taska, tapi kita masih stuck dalam jam.

Kesian Sophea. Macam kakak Tisya dulu, lepas pukul 4.30pm je orrng yang jaga cakap dia dah taknak minum susu dah. Sebab selalu 4.30pm ambil dia, nanti terus direct bf dalam kereta. Kalau lambat, tahan dia tunggu takmo susu botol.

Hari pertama hantar Sophie untuk trial, memang sedih tapi sepanjang hari kita ok lagi. Kita kemas almari (asingkan baju-baju saiz xs dan s, masuk dalam zipper bag.)(Last-last baju aku tinggal 10 helai je yang tinggal kot). Tapi masa ambil dia, hishh kesian sangat. Dia macam confuse. Dia tengok je. Tak senyum tak apa. I pun memangis-nangis la cakap kat husband, mesti dia marah sebab tinggalkan dia dekat taska. Sampai kat rumah pun dia cam confuse lagi. Pastu masa nak tidur dia cam cranky. Nak dukung saja. Bukan takat nak dukung, kena dukung sambil dakap kuat-kuat dekat dada. Husband try sambil duduk letak kat peha, dia terus terjaga. Lepas dukung peluk dekat dada, baru dia tidur balik. huwaaa.Malam pun dia tidur tak lena, asyik terjaga-jaga. peluk dia baru tidur balik. Dia takut kena tinggal ke? Lepas tu esoknya, masa nak hantar pun sedih gila. Dia tengok je kita pass dia kat orang lain isk isk. Balik rumah kita nangis sambil peluk selimut Sophie.

Sorry Sophie.
Kalau ada pilihan lain Mama tak hantar Sophie.

Sepanjang hari fikir, nanti Sophie ok kah?
Diaorang ingat tak Sophie kena tegakkan badan dia lepas minum susu, kalau tak dia muntahkan susu balik? Sophie selalu bangun kalau bising, tapi taska memanglah bising, habis macamana Sophie tidur nanti? Sophie selalu ajak bual-bual sebelum tidur, nanti diaorang layan Sophie tak? Masa mandi Sophie suka rendam badan sambil tuang air pelan-pelan dekat perut, nanti Sophie mandi macamana?

*nanges*

Tapi mesti ada ibu-ibu kat luat sana yang terpaksa buat benda yang sama kan?
Kalau mereka boleh, kita pun boleh lah kan?

OK nak peluk selimut Sophie balik.















1 comment:

Marinna Mohd Noor said...

ye sy penah berada dlm kasut anda masa mula2 anta anak pi daycare... huhu! anak x nangis tp mak dia yg beria nangis...