Sunday, December 9, 2012

Shopping Buku di Pagi Hari

Pagi tadi, Tisya terbangun pukul 4.30 page minta susu.
Lepas tu dia taknak tidur dah. Menyanyi-nyanyi, lepas tu minta on kan tivi.

Maka, Kekasih pun terus suruh siap, kita terus pergi Big Bad Wolf.
Tisya tukar diaper je, dengan pyjamas, kita angkut dia masuk kereta *lol*.

Best gila, jalan tak jam, parking tak full, hall tak crowded.

Cik Adik la paling seronok, sampai tak muat kotak disumbatnya buku-buku dia. Nasib la sempat filter sebelum bayar.

Mama ambil dua buku saja. Sebabnya, buku yang beli tahun lepas pun tak habis baca. Manaaaa lahhh sempattt nak baca bukuuuuuuuuu. Kadang-kadang bila dah rasa macam desperate sangat nak baca buku, kita beli jelah bahan bacaan paling ringan macam Reader's Digest.

Adalah 4 mukasurat kot. Lepas tu buku ke mana, orang entah ke mana.

Tahun ni belikan Tisya activity books saja pun. Buku cerita dah taktau nak letak mana. Cik Adik ni punya rak buku dah mengalahkan Mak dia punya.






Inilah aktiviti hari minggu. Sampai ke petang ngantuk tak sudah.

Wednesday, November 28, 2012

Hai Bebi!

Saturday, November 3, 2012

Rabbit Fun Land, Semenyih

Tadi pagi kami pergi Rabbit Fun Land dekat Semenyih.

Minggu lepas, in-laws semua dah pergi, tapi sebab kitaorang balik Segamat, jadi tak dapat join.

Fuh balik sini je, diaorang cerita pergi farm ni, maka teruja abis la kita nak pergi.

Pagi-pagi kitaorang semua dah bangun nak pergi farm punya pasal.

Lagipun, Tisya mesti suka tengok rabbits.
Walaupun dia hari-hari pun main rabbits tapi inilah rabbits dia


Untuk ke Rabbit Fun Land Semenyih adalah sama haluan untuk ke Broga Hills.
Enterance fee adalah RM5 seorang.
Boleh beli makanan untuk binatang-binatang dengan harga RM10.
 
 

 
 
Ada banyak juga binatang-binatang kat situ.
Ada kambing (yang tingginya melebihi Mama).
 
*geram*

Bagi kambing makan

*puas hati*


Luar kandang lembu







 


nak tangkap anak ayam



 
 
naik kuda
 

Wajah gembira.

 
Misi tercapai :-)
 
 
p/s: Ok sebenarnya, di akhir lawatan dia meraung menangis.
Sebab. Taknak. Balik.

Saturday, October 20, 2012

Pagi Indah, Jangan Hanya Duduk Rumah

Jadi mari pergi ke Taman Botani, Putrajaya.

Hajat asal nak sewa basikal (kami dah beberapa kali naik basikal dekat sini), tapi basikal yang ada carrier kat belakang tu pulak habis.

Jadi kita jalan jelah.






 
 
 
Masa tengah tengok ikan-ikan di dalam kolam, sekali nampak la ada plastik bungkus roti terapung atas air, Kekasih takut ikan nani terperangkap dalam plastik tu, dia pun turun la nak buang plastik tu, and cik little Bindi ni pun sibuk nak turun jugak.
 

 

Lepas tu feeling feeeling bersantai tepi laut, taktau Mama dah berpeluh-peluh panas.

 
 
Tapi tengok muka happy dia ni, worth every sweat. Selamat berhari minggu!
 
 

Friday, October 19, 2012

Empat Tahun Lepas Inai Merah di Jari

Tarikh yang sama, dua tahun lepas, pagi-pagi dah bersiap ke masjid untuk upacara nikah.


Hari ni, bangun pagi, masa Kekasih suruh dia tukar baju nak pergi taska. Dia kata "taknak!". Kasi baju lain dia kata "taknak!" lagi. Tunjuk yang lain dia kata "Taknak! Tak cantik!"

Wth?

Last-last dia pilih baju sendiri. Takde la cantik sangat pun bajunya. *roll eyes*
Dah besar jangan nak jadi Bridezilla ye. Sebab Mama dulu kawin ikut je aturcara mak ayah tau tak?

Apa-apalah.
Ini untuk empat tahun penuh warna warni!


Thursday, October 18, 2012

Oi la Cotton On. Tadi Pagi Elok Je Free Shipping, Lepas Lunch Lain Pulak

There goes the xxs dresses I wanted.

Friday, September 28, 2012

Kehadapan Sang Kucing yang Telah Berada di Syurga

Hey Kitty,
Tadi pagi hujan. Kita jumpa Mak awak tidur atas motor. Selalu pagi-pagi kan awak dengan dia selalu main-main kat bawah. Sekarang dia dah takde kawan dah. Kesian dia. Kita harap tuan motor tu tak marah dia tidur atas tu. Kita nak kejut dia tadi, tapi tak sampai hati pulak. Tapi jangan risau, Mak awak OK. Bye Kitty, bye.

Tuesday, September 25, 2012

Dan Nyawanya yang Ke Sembilan Berakhir Pagi Ini

Ok sebelum kita jadi gila simpan benda ni, meh sini dengar kita nak cerita. Tadi pagi kan, *nanges*, kita nampak anak kucing kena langgar depan mata. *nanges* Mula-mula kita nampak dia lompat-lompat kat tepi jalan dengan Mak dia. Sekelip mata, dia melintas jalan, lepas tu kena langgar *nanges* Kesian dia. Warna hitam putih macam kucing kita masa kecik-kecik nama Ching Ching (sebab dia pakai loceng bunyi chinggg chingg). Takpe la kucing, awak pergi pun dalam keadaan gembira. Sebab tadi nampak awak lompat-lompat gembira dengan Mak awak. Pagi-pagi kita nampak awak dengan mak awak. Mak awak tu sayang awak tau. Bye kitty. *sambung nanges*

Wednesday, September 19, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Achummmmmmmm!

Dammitttttttttttttttt!
I must take my allergy pills everyday!!!!!

Wednesday, September 5, 2012

Hujan Lebat, Angin Kuat

Semalam kan, sampai je kat rumah, hujan turun mencurah-curah.
Dengan angin kuat berserta dengan kilat.

Turun dari kereta, walaupun Kekasih turunkan kat bawah bumbung, kita balut Tisya dengan cardigan, sebab takut dia basah.

Nak naik lif, takut kang terperangkap pula time guruh kilat menggila.
So kita pun panjat tangga. Sampai kat level rumah (ala tingkat satu je pun, kecoh!), sekali tengok lampu koridor pula tak on lagi. Tengok air dah bertakung kat depan certain rumah.

Kita pun sambil dukung anak, redah tempias dalam gelap gelita.
Semalam kita pakai maxi dress (actually it's a midi dress, atas sebab ketinggian, bila i pakai terus jadi maxi).

Ok where were we just now?
Oh oh kain kita basah dek sebab redah air bertakung, meraba-raba di lorong koridor gelap.
Guruh berdentum sambil kilat sabung-menyabung.

Fuh sebijik macam dalam filem Titanic.

Tuesday, September 4, 2012

Chaos

"When I got to that room, it was chaos, because that's the system now: chaos. That has been the system that's been in place since this merger. Your system. I'm saying you should look again at who is responsible."

Not my words.
They are the sexy  Dr. Derek Shepherd's words.

Wednesday, August 29, 2012

Friday, August 24, 2012

Berhari Raya Bersama Ikan-ikan di Aquaria, KLCC

Bukan selalu dapat cuti panjang macam ni. Memang peluang terbaik untuk membawa Tisya berjalan-jalan.

Destinasi pilihan kali ini adalah Aquaria.



 

Ahhh sibuk nak ambil gambar Mama. Mana kepala Mama?
 

Dan saya juga yang buat plan untuk menaiki LRT untuk ke sana.
Sambil menyelam, minum air. Lagipun bila lagi dapat peluang pergi KLCC dan naik LRT during weekdays kan? Jadi kita drive dan parking kereta dekat LRT Bukit Jalil. Parking fee RM2.
 
 
Lepas tu kita beli tiket untuk ke KLCC. Tiket sehala berharga RM7 untuk dua dewasa, Tisya FOC.
Gosh it was such a long way. Rupa-rupanya memang mencabar untuk guna public transport. Hendak-hendak yang bawa anak kecil. Siap kena transit la bagai, lepas tu lif  samada tiada, atau ada tapi tak boleh guna. Satu kerja pula nak angkat-angkat stroller.
 
Tapi nak buat macamana kan? Nak sangat anak merasa naik LRT.
 
 
 
Sampai KLCC, kita terus beli tickets.
 
 
 
Mula-mula masuk jangan terkejut, memang ada seksyen ntuk reptilia. Eowwwww!
Lepas tu baru tengok ikan-ikan, dan penyu-penyu.
 
Lepas tu sampai feeding time, ramai orang duduk berkerumun dekat depan akuarium besar untuk tengok professional divers bagi ikan-ikan dan penyu comel makan. I was amaze how Kid manage to squeeze herself dan tau-tau dia sudah duduk di barisan hadapan, jaw-dropped tengok ikan makan. That's my girl! Boleh pula dia duduk diam sorang-sorang dekat situ. Kagum Mama tengok kamu kagum begitu!
 
 



 
 
Habis tengok ikan makan, kita keluar dari Aquaria. Had a quick lunch, beli Garrett Popcorn, dan ambil tren balik.
 
Plan ke KLCC untuk ke Aquaria, memang betul-betul ke Aquaria kami tuju :-)
 
Balik semula naik LRT, i take my hat off untuk mereka yang menggunakan LRT hari-hari untuk ke tempat kerja. Kamu memang hebat!
 
 

Things i discovered during our visit:
1. LRT adalah tidak child friendly
2. KLCC adalah tidak child friendly juga
3. Aquaria adalah awesome

Tapi Tisya had fun. She had fun in LRT, walaupun tersungkur dua kali (eh kenapa LRT suka buat sudden brake?) Kemudian, dia cerita balik yang dia nampak Ranggo (cicak besar), ikan, turtle dan high 5 diver from outside the tank. Makanya misi Aquaria adalah berjaya! Yeay!

Cerita Raya

Heya!

Geng turquoise
How everyone's raya? We managed to went back to my hometown Segamat just a day before raya. Takdelah sedih sangat macam iklan Bernas tu nak balik Segamat. Jalan pun smooth saja. Siap berhenti beli lemang bagai. Sampai rumah I bersilat dengan SuperMak dekat dapur. Cheh takdelah bersilat sangat sebenarnya.


So, 1st day raya, we went to Kota Tinggi, to my aunt's place, sebab Nenek tinggal dekat sana. Challenging juga journey melalui jalan-jalan kampung dengan kereta cilok-mencilok. Kalau lu cilok tapi bumbung kereta masih boleh dilihat, baik tak payah lah cilok lah. Last last dekat lampu isyarat kita berhenti betul-betul sebelah kereta lu. Pastu tak tau nak letak muka kat mana kan? Ahh masalah juga bila lalu dekat pekan-pekan kecil, dengan yang jalan menyongsang, tak pakai helmet lah. Isk isk isk memang kena banyak bersabar sambil minum air mineral.

Sampai Kota Tinggi Tisya nampak ayam, rupanya anak i tak pernah tengok ayam alive, dia cakap "Kok kok kok Upin Ipin!" Terima kasih ye Upin Ipin.




Second day, kita tidur sepanjang hari dekat rumah *lol*. Keluar kejap dengan Kekasih, isk isk isk orang semua masih pakai baju kurung baju melayu bersongkok, kita berdua pula pakai T shirt, seluar pendek, dan selipar jepun cari CoolBlog *lol*.

Third day, pergi ke rumah Mak Long di PJ pula. Lepas tu my parents nak beraya ke rumah parent-in-law kat Semenyih. So ke Semenyih pulak.

Malam bawa SuperMak pergi Ikea. Kesian dia tiap kali sampai sini tak pernah sempat pergi sana. Boleh terserempak dengan Pakcik Leman pulak.

Oh SuperMak jahitkan kita langsir baru. Tiba-tiba dapat langsir raya. Terima kasih Mak!



Esoknya SuperFamily balik semula ke Segamat. Kita bertiga apa lagi, laundry lah. Dah takde baju nak pakai.

Boring tunggu Mama dan Papa buat laundry
Kid took this photo of us

Malamnya kita buat BBQ dekat Semenyih.

Dan esoknya pula kita amik gambar family pula sebab my youngest brother-in-law akan ke Perancis untuk sambung belajar selepas ini.





Raya kali ini disambut dengan lebih tenang. Tiada masalah tonsil yang perlu dirisaukan. Hanya perlu menjaga masalah allergy rhintis dan jauhkn Tisya dari asap rokok. Cuti kali ini lebih bermakna kerana dapat berjumpa dengan keluarga, dapat bawa SuperMak jalan-jalan, makan-makan. Tisya had fun too. Dia boss dekat Segamat, Nenek dengan Atok ikutkan saja dia. Keje dia buli Maksu, godam ipod MakNgah, nyanyi dengan Uncle. Lepas tu dapat duit raya kasi dekat Uncle, suka betul Uncle sambil kata "Anak saudara saya sangat pemurah!". Banyak la hensem muka Uncle tu. Dan paling penting Tisya sihat sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk nikmat Aidilfitri kali ini.

Jadi, itu sajalah raya update dari kami! Selamat Hari Raya!



Thursday, August 16, 2012

Cerita Ogos dan Tentang Harapan

Dah tengah bulan Ogos tapi blog tiada update *lol*.

Just a quick update:

Esok last day kerja, Sabtu baru kita balik Segamat.
Barang semua tak packing, baju kurung masih dekat kedai *lol*.

Lepas tu, Tisya selsema diringi batuk dan demam sejak Ahad lepas.
Last Tuesday I took 2 hours time off untuk kejar clinic Dr Mahani.
Clinic malam (every Wednesdays) tak bukak bulan puasa, jadi terpaksa kejar sebelum clinic tutup pukul 5.
Oh and that day happened to be the day Tisya turns 35 months. Ironic.

Restock ubat-ubatan dan puffs and nasal sprays, dan on antibiotic.
Mengikut penghitungan antibiotic akan stop sehari sebelum hari raya.
Maka Tisya tidak perlu makan ubat di pagi raya, which is good enough for me.
Nanti orang sibuk makan ketupat anak I makan dadah :-(

Anywayyyyy, semalam balik dari Semenyih, kita try cari kot ada dobi still nak ambil comforter untuk dicuci.
Lupa pulak nak hantar minggu lepas. Memang ada yang ambil, tapi siap lepas raya. Dobi pun nak raya. HHmmppfhhh.

I need those comforters sebab family kita dari Segamat nak datang sebab family belah Ayah ada gathering di PJ pada hari raya ketiga.

OK apa lagi.
Oh sebenarnya adalah sangat excited counting days for Tisya's 3rd birthday.
Cake dah bayar, goodies for kawan-kawan di taska sudah bayar, printables sudah siap.
Food sudah order dan bayar (tinggal satu lagi belum order).

Decorations!
Most of the decorations akan dibuat dengan jari-jemari ini!
See told you I'm excited! Dah 2 tahun OK sambut dalam keadaan kasihan.
Jadi kali ini, biar dibuat dengan hasil kerja jari jemari Mama sendiri.
Cantik belakang kira.
Ok kecuali makanan, sebab itu bukan kepakaran heeeeee.

Jadi harap-harapnya tahun ni menjadi kenyataan.
Tolonglah Anak, jangan kamu sakit lagi.
Nanti Mama breakdown, langsung kita ban birthdays sampai bila-bila.

Orang sibuk beli dekorasi rumah untuk raya, saya sibuk cari dekorasi untuk birthday!
Walaupun bukannya invite ramai pun, yang diinvite, both our parents dan adik-beradik dan sepupu Tisya dua orang.Kawan-kawan rapat yang setakat ini hanya seorang yang kata mungkin boleh datang ^_^. Habis siapa nak tolong I bancuh air niiii????

Kadang-kadang, I tanya Kekasih, macamana kalau takda orang nak datang. Birthday Tisya jatuh pada long weekend, sebab sambung hari Malaysia (ahh patut lah Tisya ni patriotik je). Macamana kalau semua orang tiba-tiba ada rancangan lain? Kadang-kadang Kekasih jawab "mesti ada yang datang", kadang-kadang dia jawab "kalau takde orang datang kita makan jelah semua" atau "nak buat macamana?".

Ahh sudah! Tak pasal-pasal gua terpaksa buat Plan B, panggil pakguard bawah rumah datang. Ramai-ramai nyanyi lagu birthday untuk Tisya. Harapnya dalam bahasa Inggeris, bukan Nepal.

Ahh itu Plan B, apa-apa pun plan hari ini adalah untuk pergi snip-snip rambut Tisya.
Esok kita cuba hempuk comforters masuk mesin cuci sendiri, dan juga mop lantai.

Ooopss telefon bunyi, adik sms.
OK bye semua, selamat hari raya!

Tuesday, July 17, 2012

Friday, July 13, 2012

Kisah Malam Minggu Di Ofis

Jam menunjukkan pukul 9:55 malam.
Dan gua masih di ofis.
Tadi call Kekasih, dia kata Tisya dah tidur.
Crap!

Sian anak aku tak sempat dinner dengan Mama.
OK hujung minggu, cari Hello Kitty Tisya, dan makan besar dengan Kekasih.

Have a good weekend everyone.

Tuesday, July 10, 2012

Kerja, Maggi dan Kitty

Semalam kita balik kerja lambat.

Petang semalam kan hujan, sebab taknak kasi dia redah hujan, lepas ambil Tisya dekat taska, Kekasih bawa dia pergi Alamanda.

