Friday, March 23, 2012

Cerita Februari

Hola!

Lama sudah tidak ketemu. Bulan lepas bermula dengan sangat bergaya. Tapi di minggu terakhir, Tisya batuk teruk. Tiga hari batuk, masih belum baik. Pukul 4 pagi, kami menyerah diri ke hospital.

Tahun lepas, bulan yang sama, dua-dua, anak dan bapaknya sekali warded. Tisya dengan Bronchiolitis, dan Papa pula kena Typhoid. Petang tu, patutnya kami bawa Tisya ke hospital, jadi untuk alas perut Kekasih beli kuih dari gerai tepi jalan. Tapi kita singgah klinik dulu untuk nebulizer. Balik rumah, dia terus sakit perut, cirit-birit. Petang sikit terus muntah-muntah. Tisya batuk makin teruk. Saya ingat lagi malam itu, Kekasih  dibawa ke hospital oleh mak-in-law. Saya di rumah menjaga Tisya yang boleh tahan teruk demam dan batuknya. That's the longest night i ever had. Pukul 2 pagi, Tisya sudah tidak tidur kerana batuk teruk. Pukul 2 pagi, saya capai kunci kereta untuk pergi emergency di An-Nur. Turun bawah rumah, sekali tengok hujan pula. Sambil dukung anak, naik ke atas untuk ambil payung. Redah hujan untuk pergi kereta, sampai dalam kereta, Tisya muntah pula. Keluar kereta balik, redah hujan, naik atas balik. Tukar baju Tisya, turun balik. Third time's a charm. Redah hujan tengah pagi buta pergi emergency untuk ambil nebulizer. Esok pagi pergi hospital, sah kena admit. Papa tingkat 4, anak tingkat 5.

Terkontang kanting la jaga anak sakit sorang-sorang. Suami pandai-pandai la jaga diri sendiri. Kemudian, kami dilarang pula jumpa suami sebab Typhoid nya agak teruk, dan boleh berjangkit.

Kita main telefon-telefon guna telefon hospital. Dan sebab Kekasih tak boleh nak telan makanan, jadinya makanannya dihantar ke bilik kami berdua. Nasib la adik saya, Hidayah ada, tolong angkutkan barang-barang.

Lepas tu Tisya dah OK, dan boleh discharged, tapi Papanya masih kat dalam ward. Maka sorang-sorang la kita angkut barang balik rumah pula.

Maka tahun ini, apa Kekasih tolong sama jaga, jadi tak terasa nak letak kepala dalam mangkok tandas teruk sangat la. Seminggu kami di hospital tahun ni, dua hari saya tinggal Tisya untuk pergi kerja. Tinggal lah dia dengan Kekasih dekat hospital. Cuma agak terkilan sebab tak dapat hantar SuperMak, Super Ayah dan Hazwani pergi umrah.

Dan sememangnya tak beritahu mereka Tisya masuk hospital. Tapi ada pula jiran kat Segamat anaknya masuk hospital yang sama pula. Dah SuperMak telefon tanya betul ke Tisya sakit. Rasa bersalah juga bila dia dapat tahu berita dari orang lain. Tapi kesian la Mak saya, dia sendiri nak ke sana sini sambil jaga Nenek lagi, nak uruskan kedai lagi, nak uruskan adik yang dalam minggu periksa lagi.

Last-last mereka pula datang melawat kami kat hospital, dan kita cuma dapat hantar mereka dekat pintu hospital saja.

Jadi begitulah cerita kami Februari tahun ini berbanding tahun lepas.
Nanti la cerita yang lain pulak.

No comments: