Thursday, August 16, 2012

Cerita Ogos dan Tentang Harapan

Dah tengah bulan Ogos tapi blog tiada update *lol*.

Just a quick update:

Esok last day kerja, Sabtu baru kita balik Segamat.
Barang semua tak packing, baju kurung masih dekat kedai *lol*.

Lepas tu, Tisya selsema diringi batuk dan demam sejak Ahad lepas.
Last Tuesday I took 2 hours time off untuk kejar clinic Dr Mahani.
Clinic malam (every Wednesdays) tak bukak bulan puasa, jadi terpaksa kejar sebelum clinic tutup pukul 5.
Oh and that day happened to be the day Tisya turns 35 months. Ironic.

Restock ubat-ubatan dan puffs and nasal sprays, dan on antibiotic.
Mengikut penghitungan antibiotic akan stop sehari sebelum hari raya.
Maka Tisya tidak perlu makan ubat di pagi raya, which is good enough for me.
Nanti orang sibuk makan ketupat anak I makan dadah :-(

Anywayyyyy, semalam balik dari Semenyih, kita try cari kot ada dobi still nak ambil comforter untuk dicuci.
Lupa pulak nak hantar minggu lepas. Memang ada yang ambil, tapi siap lepas raya. Dobi pun nak raya. HHmmppfhhh.

I need those comforters sebab family kita dari Segamat nak datang sebab family belah Ayah ada gathering di PJ pada hari raya ketiga.

OK apa lagi.
Oh sebenarnya adalah sangat excited counting days for Tisya's 3rd birthday.
Cake dah bayar, goodies for kawan-kawan di taska sudah bayar, printables sudah siap.
Food sudah order dan bayar (tinggal satu lagi belum order).

Decorations!
Most of the decorations akan dibuat dengan jari-jemari ini!
See told you I'm excited! Dah 2 tahun OK sambut dalam keadaan kasihan.
Jadi kali ini, biar dibuat dengan hasil kerja jari jemari Mama sendiri.
Cantik belakang kira.
Ok kecuali makanan, sebab itu bukan kepakaran heeeeee.

Jadi harap-harapnya tahun ni menjadi kenyataan.
Tolonglah Anak, jangan kamu sakit lagi.
Nanti Mama breakdown, langsung kita ban birthdays sampai bila-bila.

Orang sibuk beli dekorasi rumah untuk raya, saya sibuk cari dekorasi untuk birthday!
Walaupun bukannya invite ramai pun, yang diinvite, both our parents dan adik-beradik dan sepupu Tisya dua orang.Kawan-kawan rapat yang setakat ini hanya seorang yang kata mungkin boleh datang ^_^. Habis siapa nak tolong I bancuh air niiii????

Kadang-kadang, I tanya Kekasih, macamana kalau takda orang nak datang. Birthday Tisya jatuh pada long weekend, sebab sambung hari Malaysia (ahh patut lah Tisya ni patriotik je). Macamana kalau semua orang tiba-tiba ada rancangan lain? Kadang-kadang Kekasih jawab "mesti ada yang datang", kadang-kadang dia jawab "kalau takde orang datang kita makan jelah semua" atau "nak buat macamana?".

Ahh sudah! Tak pasal-pasal gua terpaksa buat Plan B, panggil pakguard bawah rumah datang. Ramai-ramai nyanyi lagu birthday untuk Tisya. Harapnya dalam bahasa Inggeris, bukan Nepal.

Ahh itu Plan B, apa-apa pun plan hari ini adalah untuk pergi snip-snip rambut Tisya.
Esok kita cuba hempuk comforters masuk mesin cuci sendiri, dan juga mop lantai.

Ooopss telefon bunyi, adik sms.
OK bye semua, selamat hari raya!

No comments: