Sunday, September 29, 2013

Redah dan berjaya

*tarik nafassss, hembussssss*

Hai, lama kita tidak bersua muahahahahahahah

Tau tak awal-awal masa kita baru pregnant, kita ingat boleh la buat documentation pasal kita punya pregnancy kan.. tapi adalahhh mustahil rupanya

1st trimester sangatlah dasyat. Bukan takat morning sickness, afternoon, evening, night, midnite sume kita rembat. Dalam satu hari lebih 3 kali lah juga bluekkk sana sini. Merata muntah haku hahahhaha

Letih tak usah cakaplah. Kesian kat Tisya, kadang-kadang rasa dia cam terabai terkontang kanting sengsorang, pasal gua dah kelepek cam pisang penyek (nak gak rhyme kan).

Ada satu hari, lepas bluek cam gila, kita terjelepuk atas sofa sampai tertidur, bila sedar je, Tisya tergolek tidur atas lantai sorang-sorang. Haku rasa nak hempuk kepala sendiri dekat dinding berkali-kali! Apa lah punya emak kan *sobs*

Lepas tu, 1st day Tisya masuk kindy, boleh pulak kita pengsan dekat depan sekolah Tisya. Drama kannnnnn? Hampeh betul. Nasib la ada sorang mak pada sorang budak ni, tolong ribakan kita yang dah terbaring cam kayu balak kat tengah jalan blocking jalan orang nak hantar anak, sementara husband reversekan kereta dekat sikit nak hempuk kayu balak ni dalam kereta. Hishhh jangan dorang ingat aku nervous hantar anak pergi sekolah, sampai pengsan-pengsan sudah (sempat lagi nak pikir apa orang pikir).

Ohh siap plak husband kita kena masuk hospital. Tunggang langgang mak buyung dengan low blood pressure ke hulu ke hilir dengan Tisya sorang-sorang. Nasib tak black out masa driving.

Awal-awal 2nd trimester masih kelepek lagi, tapi dah tengah-tengah tu dah OK sikit. Tapiiiiiiiii, ofis kita pulak laaa terbakar la apa la (server room terbako). Dahtu, tak boleh masuk ofis dah. Pastu kena relocate kat temporary office. Katanya 6-8 weeks baru la boleh replace server yang dah rentung tu. Temporary office tu kat mana tau..kat PJ okk. Petaling frigging Jaya. Tau la PJ punya traffic tu kan cam puaka. Dah tu kena naik bas dari Cyberjaya to Petaling frigging Jaya. Hari-hari ada 2 kali bas datang. Satu 7.30am, satu lagi 8.30am. Balik ada satu je bas pukul 5pm. TAU KAN PUKUL 5PM KAT PETALING FRIGGING JAYA TU CAM PUAKA SEGALA PUAKA!!!

Kita baru je ingat bila dh OK sikit masa 2nd trimester, boleh la bayar balik masa yang aku terdampar cam dugong dengan sepnd time dengan Tisya pulak. Sebab lepas tu, dah ada adik nanti, kehidupan baru kami tidak akan sama dah. Semua kena adjust dengan environment baru, dengan orang baru. Tapi kebakaran la apa lahh ini sume kasi hidup lagi tunggang langgang.

Pagi-pagi nak kejar bas, Tisya kena bangun pukul 6 pagi, mandi siap-siap pergi sekolah. Cik adik tu hari-hari tantrum kena bangun awal. Naik darah gue hari-hari. Tapi yelah kesian la dia, budak tak sampai 4 tahun ko kejut pagi-pagi suh mandi pergi sekolah. Yang pasti masa kita umur4 tahun takda la nak bangun mandi pukul 6 pagi pergi sekolah. Konon la nak luangkan quality time, tapi hari-hari keje kita jerit kat anak suruh tidur awal lepas tu esoknya suruh bangun SEBAB MAMA NAK KEJAR BAS PERGI KERJA. FML. FML dengan sebesar-besar font.

Dahtu hari-hari la si gemuk ni bergayut kat tangga bas. Dah la tangga bas tu tinggi paras lutut aku yang sah sah pendek renek ni. Hari-hari la si gemuk ni buang masa sekurang-kurangnya sejam pergi, sejam balik, terperangkap dalam jam. Kadang-kadang 2 jam pun pernah. Daycare Tisya tutup sampai 6.30pm, kadang-kadang pukul 7pm baru sampai Cyber, tercongokla dia tunggu dalam kereta dengan Papa sejam lebih. Hari-hari anxiety nak sampai rumah cepat-cepat. Sejam tu dari PJ to Cyber. Cyber gi Bangi tak kira lagi. Keluar rumah sebelum 7 pagi, tapi balik 7 petang pun tak tentu dah sampai rumah. Hari-hari berejam-jam bazir masa dekat jalanraya saja. Macam loser.

Masa yang patutnya paling confortable masa pregnant dibazirkan dengan buang masa dekat environment paling tak confortable. Benci betul. Balik-balik Cyber (siap diaorang extend lagi masa dekat sana, oiii sabo jelah), book season pulak. Lepas tu dah bulan puasa. Anxiety lagi aku. Kena overtime, hari-hari kejar-kejar masa nak buka puasa pulak. Dua tiga kali juga kita buka puasa dengan kurma dengan air dekat rumah, lepas magrib baru makan betul-betul dekat luar, sebab sampai rumah dah lewat.

Oi stress dah le guua gemuk gila. Gerak sume pun slow. Eeee menyampah betul dengan diri sendiri. Tapi nak buat macamana, bukannya ada pilihan. REDAH SAJALAH!!! Survive gak. At least i know PJ is not possible untuk cari empat kerja baru hahaha. Padahal tempat kerja semua sebelum kerja sekarang ni dekat PJ. Sejak practical dekat PJ. Tapi masa tu tak kahwin, takda anak. Dah habis waktu kerja boleh lagi lepak kat mamak bawah office, sebab malas nak berebut dalam jam. Tapi sekarang ada anak, habis kerja nak balik jumpa anak lah.

OKlah cukuplah mengflash back kisah stress sepanjang mengandungkan si Sophea. Harapnya Sophea kuat sebab berjaya mengharung segala obstacle bersama Mama sepanjang dalam perut. Semoga kuat dah tabah macam Kakak Tisya. Cuma jangan tantrum sangat la macam kakak, Mama stress wo.

Okay jumpa lagi di post yag akan datang.


No comments: