Friday, August 24, 2012

Cerita Raya

Heya!

Geng turquoise
How everyone's raya? We managed to went back to my hometown Segamat just a day before raya. Takdelah sedih sangat macam iklan Bernas tu nak balik Segamat. Jalan pun smooth saja. Siap berhenti beli lemang bagai. Sampai rumah I bersilat dengan SuperMak dekat dapur. Cheh takdelah bersilat sangat sebenarnya.


So, 1st day raya, we went to Kota Tinggi, to my aunt's place, sebab Nenek tinggal dekat sana. Challenging juga journey melalui jalan-jalan kampung dengan kereta cilok-mencilok. Kalau lu cilok tapi bumbung kereta masih boleh dilihat, baik tak payah lah cilok lah. Last last dekat lampu isyarat kita berhenti betul-betul sebelah kereta lu. Pastu tak tau nak letak muka kat mana kan? Ahh masalah juga bila lalu dekat pekan-pekan kecil, dengan yang jalan menyongsang, tak pakai helmet lah. Isk isk isk memang kena banyak bersabar sambil minum air mineral.

Sampai Kota Tinggi Tisya nampak ayam, rupanya anak i tak pernah tengok ayam alive, dia cakap "Kok kok kok Upin Ipin!" Terima kasih ye Upin Ipin.




Second day, kita tidur sepanjang hari dekat rumah *lol*. Keluar kejap dengan Kekasih, isk isk isk orang semua masih pakai baju kurung baju melayu bersongkok, kita berdua pula pakai T shirt, seluar pendek, dan selipar jepun cari CoolBlog *lol*.

Third day, pergi ke rumah Mak Long di PJ pula. Lepas tu my parents nak beraya ke rumah parent-in-law kat Semenyih. So ke Semenyih pulak.

Malam bawa SuperMak pergi Ikea. Kesian dia tiap kali sampai sini tak pernah sempat pergi sana. Boleh terserempak dengan Pakcik Leman pulak.

Oh SuperMak jahitkan kita langsir baru. Tiba-tiba dapat langsir raya. Terima kasih Mak!



Esoknya SuperFamily balik semula ke Segamat. Kita bertiga apa lagi, laundry lah. Dah takde baju nak pakai.

Boring tunggu Mama dan Papa buat laundry
Kid took this photo of us

Malamnya kita buat BBQ dekat Semenyih.

Dan esoknya pula kita amik gambar family pula sebab my youngest brother-in-law akan ke Perancis untuk sambung belajar selepas ini.





Raya kali ini disambut dengan lebih tenang. Tiada masalah tonsil yang perlu dirisaukan. Hanya perlu menjaga masalah allergy rhintis dan jauhkn Tisya dari asap rokok. Cuti kali ini lebih bermakna kerana dapat berjumpa dengan keluarga, dapat bawa SuperMak jalan-jalan, makan-makan. Tisya had fun too. Dia boss dekat Segamat, Nenek dengan Atok ikutkan saja dia. Keje dia buli Maksu, godam ipod MakNgah, nyanyi dengan Uncle. Lepas tu dapat duit raya kasi dekat Uncle, suka betul Uncle sambil kata "Anak saudara saya sangat pemurah!". Banyak la hensem muka Uncle tu. Dan paling penting Tisya sihat sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk nikmat Aidilfitri kali ini.

Jadi, itu sajalah raya update dari kami! Selamat Hari Raya!



No comments: