Friday, April 6, 2012

Mari Kita Pergi Zoo Negara!

Ini bukanlah lawatan kali pertama untuk Tisya ke Zoo Negara.

Kali pertama adalah pada tahun 2010, Tisya baru beberapa bulan, masih belum pandai berjalan.

Tapi Mama insisted untuk pergi ke zoo, kerana bila kamu ada anak, kamu kena bawa mereka pergi zoo!
Sebab budak kecil kan suka pergi zoo!
Walaupun adalah yang sebenarnya, mak dia yang meronta-ronta nak pergi tengok singa, gajah serta zirafah, dan menggunakan anak sebagai alasan.
Kalau bukan sebab anak, terasa tiada alasan pula untuk ke sana semata-mata nak tengok gajah.


Kami berdua tatkala menunggu animal show
Kan dah cakap dah, budak kecil suka tengok animal show! Lihatlah wajah gembira di atas!

Yelah tu, itu adalah aksi yang dapat dirakamkan beberapa minit awal kami berada situ.
Kemudian cik adik mulalah meronta-ronta, merengek, dan kemudian menangis meraung disitu.
Sangat tak cool, ye. Dah le panas segala.
Rupanya cik adik mengantuk. Papa bawa dia jauh sikit dari crowd, maka tinggallah Mama sorang-sorang, duduk di atas bench sambil melihat singa laut melompat-lompat hmmphhfhh.



Tapi itu cerita dua tahun lepas. Tahun ini kami datang lagi!
Hello again Zoo Negara!!!

Hey, on the same bench, two years later!

Dan teka siapa yang teruja melihat animal show kali ini?

Ok papa tak perlu dukung di bawah pokok lagi, yeayy!
The one that goes "oohhhh"s and "ahhhhh"s
over kan?

Padahal show yang sama juga, host yang sama juga dengan dua tahun lepas. Burung kakak tua melompat di gelung, buka abjad-abjab yang tertera WELCOME (trick yang sama dari KL Bird Park), singa laut main bola yada yada yadaa. But what would you expect from the animals? Burung kakak tua breakdance? But hey Kid enjoyed the show!

Lepas habis tengok show, kita ambil tram untuk jalan-jalan keliling zoo. Nak jalan memang tak larat. Kami berhenti di kandang harimau punya pitstop. Di situ, kita jalan-jalan (baca: lari kejar Tisya) di luar kandang binatang-binatang di situ.

Binatang-binatang kebanyakannya sangat jinak dan fotogenik. Halakan saja kamera, mereka akan posing baik punya (terutama sekali kaum monyet, gedik sungguh). Binatang-binatang seperti keldai, rabbit, kambing, lembu, dan binatang kecil seperti kanggaru (entah apa namanya), sangat jinak, dan menggesel-geselkan hidung di kandang. Oh oh sampai ada seekor keldai comel, menggesel-geselkan kepala di kadangnya minta dibelai, dan bila datang dekat, Papa nampak hidung keldai ada air sikit (hingus), dia jadi panik dan berkata "jangan dekat, jangan dekat, dia selsema!" Sah lah keluarga kami memang emo dengan selsema. Nanti boleh letak tag baru berbunyi Keldai Selsema Buat Papa Emo.



Conversation with a tapir (suruh tapir bangun tidur)

Ok sekarang mari kita cerita pasal kos lawatan pula.
Boleh rujuk di sini.

Kami ambil package kadar biasa. Mama dan Tisya ada masalah dengan serangga. Insect Zoo is a no-no.
Tram berharga RM3 untuk dewasa, dan RM2 untuk kanak-kanak.
And you will need a map, harganya RM2.

Seperti taman-taman yang lain, pilihan makanan dan minuman adalah terhad dan mahal.
Mengambil iktibar dari lawatan kali pertama, kali ini saya bawa bekal (nuggets goreng, french toast, dan sausages). Juga air masak dari rumah. Heeee kita kunyah nuggets sampai tengok singa laut lompat-lompat.

Oh oh oh kecuali sampai si satu tahap, di mana saya terlalu panas dan dahaga (mengejar Tisya la punya pasal). Air di vending machine adalah RM2.50 setin.

Dahaga punya pasal, di luar kandang beruang saya meneguk ice lemon tea RM2.50. Ahhh terasa nyaman sekali (sambil Kekasih ke hulu ke hilir mengejar Tisya, kejap kat luar beruang matahari, kejap ke kandang grizzly brown bear).

Puas bekejar-kejaran, naik tram balik, ada la drama mengaruk sikit. Rupanya-rupanya kawan tu dah mengantuk.
Tidur di atas tram

OK sekarang boleh balik!
At least kali ni Papa kena dukung, time dah nak balik.

Oh ya, kos parking untuk 2.5 jam (more or less) adalah RM5.50.

2 comments:

Diza said...

Tisya pakai jumpsuit ke?

Nurul Isabella said...

Diza,
Aah Tisya pakai jumpsuit. Jumpsuit tu cute gila, tapi sebab Tisya kurus, banyak ruang-ruang kosong. Nampak pelik sikit haha