Dalam pukul 7 macam tu, baru saya suruh ambil saya untuk balik.
Masuk-masuk kereta, tengok Tisya dah tidur :-(

Kekasih cakap dia menangis dekat Toys r Us sebab nak apa benda alah Hello Kitty kat situ.

Kesian anak Mama, menangis sampai tertidur. Tak sempat makan pun.

Lepas tu kita balik rumah, sambil tengok Masterchef Selebriti, kami makan Maggi.
Bubur ikan Maggi for me, and Maggi kari untuk Kekasih.
Tidak perlu teknik kukus, gril, panggang, kukus, gril, panggang, kukus.
Hanya tunggu air mendidih.
Ironik sungguh.

Ok, kita nak sambung buat kerja ni.
Nak habiskan kerja ni cepat-cepat.

Mind you, nanti lepas semua dah clear, kita nak pergi cari si Kitty tu!

*Updated: Kekasih just told me that thing that Kid wants is Hello Kitty Fashion.
Apparently, you can dress that dear Kitty, macam Barbie. Tapi bukan Barbie (it's not Barbie yang, dont' worry!!!)(My husband ada allergy dengan Barbie, I have no idea why).


Anyway, fashionnnn, gahhhhhhhhhhh!
Fashion and me don't get along well.
*sigh*
Tapi, apa-apa lah, fashion kucing je pun kan.
Ok back to work, meow!

Thursday, July 5, 2012

Oh sabarlah hati!

Tersangatlah stressnya. Dan setiap kali rasa hendak menangis, I only try to divert it and think about Kid's 3rd birthday instead! Weeeeheeeeeeeeeeee!

*happy thoughs, happy thoughts*

Tuesday, June 19, 2012

Tuesday, May 15, 2012

What to do, ayam patuk itik sudu.

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu sekalian!

Ironik sekali i only realized about day bila ada ustaz cerita pasal hari ibu adalah haram. Kalau tak memang gua terlepas.

Hari Ibu untuk diriku dimulakan dengan membasuh pinggan mangkuk dan mencuci baju dan menyidai baju dan mengelap-ngelap dapur. Dalam keadaan batuk dan demam lagi.

Tengahari kita pergi Semenyih untuk makan tengahari. Makan tengahari yang lauknya Mama yang masak. Ironik sungguh.

Tapi takpelah, sekurang-kurangnya Mama dikelilingi anak-anak dan cucu-cucu.

Harapnya Hari Ibu untuk SuperMak adalah lebih baik dari saya. My dad is too busy with his politics thingy to actually acknowledge the day. Harapnya adik-adik berdua di rumah membuat sesuatu untuk Mak.

Dan petang itu, i demand a slice of cake from my husband, which he did by buying for himself too!
How thoughtful kan?

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu yang tertungkus-lumus hari-hari.
Dan kepada ibu-ibu yang hari-hari terpaksa deal with anxiety, semoga anda tabah!

Dan bila besar nanti wahai Anak, gimme a break, ok?
Satu hari saja, please?
:-p

Friday, May 11, 2012

Defining A Movement by Katherine Center


WHAT I WOULD TELL HER: (If I knew what to say.)
You are a miracle.
And I have to love you this fiercely: So that you can feel it even after you leave for school, or even while you are asleep, or even after your childhood becomes a memory.
You’ll forget all this when you grow up. But it’s okay.

Being a mother means having your heart broken.

And it means loving and losing and falling apart and coming back together.

And it’s the best there is. And also, sometimes, the worst.

Sometimes you won’t have anyone to talk to.

Sometimes you’ll wonder if you’ve forgotten who you are.

But you must remember this: What you’re doing matters.

And you have to be brave with your life so that others can be brave with theirs.

The truth is, being a woman is a gift. Tenderness is a gift. Intimacy is a gift. And nurturing the good in this world is a nothing short of a privilege.

That’s why I have to love you this way. So I can give what I have to you. So that you can carry it in your body and pass it on.

I have watched you sleep. I’ve kissed you a million times. And I know something that you don’t, yet:

You are writing the story of your only life every single minute of every day.

And my greatest hope for you, sweet child, is that I can teach you how to write a good one.

-Katherine Center-

Wednesday, May 9, 2012

Redah

Wehoo

So it's been a while since the last time i've blogged.

Kisahnya Tisya kena selsema Ahad minggu lepas. Pada masa hati berbunga mengharapkan April adalah bulan bebas dari sebarang penyakit, supaya saya boleh war-warkan pada dunia, April adalah bulan pertama dalam tahun 2012, yang Tisya langsung tidak sakit.

Pada 30 haribulan April, dia kena selsema.
Tu lah impian menggunung sangat.

Selsema yang jadi punca segala penyakit yang lain.

Makanya 2 hari selsema, lepas tu start la batuk.

Bila batuk, makan pun taknak.
Macamana nak makan, baru suap satu sudu, tiap 5 saat batuk, tersembur semua makanan.
She was frustrated I can tell. Tapi nak buat macamana lagi?

Dah kurus balik anak gua.

Di masa yang sama, I was having a horrible flu as well. Lepas pun sambung batuk kong kong.
Dah macam okestra kami berdua kat rumah. Macam-macam bunyi. Bersambung-sambung.

3 hari batuk, malamnya Tisya demam.
Last-last menyerah diri juga kat Dr Mahani.

Hari minggu kita duduk rumah, jaga anak sakit.
Orang sakit, jaga anak sakit adalah lebih tepat.

I was on MC on Monday. Tak larat dah.
Rumah cantik sikit je dari tongkang pecah.

It's been a tough week.
Balik masuk kerja balik. There are negative vibes in the office as well.

Tapi, nak buat macamana lagi?
Bukannya ada pilihan lain.
Jadi kita redah jelah apa yang ada.

Thursday, April 26, 2012

Kisah Tantrum dan Doll Stroller Tisya

How do you cope with kids tantrum?

Saya tak tahu perasaan orang lain bila anak mengamuk terutama di tempat awam, tapi pada saya di kala itu memang rasa nak pasang kuda-kuda untuk bersilat, rasa nak terbang macam cerita kungfu, rasa nak buat silambam, rasa nak karate, rasa macam-macam rasa.

Membiarkan dia terus menangis, dan berguling-guling di lantai tidak akan membantu.

Tapi ini yang saya belajar dari  pediatrician kami, Dr Mahani, bila anak mengamuk.

Untuk langkah pertama, kata kuncinya adalah "Distraction".
Ini crucial part. Di saat ini lah selalu rasa nak pasang kuda-kuda untuk bersilat, rasa nak terbang macam cerita kungfu, rasa nak buat silambam, rasa nak karate, rasa macam-macam rasa. Tarik lah nafas panjang-panjang.


Bawa dia jauh dari tempat kejadian. Alihkan perhatian dia. Cari objek lain yang boleh menarik perhatiannya.
 
Tapi tidak dinafikan memang sukar untuk distract sesetengah budak, terutama yang determination nya sangat tinggi. Adik bongsu saya (beza umur kami 18 tahun), salah seorang contoh kanak-kanak yang determination sangat tinggi, saya ingat pernah dulu, semasa kecil dia inginkan aiskrim, dan dia mendesak dengan berkata berulang kali "nak aiskrim, nak aiskrim, nak aiskrim..." sepanjang perjalanan di dalam kereta. Saya dan adik lelaki saya cuba lawan dengan berkata "nak pizza, nak pizza, nak pizza...". Guess what? Kami berdua kalah. Kami berdua sebut sambil tutup telinga, sambil pejam mata, dengan penuh perasaan mencuba untuk melawan, and yet dia dengan muka selamba masih teguh dengan "nak aiskrimnak aiskrim, nak aiskrim, nak aiskrim...". Last-last, saya pula yang tersasul sebut "nak aiskrim". Kalah big time. Dengan aku-aku sekali dapat aiskrim haha.
 
Ok berbalik pada topik asal. Jika dia mahukan sesuatu, let say, a toy. Jangan terus belikan di saat dia menangis mengamuk di situ. Kata Dr Mahani lagi, jika kamu betul-betul mahu belikan juga, belilah ketika dia tiada di situ. Bukan di waktu yang sama ketika dia mengamuk.

Kerana si anak akan gunakan mengamuk sebagai mechanism setiap kali mahukan sesuatu.
 
Nak sesuatu, maka nangis, mesti dapat.
Senang kan? Modalnya hanya airmata dan jerit pekik.
 
Pada saya ini penting. To let your kids know who's the boss.
 
Walaupun jika boleh, saya mahu belikan bulan dan bintang untuknya. Tapi, sedar yang keluarga kami bukanlah kaya raya, maka anak perlu tahu yang dia bukanlah Suri Cruise (dan Mama sampai bila-bila pun takkan jadi Katie Holmes)/  Mama dan Papa tak cop duit / Duit tak jatuh dari langit begitu saja.
 
Dan kerana kamu lahir di dalam keluarga yang serba sederhana, kamu perlu belajar untuk terima rejections. Lots of rejections. Kunci kejayaan untuk mendapat apa yang kamu inginkan adalah hardwork.
 
Airmata tidak akan membawa kamu kemana-mana. Trust me, I know.
 
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari yang tenang, kami telah masuk ke dalam Toys r Us. Dan Tisya telah ternampak doll stroller. Maka dia pun menyorong benda alah itu ke hulu ke hilir di dalam Toy r Us.Kemudian, kami panggil dia untuk balik. Tisya taknak *gulp*. Dia masih menyorong stroller itu ke depan ke belakang, tak hiraukan kami yang sudah separa merayu, menggertak mengajaknya balik.
 
Tiada pilihan, kami letakkan balik stroller itu, dan dukung dia keluar. Drama pun start la.
 
Kemudian Kekasih tanya saya nak belikan tak? Harga stroller itu hanyalah RM29.90 pun.
 
Dan di saat itu, saya juga sudah goyah sedikit. Apalah sangat dengan RM29.90. Mungkin ini adalah payback time untuk Tisya ketika saya perlu kerja lebih masa, dan dia terpaksa duduk lama di rumah babysitter. Mungkin ini dapat membayar balik ketika saya tak dapat masakkan dia makanan di waktu malam kerana terlalu penat. Apalah sangat RM29.90 untuk anak.
 
Di saat itu, saya berperang dengan perasaan bersalah pula.
 
Tapi akhirnya, saya tutup mata dan kata pada diri sendiri, I can't lose in this battle. Fine, kata Kekasih, jadi kita pun bawa anak yang meraung, meronta-ronta untuk turun. Baju sampai basah dek airmata.
 
Di kala itu memang rasa nak pasang kuda-kuda untuk bersilat, rasa nak terbang macam cerita kungfu, rasa nak buat silambam, rasa nak karate, rasa macam-macam rasa.



Dan kami sogok dia dengan naik kuda yang masuk duit singgit tu.
Lepas tu, dia pun lupa dah pun.
 
But the problem is, i never forget. Esoknya di pejabat, saya asyik terbayang-bayang. Bukannya terbayang wajah dia menangis melolong, tapi terbayang wajah gembira dia menyorong stroller kecil itu. Wajah itu datang bermain-main semacam trailer filem.
 
Balik kerja, dengan penuh tekad, saya bagitau Kekasih, saya nak pergi balik Toys r Us untuk belikan dia stroller tu jugak! At first Kekasih was like wth nak kena pegi Balik Alamanda, semalam dah pegi. But then he said fine.
 
Petang tu, lepas ambil Tisya kita terus pergi Alamanda. Plannya habis makan, Kekasih dan Tisya tunggu dekat dalam kereta dulu, sambil saya pergi beli stroller, dan lepas tu terus masukkan dalam boot kereta, supaya dia tak nampak.
 
Sampai di rumah, Kekasih naik atas dulu dengan Tisya, saya tunggu dalam kereta sampai mereka naik atas (dah macam jadi spy aku ni). Lepas tu baru saya amik stroller dari boot (dan kemudian gua pucat lesi ingat ada hantu kat belakang kereta, rupa-rupanya pokok pisang wtf la nak jadi spy), dan bawa ke atas.
 
Bila masuk rumah saya tunjukkan plastik Toys r Us pada Tisya dan Kekasih suruh dia ucapkan terima kasih dan janji supaya tak nakal-nakal lagi, dan kesian Mama susah payah belikan untuk Tisya juga (sampai nampak daun pisang pun macam hantu).

Dan sampai bila-bila saya takkan lupakan wajah gembira dia, dengan senyuman sampai ke telinga. Memang dia senyum sampai telinga! Perasaan gembira melihat anak gembira memang tidak dapat diluah dengan kata-kata.  Dan ini adalah pembelian yang sampai bila-bila pun takkan saya lupa, kerana saya benar-benar mahu dia miliki ia. Dan bukan dibeli sebagai jalan pintas untuk dia diam.

Happy face that i will never forget
Dan beberapa hari selepas itu, I caught her sitting on the stroller *pitam*. Ahh tapi itu masuk cerita lain.
 
Jadi inilah cerita doll stroller berharga RM29.90 untuk Tisya. Stroller murah tapi ada cerita berharga di sebaliknya.

Wednesday, April 25, 2012

Friday, April 6, 2012

Mari Kita Pergi Zoo Negara!

Ini bukanlah lawatan kali pertama untuk Tisya ke Zoo Negara.

Kali pertama adalah pada tahun 2010, Tisya baru beberapa bulan, masih belum pandai berjalan.

Tapi Mama insisted untuk pergi ke zoo, kerana bila kamu ada anak, kamu kena bawa mereka pergi zoo!
Sebab budak kecil kan suka pergi zoo!
Walaupun adalah yang sebenarnya, mak dia yang meronta-ronta nak pergi tengok singa, gajah serta zirafah, dan menggunakan anak sebagai alasan.
Kalau bukan sebab anak, terasa tiada alasan pula untuk ke sana semata-mata nak tengok gajah.


Kami berdua tatkala menunggu animal show
Kan dah cakap dah, budak kecil suka tengok animal show! Lihatlah wajah gembira di atas!

Yelah tu, itu adalah aksi yang dapat dirakamkan beberapa minit awal kami berada situ.
Kemudian cik adik mulalah meronta-ronta, merengek, dan kemudian menangis meraung disitu.
Sangat tak cool, ye. Dah le panas segala.
Rupanya cik adik mengantuk. Papa bawa dia jauh sikit dari crowd, maka tinggallah Mama sorang-sorang, duduk di atas bench sambil melihat singa laut melompat-lompat hmmphhfhh.



Tapi itu cerita dua tahun lepas. Tahun ini kami datang lagi!
Hello again Zoo Negara!!!

Hey, on the same bench, two years later!

Dan teka siapa yang teruja melihat animal show kali ini?

Ok papa tak perlu dukung di bawah pokok lagi, yeayy!
The one that goes "oohhhh"s and "ahhhhh"s
over kan?

Padahal show yang sama juga, host yang sama juga dengan dua tahun lepas. Burung kakak tua melompat di gelung, buka abjad-abjab yang tertera WELCOME (trick yang sama dari KL Bird Park), singa laut main bola yada yada yadaa. But what would you expect from the animals? Burung kakak tua breakdance? But hey Kid enjoyed the show!

Lepas habis tengok show, kita ambil tram untuk jalan-jalan keliling zoo. Nak jalan memang tak larat. Kami berhenti di kandang harimau punya pitstop. Di situ, kita jalan-jalan (baca: lari kejar Tisya) di luar kandang binatang-binatang di situ.

Binatang-binatang kebanyakannya sangat jinak dan fotogenik. Halakan saja kamera, mereka akan posing baik punya (terutama sekali kaum monyet, gedik sungguh). Binatang-binatang seperti keldai, rabbit, kambing, lembu, dan binatang kecil seperti kanggaru (entah apa namanya), sangat jinak, dan menggesel-geselkan hidung di kandang. Oh oh sampai ada seekor keldai comel, menggesel-geselkan kepala di kadangnya minta dibelai, dan bila datang dekat, Papa nampak hidung keldai ada air sikit (hingus), dia jadi panik dan berkata "jangan dekat, jangan dekat, dia selsema!" Sah lah keluarga kami memang emo dengan selsema. Nanti boleh letak tag baru berbunyi Keldai Selsema Buat Papa Emo.



Conversation with a tapir (suruh tapir bangun tidur)

Ok sekarang mari kita cerita pasal kos lawatan pula.
Boleh rujuk di sini.

Kami ambil package kadar biasa. Mama dan Tisya ada masalah dengan serangga. Insect Zoo is a no-no.
Tram berharga RM3 untuk dewasa, dan RM2 untuk kanak-kanak.
And you will need a map, harganya RM2.

Seperti taman-taman yang lain, pilihan makanan dan minuman adalah terhad dan mahal.
Mengambil iktibar dari lawatan kali pertama, kali ini saya bawa bekal (nuggets goreng, french toast, dan sausages). Juga air masak dari rumah. Heeee kita kunyah nuggets sampai tengok singa laut lompat-lompat.

Oh oh oh kecuali sampai si satu tahap, di mana saya terlalu panas dan dahaga (mengejar Tisya la punya pasal). Air di vending machine adalah RM2.50 setin.

Dahaga punya pasal, di luar kandang beruang saya meneguk ice lemon tea RM2.50. Ahhh terasa nyaman sekali (sambil Kekasih ke hulu ke hilir mengejar Tisya, kejap kat luar beruang matahari, kejap ke kandang grizzly brown bear).

Puas bekejar-kejaran, naik tram balik, ada la drama mengaruk sikit. Rupanya-rupanya kawan tu dah mengantuk.
Tidur di atas tram

OK sekarang boleh balik!
At least kali ni Papa kena dukung, time dah nak balik.

Oh ya, kos parking untuk 2.5 jam (more or less) adalah RM5.50.