Sunday, December 9, 2012

Shopping Buku di Pagi Hari

Pagi tadi, Tisya terbangun pukul 4.30 page minta susu.
Lepas tu dia taknak tidur dah. Menyanyi-nyanyi, lepas tu minta on kan tivi.

Maka, Kekasih pun terus suruh siap, kita terus pergi Big Bad Wolf.
Tisya tukar diaper je, dengan pyjamas, kita angkut dia masuk kereta *lol*.

Best gila, jalan tak jam, parking tak full, hall tak crowded.

Cik Adik la paling seronok, sampai tak muat kotak disumbatnya buku-buku dia. Nasib la sempat filter sebelum bayar.

Mama ambil dua buku saja. Sebabnya, buku yang beli tahun lepas pun tak habis baca. Manaaaa lahhh sempattt nak baca bukuuuuuuuuu. Kadang-kadang bila dah rasa macam desperate sangat nak baca buku, kita beli jelah bahan bacaan paling ringan macam Reader's Digest.

Adalah 4 mukasurat kot. Lepas tu buku ke mana, orang entah ke mana.

Tahun ni belikan Tisya activity books saja pun. Buku cerita dah taktau nak letak mana. Cik Adik ni punya rak buku dah mengalahkan Mak dia punya.






Inilah aktiviti hari minggu. Sampai ke petang ngantuk tak sudah.