Thursday, April 26, 2012

Kisah Tantrum dan Doll Stroller Tisya

How do you cope with kids tantrum?

Saya tak tahu perasaan orang lain bila anak mengamuk terutama di tempat awam, tapi pada saya di kala itu memang rasa nak pasang kuda-kuda untuk bersilat, rasa nak terbang macam cerita kungfu, rasa nak buat silambam, rasa nak karate, rasa macam-macam rasa.

Membiarkan dia terus menangis, dan berguling-guling di lantai tidak akan membantu.

Tapi ini yang saya belajar dari  pediatrician kami, Dr Mahani, bila anak mengamuk.

Untuk langkah pertama, kata kuncinya adalah "Distraction".
Ini crucial part. Di saat ini lah selalu rasa nak pasang kuda-kuda untuk bersilat, rasa nak terbang macam cerita kungfu, rasa nak buat silambam, rasa nak karate, rasa macam-macam rasa. Tarik lah nafas panjang-panjang.


Bawa dia jauh dari tempat kejadian. Alihkan perhatian dia. Cari objek lain yang boleh menarik perhatiannya.
 
Tapi tidak dinafikan memang sukar untuk distract sesetengah budak, terutama yang determination nya sangat tinggi. Adik bongsu saya (beza umur kami 18 tahun), salah seorang contoh kanak-kanak yang determination sangat tinggi, saya ingat pernah dulu, semasa kecil dia inginkan aiskrim, dan dia mendesak dengan berkata berulang kali "nak aiskrim, nak aiskrim, nak aiskrim..." sepanjang perjalanan di dalam kereta. Saya dan adik lelaki saya cuba lawan dengan berkata "nak pizza, nak pizza, nak pizza...". Guess what? Kami berdua kalah. Kami berdua sebut sambil tutup telinga, sambil pejam mata, dengan penuh perasaan mencuba untuk melawan, and yet dia dengan muka selamba masih teguh dengan "nak aiskrimnak aiskrim, nak aiskrim, nak aiskrim...". Last-last, saya pula yang tersasul sebut "nak aiskrim". Kalah big time. Dengan aku-aku sekali dapat aiskrim haha.
 
Ok berbalik pada topik asal. Jika dia mahukan sesuatu, let say, a toy. Jangan terus belikan di saat dia menangis mengamuk di situ. Kata Dr Mahani lagi, jika kamu betul-betul mahu belikan juga, belilah ketika dia tiada di situ. Bukan di waktu yang sama ketika dia mengamuk.

Kerana si anak akan gunakan mengamuk sebagai mechanism setiap kali mahukan sesuatu.
 
Nak sesuatu, maka nangis, mesti dapat.
Senang kan? Modalnya hanya airmata dan jerit pekik.
 
Pada saya ini penting. To let your kids know who's the boss.
 
Walaupun jika boleh, saya mahu belikan bulan dan bintang untuknya. Tapi, sedar yang keluarga kami bukanlah kaya raya, maka anak perlu tahu yang dia bukanlah Suri Cruise (dan Mama sampai bila-bila pun takkan jadi Katie Holmes)/  Mama dan Papa tak cop duit / Duit tak jatuh dari langit begitu saja.
 
Dan kerana kamu lahir di dalam keluarga yang serba sederhana, kamu perlu belajar untuk terima rejections. Lots of rejections. Kunci kejayaan untuk mendapat apa yang kamu inginkan adalah hardwork.
 
Airmata tidak akan membawa kamu kemana-mana. Trust me, I know.
 
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari yang tenang, kami telah masuk ke dalam Toys r Us. Dan Tisya telah ternampak doll stroller. Maka dia pun menyorong benda alah itu ke hulu ke hilir di dalam Toy r Us.Kemudian, kami panggil dia untuk balik. Tisya taknak *gulp*. Dia masih menyorong stroller itu ke depan ke belakang, tak hiraukan kami yang sudah separa merayu, menggertak mengajaknya balik.
 
