Friday, August 24, 2012

Berhari Raya Bersama Ikan-ikan di Aquaria, KLCC

Bukan selalu dapat cuti panjang macam ni. Memang peluang terbaik untuk membawa Tisya berjalan-jalan.

Destinasi pilihan kali ini adalah Aquaria.



 

Ahhh sibuk nak ambil gambar Mama. Mana kepala Mama?
 

Dan saya juga yang buat plan untuk menaiki LRT untuk ke sana.
Sambil menyelam, minum air. Lagipun bila lagi dapat peluang pergi KLCC dan naik LRT during weekdays kan? Jadi kita drive dan parking kereta dekat LRT Bukit Jalil. Parking fee RM2.
 
 
Lepas tu kita beli tiket untuk ke KLCC. Tiket sehala berharga RM7 untuk dua dewasa, Tisya FOC.
Gosh it was such a long way. Rupa-rupanya memang mencabar untuk guna public transport. Hendak-hendak yang bawa anak kecil. Siap kena transit la bagai, lepas tu lif  samada tiada, atau ada tapi tak boleh guna. Satu kerja pula nak angkat-angkat stroller.
 
Tapi nak buat macamana kan? Nak sangat anak merasa naik LRT.
 
 
 
Sampai KLCC, kita terus beli tickets.
 
 
 
Mula-mula masuk jangan terkejut, memang ada seksyen ntuk reptilia. Eowwwww!
Lepas tu baru tengok ikan-ikan, dan penyu-penyu.
 
Lepas tu sampai feeding time, ramai orang duduk berkerumun dekat depan akuarium besar untuk tengok professional divers bagi ikan-ikan dan penyu comel makan. I was amaze how Kid manage to squeeze herself dan tau-tau dia sudah duduk di barisan hadapan, jaw-dropped tengok ikan makan. That's my girl! Boleh pula dia duduk diam sorang-sorang dekat situ. Kagum Mama tengok kamu kagum begitu!
 
 



 
 
Habis tengok ikan makan, kita keluar dari Aquaria. Had a quick lunch, beli Garrett Popcorn, dan ambil tren balik.
 
Plan ke KLCC untuk ke Aquaria, memang betul-betul ke Aquaria kami tuju :-)
 
Balik semula naik LRT, i take my hat off untuk mereka yang menggunakan LRT hari-hari untuk ke tempat kerja. Kamu memang hebat!
 
 

Things i discovered during our visit:
1. LRT adalah tidak child friendly
2. KLCC adalah tidak child friendly juga
3. Aquaria adalah awesome

Tapi Tisya had fun. She had fun in LRT, walaupun tersungkur dua kali (eh kenapa LRT suka buat sudden brake?) Kemudian, dia cerita balik yang dia nampak Ranggo (cicak besar), ikan, turtle dan high 5 diver from outside the tank. Makanya misi Aquaria adalah berjaya! Yeay!

No comments: