Thursday, December 26, 2013

Wednesday, November 20, 2013

Saturday, October 26, 2013

Selsema Masih Buat Mama Emo

Balik taska semalam, orang yang jaga Sophie cakap Sophie muntahkan semua susu yang bagi.
Sampai keluar-keluar dekat hidung.
Diaorang semua jadi panic.

Sampai rumah Sophie start bersin-bersin.
*tarik rambut*

Hidung pun berbunyi-bunyi.

Tuhan, aku tidak cukup kuat untuk hadapi semua ini semula.
Cukuplah dulu tengok Tisya sakit selalu.
Hati ni dah tak tertanggung lagi dah.

Friday, October 25, 2013

Memujuk Hati yang Pecah Berderai

*sobs*

Rindu kat Sophea. Dia ada kat taska *sobs*

Akhirnya keputusan dah diambil, hantar dia kat taska bawah rumah.

Walaupun awalnya nak hantar dia dekat taska dekat dengan office, tapi *sigh* tengok orang yang jaga tu pun macam acuh tak acuh saja.

Bencilah.
Tapi *sigh* memang susahlah.

Taska hunting ni boleh buat aku depress sejuta tahun.
Tapi kalau tak hantar kat taska, siapa nak jaga kan?

Bila masuk ada yang taska lantai melekit-lekit. Ada yang babycot senget benget. Ada taska yang bau stuffy nak mampos. Ada penjaga taska yang macam tak mandi seminggu.

*nanges*

Kenapa oh kenapa?

Hari tu Principal Kakak Tisya cakap diaorang dah nak buat opening untuk baby pulak next yeat.
Hati melonjak riang. Daycare Kakak tu memang senanglah hati nak hantar.
 but they gonna charging RM950 per baby.
Gua Ali Baba mana nak aku cari?

Berhenti kerja is not an option.
Ini pun dah 2 minggu ambil unpaid leave. Gua dah guna setahun punya leaves dah *nanges*

Tengok muka Sophea memang tak sampai hati. Nak nak dua minggu lepas ni menjadi-jadi pulak dia muntah everytime lepas minum susu. Buat lah macamana pun memang muntah balik. Sehari 5,6 pasang tukar baju.

Badan kita pun dah bau muntah manjang.

Still berharap 2 taska yang nama Sophea dalam waiting list tu cepat-cepatlah accept. Kalau dekat dengan office senang hati sikit. Apa-apa senang zuppp ambil dia balik, tak cukup susu zuppp boleh hantar, balik lambat sikit pun masih terasa dekat. Nanti dia sorang-sorang dekat Bangi, kalau terpaksa balik lambat, say 5pm, memang aku anxiety lah sepanjang Silk Highway tu. Rasa nak keluar kereta, rasa nak terbangkan kereta, sesak nafas terbayang anak tunggu lama dekat taska, tapi kita masih stuck dalam jam.

Kesian Sophea. Macam kakak Tisya dulu, lepas pukul 4.30pm je orrng yang jaga cakap dia dah taknak minum susu dah. Sebab selalu 4.30pm ambil dia, nanti terus direct bf dalam kereta. Kalau lambat, tahan dia tunggu takmo susu botol.

Hari pertama hantar Sophie untuk trial, memang sedih tapi sepanjang hari kita ok lagi. Kita kemas almari (asingkan baju-baju saiz xs dan s, masuk dalam zipper bag.)(Last-last baju aku tinggal 10 helai je yang tinggal kot). Tapi masa ambil dia, hishh kesian sangat. Dia macam confuse. Dia tengok je. Tak senyum tak apa. I pun memangis-nangis la cakap kat husband, mesti dia marah sebab tinggalkan dia dekat taska. Sampai kat rumah pun dia cam confuse lagi. Pastu masa nak tidur dia cam cranky. Nak dukung saja. Bukan takat nak dukung, kena dukung sambil dakap kuat-kuat dekat dada. Husband try sambil duduk letak kat peha, dia terus terjaga. Lepas dukung peluk dekat dada, baru dia tidur balik. huwaaa.Malam pun dia tidur tak lena, asyik terjaga-jaga. peluk dia baru tidur balik. Dia takut kena tinggal ke? Lepas tu esoknya, masa nak hantar pun sedih gila. Dia tengok je kita pass dia kat orang lain isk isk. Balik rumah kita nangis sambil peluk selimut Sophie.

Sorry Sophie.
Kalau ada pilihan lain Mama tak hantar Sophie.

Sepanjang hari fikir, nanti Sophie ok kah?
Diaorang ingat tak Sophie kena tegakkan badan dia lepas minum susu, kalau tak dia muntahkan susu balik? Sophie selalu bangun kalau bising, tapi taska memanglah bising, habis macamana Sophie tidur nanti? Sophie selalu ajak bual-bual sebelum tidur, nanti diaorang layan Sophie tak? Masa mandi Sophie suka rendam badan sambil tuang air pelan-pelan dekat perut, nanti Sophie mandi macamana?

*nanges*

Tapi mesti ada ibu-ibu kat luat sana yang terpaksa buat benda yang sama kan?
Kalau mereka boleh, kita pun boleh lah kan?

OK nak peluk selimut Sophie balik.















Sunday, September 29, 2013

Redah dan berjaya

*tarik nafassss, hembussssss*

Hai, lama kita tidak bersua muahahahahahahah

Tau tak awal-awal masa kita baru pregnant, kita ingat boleh la buat documentation pasal kita punya pregnancy kan.. tapi adalahhh mustahil rupanya

1st trimester sangatlah dasyat. Bukan takat morning sickness, afternoon, evening, night, midnite sume kita rembat. Dalam satu hari lebih 3 kali lah juga bluekkk sana sini. Merata muntah haku hahahhaha

Letih tak usah cakaplah. Kesian kat Tisya, kadang-kadang rasa dia cam terabai terkontang kanting sengsorang, pasal gua dah kelepek cam pisang penyek (nak gak rhyme kan).

Ada satu hari, lepas bluek cam gila, kita terjelepuk atas sofa sampai tertidur, bila sedar je, Tisya tergolek tidur atas lantai sorang-sorang. Haku rasa nak hempuk kepala sendiri dekat dinding berkali-kali! Apa lah punya emak kan *sobs*

Lepas tu, 1st day Tisya masuk kindy, boleh pulak kita pengsan dekat depan sekolah Tisya. Drama kannnnnn? Hampeh betul. Nasib la ada sorang mak pada sorang budak ni, tolong ribakan kita yang dah terbaring cam kayu balak kat tengah jalan blocking jalan orang nak hantar anak, sementara husband reversekan kereta dekat sikit nak hempuk kayu balak ni dalam kereta. Hishhh jangan dorang ingat aku nervous hantar anak pergi sekolah, sampai pengsan-pengsan sudah (sempat lagi nak pikir apa orang pikir).

Ohh siap plak husband kita kena masuk hospital. Tunggang langgang mak buyung dengan low blood pressure ke hulu ke hilir dengan Tisya sorang-sorang. Nasib tak black out masa driving.

Awal-awal 2nd trimester masih kelepek lagi, tapi dah tengah-tengah tu dah OK sikit. Tapiiiiiiiii, ofis kita pulak laaa terbakar la apa la (server room terbako). Dahtu, tak boleh masuk ofis dah. Pastu kena relocate kat temporary office. Katanya 6-8 weeks baru la boleh replace server yang dah rentung tu. Temporary office tu kat mana tau..kat PJ okk. Petaling frigging Jaya. Tau la PJ punya traffic tu kan cam puaka. Dah tu kena naik bas dari Cyberjaya to Petaling frigging Jaya. Hari-hari ada 2 kali bas datang. Satu 7.30am, satu lagi 8.30am. Balik ada satu je bas pukul 5pm. TAU KAN PUKUL 5PM KAT PETALING FRIGGING JAYA TU CAM PUAKA SEGALA PUAKA!!!

Kita baru je ingat bila dh OK sikit masa 2nd trimester, boleh la bayar balik masa yang aku terdampar cam dugong dengan sepnd time dengan Tisya pulak. Sebab lepas tu, dah ada adik nanti, kehidupan baru kami tidak akan sama dah. Semua kena adjust dengan environment baru, dengan orang baru. Tapi kebakaran la apa lahh ini sume kasi hidup lagi tunggang langgang.

Pagi-pagi nak kejar bas, Tisya kena bangun pukul 6 pagi, mandi siap-siap pergi sekolah. Cik adik tu hari-hari tantrum kena bangun awal. Naik darah gue hari-hari. Tapi yelah kesian la dia, budak tak sampai 4 tahun ko kejut pagi-pagi suh mandi pergi sekolah. Yang pasti masa kita umur4 tahun takda la nak bangun mandi pukul 6 pagi pergi sekolah. Konon la nak luangkan quality time, tapi hari-hari keje kita jerit kat anak suruh tidur awal lepas tu esoknya suruh bangun SEBAB MAMA NAK KEJAR BAS PERGI KERJA. FML. FML dengan sebesar-besar font.

Dahtu hari-hari la si gemuk ni bergayut kat tangga bas. Dah la tangga bas tu tinggi paras lutut aku yang sah sah pendek renek ni. Hari-hari la si gemuk ni buang masa sekurang-kurangnya sejam pergi, sejam balik, terperangkap dalam jam. Kadang-kadang 2 jam pun pernah. Daycare Tisya tutup sampai 6.30pm, kadang-kadang pukul 7pm baru sampai Cyber, tercongokla dia tunggu dalam kereta dengan Papa sejam lebih. Hari-hari anxiety nak sampai rumah cepat-cepat. Sejam tu dari PJ to Cyber. Cyber gi Bangi tak kira lagi. Keluar rumah sebelum 7 pagi, tapi balik 7 petang pun tak tentu dah sampai rumah. Hari-hari berejam-jam bazir masa dekat jalanraya saja. Macam loser.

Masa yang patutnya paling confortable masa pregnant dibazirkan dengan buang masa dekat environment paling tak confortable. Benci betul. Balik-balik Cyber (siap diaorang extend lagi masa dekat sana, oiii sabo jelah), book season pulak. Lepas tu dah bulan puasa. Anxiety lagi aku. Kena overtime, hari-hari kejar-kejar masa nak buka puasa pulak. Dua tiga kali juga kita buka puasa dengan kurma dengan air dekat rumah, lepas magrib baru makan betul-betul dekat luar, sebab sampai rumah dah lewat.

Oi stress dah le guua gemuk gila. Gerak sume pun slow. Eeee menyampah betul dengan diri sendiri. Tapi nak buat macamana, bukannya ada pilihan. REDAH SAJALAH!!! Survive gak. At least i know PJ is not possible untuk cari empat kerja baru hahaha. Padahal tempat kerja semua sebelum kerja sekarang ni dekat PJ. Sejak practical dekat PJ. Tapi masa tu tak kahwin, takda anak. Dah habis waktu kerja boleh lagi lepak kat mamak bawah office, sebab malas nak berebut dalam jam. Tapi sekarang ada anak, habis kerja nak balik jumpa anak lah.

OKlah cukuplah mengflash back kisah stress sepanjang mengandungkan si Sophea. Harapnya Sophea kuat sebab berjaya mengharung segala obstacle bersama Mama sepanjang dalam perut. Semoga kuat dah tabah macam Kakak Tisya. Cuma jangan tantrum sangat la macam kakak, Mama stress wo.

Okay jumpa lagi di post yag akan datang.


Sunday, September 22, 2013

Nur Sophea

Nur kami yang kedua, Nur Sophea.
Lahir pada Syawal ke 5.
Pukul 3.40 pagi, dengan berat 3.2kg.




Thursday, September 19, 2013

Masih

Masih ada.
Hanya sudah ada anak dua.



Thursday, March 28, 2013

Kisah Cuti Skolah Tisya Hari Ini

Aktiviti Tisya hari ini.
Pagi lepas hantar Mama. Tengok hot air balloons di Putrajaya.

 
 
Budak tak mandi. Pakai Pjs lagi
 
 
Tengahari. Lunch dengan Mama weeeee. She ate one whole Subway chocolate cookie. Mana tak hyper budak ni.
 
Lepas tu petang ambil Mama balik kerja. Papa bought her Hello Kitty sticker book. Mama Tisya was all over the moon.
 
 
Had Hello Kitty ride


Takde lah sedih sangat kot kan

Kisah Cuti Sekolah yang Menyedihkan

So minggu ni kan cuti sekolah.

Tapi kita ada submission by the end of the week.

Jadi kasihan Tisya, dah la cuti sekolah masih kena bangun awal nak pergi daycare.

Lepas tu kena tunggu lama pula sebab Mama balik lambat *hempas kepala atas keyboard*

Jadi hari ni, kita nak masuk ofis awal sikit.

Nasib baik Papa willing to work from home hari ni.
Jadi Tisya tak payah nak siap-siap pagi-pagi. Lepas seksa nak layankan tantrum dia pagi-pagi.

Dengan pyjamas hantar Mama.
Sampai ofis tadi, lepas salam dia cakap "Mama pegi keje"
*sobs*

Lepas tu kita sama-sama bai bai bai cakap ailebiu *sobs*

Tapi, lepas tu Papa bawak dia pergi Putrajaya, dapat la dia tengok hot air balloons.
Papa kata dia jerit gembira tengok ballons.

Tu lah aktiviti cuti sekolah Tisya untuk hari ini.

Wednesday, March 20, 2013

Rabu Tanpa Kata #12 (Polka Dot)



GILA GEMUK LENGAN! *nanges*

Friday, February 22, 2013

Ini Baru 15 Minggu




Maternity Toothpaste: Sudah Lama Saya Mencari, Baru Sekarang Saya Mendapat

Akhirnya, semalam baru jumpa!

Dari mula-mula pregnant mencari. Sebab masa pregnantkan si Tisya dulu, husband kita belikan, lepas tu rasa best sangat guna toothpaste ni.

Menggosok gigi pagi-pagi awal-awal pregnancy adalah sangat terseksa.

Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Ingatkan toothpaste ni memang dah tak wujud dalam dunia dah.
(Suami kita cakap "agaknya orang dah tak guna dah").

Kita punya seksa nak guna ubat gigi biasa, punya desperate sampai kita guna ubat gigi si Tisya.

Ubat gigi perisa oren dengan gambar arnab comel.

Pun bluekkkkk jugakk!!!

Ahhh tadi pagi buat julung kalinya menggunakan maternity toothpaste, sampai dah gosok, rinse, lepas tu gosok lagi. Kemaruk abis.

Itu sajalah update tentang pregnancy untuk kali ini.

Sekian melaporkan, kisah ubat gigi.



Maternity Toothpaste (Fluoride Free). Gambar diambil dari Pureen


Thursday, February 7, 2013

Hello 2nd trimester, what took you so long??????????

1st trimester was no fun.

Pesta muntah hari-hari. Low blood pressure. Pitam.

And i think, I'm allergic to the office muahahahahahahahaa.

Masuk ofis je, terus muntah.

Bau air freshener ni memang buat bluekkkk. Buka je pintu, harus menuju terus ke toilet.

Lepas tu, air kat pantry pun buat gue bluekkk bila minum.

Segala-gala di ofis mendatangkan muntah.

Ye itu adalah petanda mungkin muahahahahahahahahahahahahhaaha

OK nak lunch.

P/s: Oh adalah rindu untuk lunch bersama Fiza dan Wana. Tapi i tak sanggup membiarkan mereka terjebak dalam adegan muntah di tepi jalan. Aiii sabarlah hati!


Thursday, January 31, 2013

Kisah Kita Berakhir di Januariiiiiiiiiiiii

1. Kita baru tau Kim K pregnant
2. Sejak dua hari ni, kita perasan rambut kita cam cantekkkkkk

Ahhh tu je

Monday, January 28, 2013

Tiba-tiba Bersemangat Untuk Memblog Kembali

Puan Adiepot Ketepot tulis pasal kita dalam blog dia.


*terharu*

Sesungguhnya hanya mak-mak yang memahami ;-p

Monday, January 21, 2013

I feel like I'm stuck in my life.
And there's no way out.

Thursday, January 10, 2013

Dengarlah Wahai Perempuan-perempuan Sekalian

Tak payah kau hormat pada lelaki yang tak tau nak hormat perempuan.

Kau ingat perempuan barang mainan senang-senang kau remeh-temehkan kewujudan mereka?

Dan kalau tiada lelaki yang stand up for you, biarkan.
It's time for you stand on your own feet.

Jangan kasi lelaki pijak-pijak kau. Wujudnya perempuan terlalu mulia untuk si jantan perlekehkan.

Kalau kau jumpa orang macam ni, kau lawan.
Sebab aku akan lawan.
Lawan. Sampai. Mati.

Friday, January 4, 2013

Tahun Baru. Sibuk.