Tuesday, April 3, 2012

Chef Tisya

Diza, my adik-in-law, posted this photo on FB.
She must taken this photo while babysitting Tisya last week.





Ada cerita di sebalik gambar ini.
Masa tu kita tengah jalan-jalan dekat The Curve, dan tiba-tiba staff Kidzania panggil untuk sesi fotografi.
Free katanya.

Staff Kidzania tu hulurkan uniform pramugari AirAsia. The drazziling red blazer which was really cute!

Tapi Tisya taknak pula. Dia tepis ke tepi, pergi ke arah hanger, dan tunjuk uniform chef pula.
*Mama shattered heart tengok baju tu diletakkan balik dekat hanger. Dulu ada cita-cita terpendam nak jadi pramugari, tapi ketinggian tidak menyebelahi*

Chef Tisya.

Pilihan yang agak konsisten dengan keadaan rumah kami yang selalu ada periuk belanga, sudip, senduk bersepah-sepah di tengah-tengan ruang tamu.

That choice also kinda explain the howling and the whining sepanjang kami berada di dalam kapal terbang semasa bercuti ke Bali. Macamana nak jadi pramugari kalau diri sendiri tak tenang dalam kapal terbang? Hmmmppffhh.

OK, sekarang mari kita cerita pasal Kidzania pula.

Saya dari awal lagi memang teruja melihat model bangunan Kidzania di The Curve.

Dan konsepnya sangat bagus.

Mereka akan diberi peluang merasa bekerja seperti orang dewasa dan memiliki wang sendiri. Dan mereka juga boleh peroleh wang dengan membuat kerja-kerja seperti mencuci tingkap.

Bukankah itu konsep yang sangat bagus, supaya mereka sedar yang kita perlu Kerja: Kerana duit tak turun dari langit begitu saja?


Walaubagaimanapun, rasanya masih terlalu awal untuk Tisya menghargai apa yang ada di situ buat masa sekarang. Tapi ini adalah salah satu tempat yang mesti dikunjungi suatu hari nanti. Dan banyak benda yang perlu Mama ingatkan dan tekankan bila masa itu tiba heee heeeeee.

Dan harap-harap, nanti Mama pun dapat peluang menyarung uniform pramugari.

Sementara itu, biar lah Tisya jadi Chef Wan-nabe dekat rumah je dulu.

No comments: