Wednesday, September 5, 2012

Hujan Lebat, Angin Kuat

Semalam kan, sampai je kat rumah, hujan turun mencurah-curah.
Dengan angin kuat berserta dengan kilat.

Turun dari kereta, walaupun Kekasih turunkan kat bawah bumbung, kita balut Tisya dengan cardigan, sebab takut dia basah.

Nak naik lif, takut kang terperangkap pula time guruh kilat menggila.
So kita pun panjat tangga. Sampai kat level rumah (ala tingkat satu je pun, kecoh!), sekali tengok lampu koridor pula tak on lagi. Tengok air dah bertakung kat depan certain rumah.

Kita pun sambil dukung anak, redah tempias dalam gelap gelita.
Semalam kita pakai maxi dress (actually it's a midi dress, atas sebab ketinggian, bila i pakai terus jadi maxi).

Ok where were we just now?
Oh oh kain kita basah dek sebab redah air bertakung, meraba-raba di lorong koridor gelap.
Guruh berdentum sambil kilat sabung-menyabung.

Fuh sebijik macam dalam filem Titanic.

1 comment:

adiepot said...

mahahahha best! Why oh why did I (n)ever check again if you came back t bloggerdom...