Wednesday, May 9, 2012

Redah

Wehoo

So it's been a while since the last time i've blogged.

Kisahnya Tisya kena selsema Ahad minggu lepas. Pada masa hati berbunga mengharapkan April adalah bulan bebas dari sebarang penyakit, supaya saya boleh war-warkan pada dunia, April adalah bulan pertama dalam tahun 2012, yang Tisya langsung tidak sakit.

Pada 30 haribulan April, dia kena selsema.
Tu lah impian menggunung sangat.

Selsema yang jadi punca segala penyakit yang lain.

Makanya 2 hari selsema, lepas tu start la batuk.

Bila batuk, makan pun taknak.
Macamana nak makan, baru suap satu sudu, tiap 5 saat batuk, tersembur semua makanan.
She was frustrated I can tell. Tapi nak buat macamana lagi?

Dah kurus balik anak gua.

Di masa yang sama, I was having a horrible flu as well. Lepas pun sambung batuk kong kong.
Dah macam okestra kami berdua kat rumah. Macam-macam bunyi. Bersambung-sambung.

3 hari batuk, malamnya Tisya demam.
Last-last menyerah diri juga kat Dr Mahani.

Hari minggu kita duduk rumah, jaga anak sakit.
Orang sakit, jaga anak sakit adalah lebih tepat.

I was on MC on Monday. Tak larat dah.
Rumah cantik sikit je dari tongkang pecah.

It's been a tough week.
Balik masuk kerja balik. There are negative vibes in the office as well.

Tapi, nak buat macamana lagi?
Bukannya ada pilihan lain.
Jadi kita redah jelah apa yang ada.

No comments: