Friday, September 28, 2012

Kehadapan Sang Kucing yang Telah Berada di Syurga

Hey Kitty,
Tadi pagi hujan. Kita jumpa Mak awak tidur atas motor. Selalu pagi-pagi kan awak dengan dia selalu main-main kat bawah. Sekarang dia dah takde kawan dah. Kesian dia. Kita harap tuan motor tu tak marah dia tidur atas tu. Kita nak kejut dia tadi, tapi tak sampai hati pulak. Tapi jangan risau, Mak awak OK. Bye Kitty, bye.

Tuesday, September 25, 2012

Dan Nyawanya yang Ke Sembilan Berakhir Pagi Ini

Ok sebelum kita jadi gila simpan benda ni, meh sini dengar kita nak cerita. Tadi pagi kan, *nanges*, kita nampak anak kucing kena langgar depan mata. *nanges* Mula-mula kita nampak dia lompat-lompat kat tepi jalan dengan Mak dia. Sekelip mata, dia melintas jalan, lepas tu kena langgar *nanges* Kesian dia. Warna hitam putih macam kucing kita masa kecik-kecik nama Ching Ching (sebab dia pakai loceng bunyi chinggg chingg). Takpe la kucing, awak pergi pun dalam keadaan gembira. Sebab tadi nampak awak lompat-lompat gembira dengan Mak awak. Pagi-pagi kita nampak awak dengan mak awak. Mak awak tu sayang awak tau. Bye kitty. *sambung nanges*

Wednesday, September 19, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Achummmmmmmm!

Dammitttttttttttttttt!
I must take my allergy pills everyday!!!!!

Wednesday, September 5, 2012

Hujan Lebat, Angin Kuat

Semalam kan, sampai je kat rumah, hujan turun mencurah-curah.
Dengan angin kuat berserta dengan kilat.

Turun dari kereta, walaupun Kekasih turunkan kat bawah bumbung, kita balut Tisya dengan cardigan, sebab takut dia basah.

Nak naik lif, takut kang terperangkap pula time guruh kilat menggila.
So kita pun panjat tangga. Sampai kat level rumah (ala tingkat satu je pun, kecoh!), sekali tengok lampu koridor pula tak on lagi. Tengok air dah bertakung kat depan certain rumah.

Kita pun sambil dukung anak, redah tempias dalam gelap gelita.
Semalam kita pakai maxi dress (actually it's a midi dress, atas sebab ketinggian, bila i pakai terus jadi maxi).

Ok where were we just now?
Oh oh kain kita basah dek sebab redah air bertakung, meraba-raba di lorong koridor gelap.
Guruh berdentum sambil kilat sabung-menyabung.

Fuh sebijik macam dalam filem Titanic.

Tuesday, September 4, 2012

Chaos

"When I got to that room, it was chaos, because that's the system now: chaos. That has been the system that's been in place since this merger. Your system. I'm saying you should look again at who is responsible."

Not my words.
They are the sexy  Dr. Derek Shepherd's words.