Tiada pilihan, kami letakkan balik stroller itu, dan dukung dia keluar. Drama pun start la.
 
Kemudian Kekasih tanya saya nak belikan tak? Harga stroller itu hanyalah RM29.90 pun.
 
Dan di saat itu, saya juga sudah goyah sedikit. Apalah sangat dengan RM29.90. Mungkin ini adalah payback time untuk Tisya ketika saya perlu kerja lebih masa, dan dia terpaksa duduk lama di rumah babysitter. Mungkin ini dapat membayar balik ketika saya tak dapat masakkan dia makanan di waktu malam kerana terlalu penat. Apalah sangat RM29.90 untuk anak.
 
Di saat itu, saya berperang dengan perasaan bersalah pula.
 
Tapi akhirnya, saya tutup mata dan kata pada diri sendiri, I can't lose in this battle. Fine, kata Kekasih, jadi kita pun bawa anak yang meraung, meronta-ronta untuk turun. Baju sampai basah dek airmata.
 
Di kala itu memang rasa nak pasang kuda-kuda untuk bersilat, rasa nak terbang macam cerita kungfu, rasa nak buat silambam, rasa nak karate, rasa macam-macam rasa.



Dan kami sogok dia dengan naik kuda yang masuk duit singgit tu.
Lepas tu, dia pun lupa dah pun.
 
But the problem is, i never forget. Esoknya di pejabat, saya asyik terbayang-bayang. Bukannya terbayang wajah dia menangis melolong, tapi terbayang wajah gembira dia menyorong stroller kecil itu. Wajah itu datang bermain-main semacam trailer filem.
 
Balik kerja, dengan penuh tekad, saya bagitau Kekasih, saya nak pergi balik Toys r Us untuk belikan dia stroller tu jugak! At first Kekasih was like wth nak kena pegi Balik Alamanda, semalam dah pegi. But then he said fine.
 
Petang tu, lepas ambil Tisya kita terus pergi Alamanda. Plannya habis makan, Kekasih dan Tisya tunggu dekat dalam kereta dulu, sambil saya pergi beli stroller, dan lepas tu terus masukkan dalam boot kereta, supaya dia tak nampak.
 
Sampai di rumah, Kekasih naik atas dulu dengan Tisya, saya tunggu dalam kereta sampai mereka naik atas (dah macam jadi spy aku ni). Lepas tu baru saya amik stroller dari boot (dan kemudian gua pucat lesi ingat ada hantu kat belakang kereta, rupa-rupanya pokok pisang wtf la nak jadi spy), dan bawa ke atas.
 
Bila masuk rumah saya tunjukkan plastik Toys r Us pada Tisya dan Kekasih suruh dia ucapkan terima kasih dan janji supaya tak nakal-nakal lagi, dan kesian Mama susah payah belikan untuk Tisya juga (sampai nampak daun pisang pun macam hantu).

Dan sampai bila-bila saya takkan lupakan wajah gembira dia, dengan senyuman sampai ke telinga. Memang dia senyum sampai telinga! Perasaan gembira melihat anak gembira memang tidak dapat diluah dengan kata-kata.  Dan ini adalah pembelian yang sampai bila-bila pun takkan saya lupa, kerana saya benar-benar mahu dia miliki ia. Dan bukan dibeli sebagai jalan pintas untuk dia diam.

Happy face that i will never forget
Dan beberapa hari selepas itu, I caught her sitting on the stroller *pitam*. Ahh tapi itu masuk cerita lain.
 
Jadi inilah cerita doll stroller berharga RM29.90 untuk Tisya. Stroller murah tapi ada cerita berharga di sebaliknya.

1 comment:

adiepot said...

Keluar air mata baca post ni. You're a good mama :')

(deyyy aku bukan robot banyak kali kena buat captcha malam ni saja dah berapa kali malehhhhnyeeeee bahahahahahaaa)