Tuesday, December 6, 2011

Kisah Harijadi ke-2 Batrisyia

This was one long-due event. Kerana mengingatkan harinya amat megguris hati. Hari yang ditunggu-tunggu, yang dinanti-nanti, akhirnya bukan saja tidak mengikut perancangan awal, malah menjadi hari yang amat menyedihkan.

Segala perit jerih untuk memastikan Tisya sihat tidak membuahkan hasil langsung. Lagi beberapa hari saja untuk menyambutnya, jerebu tebal menghuni udara. Terima kasih kepada jiran republik yang hutannya perlu dibakar setiap tahun. Tiap kali saya melihat ke luar kaca pejabat, dan yang nampak hanya jerebu yang tebal mengkabut pandangan, tapak kaki terus sejuk, mengingatkan betapa ia adalah bencana untuk Tisya. Kami terus saja mengkuarantinkan diri di dalam rumah. Perintah darurat untuk keluarga kecil kami. Tisya hanya akan keluar ketika perlu ke rumah nenek-sitter dan untuk balik ke rumah. Itupun, sebelum keluar, kami seperti askar yang ingin menggempur musuh. Siap-siap pakai beg dari dalam kereta, 1,2,3 dan kemudian lari pecut untuk masuk ke rumah.

But the hazes showed no mercy. Dia sudah mula selsema, dan batuk-batuk, diikuti demam. Tanda-tanda tonsilnya sudah membengkak juga jelas. Air liur mengalir (tonsil bengkak, untuk menelan air liur jadi begitu perit). Dia tidak mahu minum susu (hanya mahu air kosong), dan  menolak semua jenis makanan. Mata bengkak dan kulit menjadi kasar (kesan Allergic rhinitis). Tidur juga tidak lena. Hidung sumbat, jadi dia bernafas melalui mulut. Tapi tonsil bengkak, jadi tidur berdengkur yang maha kuat, dengan bunyi menarik nafas tersekat-sekat.

Pada 14 September lepas, saya memang mengambil cuti. Plan awalnya, bawa Tisya berjumpa paeditriciannya, ambil ubat, dan kemudian ke mall terdekat untuk lunch dan membelikannya kek comel untuk ditiup. That morning, i woke her up, and sang her a birthday song. She looked extremely tired. I dressed her in her most cutest clothes. Saya sangat optimistic yang dia akan OK, dan kami akan sambut harijadinya bersama-sama. Dan kami pun menuju ke KPJ Kajang.

Sebaik masuk ke bilik Dr Mahani, Dr Mahani sudah pandang semacam. Saya bagitau Dr Mahani, hari ni harijadi Tisya. Dr terus saja mengambil kertas sambil berkata "Tisya celebrate birthday dekat sini, ye." Dan kemudian saya nampak dia sudah sign admission form Tisya. Tiada kompromi (kami kadang-kadang berkompromi dengan dia, bila dia kata perlu diadmit, kami kata biar kami cuba jaga dia di rumah dulu, atpi hari-hari nanti kami jumpa Dr untuk follow up). Tapi kali ini nampaknya, Dr Mahani memang tak kasi peluang. Dia kata Tisya sudah nampak demotivated dan murung.  Dr kata selalu bila Dr sedang periksa, Tisya akan meronta-ronta melawan atau meronta-ronta nak turun sebab nak main toys dekat meja kecil Dr Mahani. Saya dan Kekasih pasrah saja. Nak buat macamana, kesihatan Tisya lebih utama dari yang lain-lain. Kasihan Batrisyia, menyambut harilahirnya di hospital. Nurses yang merawatnya, datang sambil nyanyi lagu Happy Birthday. Dan pada hari yang sama, Tisya perlu melalui sesi fisioterapi. Yes, a painful moment on her birthday. Hancur luluh hati saya. Dengan IV di tangan dan segala ubat disuntik. Di kala kanak-kanak lain menyambut harijadi dengan hilai tawa dan kegembiraan, anak saya menyambut harijadi dalam airmata dan kesakitan. Dalam tempoh dua tahun, Tisya sudah masuk hospital sebanyak 6 kali. Secara purata, (24 bulan/6) Tisya masuk hospital setiap 4 bulan.

Malam itu, adik saya datang, sejurus kemudian keluarga in-laws pula datang melawat ke hospital. In laws bawa pizza dan kek untuk kami makan-makan. Kami pakai birthday hats sambil ramai-ramai makan keliling katil Tisya. Esoknya beberapa nurses datang ke bilik membawa kotak kek. Mereka kata Dr Mahani suruh sampaikan kek itu untuk Tisya (Thank you Doc!).Suka betul Tisya. Dia asyik minta saya bawa kotak kek kepadanya. Dia kata "Mama, nak kek. Kan Birthday Tisya!". Tiap kali dia berkata begitu, saya hanya akan ambil kotak kek sambil tahan airmata. kemudian kami akan sama-sama nyanyi lagu birthday untuk dia, dan dia akan potong kek, dan paksa saya makan. Hhmmpphh.

Hari Sabtu, Kekasih perlu ke India atas urusan kerja. Tinggal lah saya dan Tisya dua beranak terkontang-kanting dalam wad. Mind you it was still during Syawal month. Orang di luar sibuk berhari raya, sibuk dengan open houses, sibuk melayan tetamu datang ke rumah, dan kami di hanya terkurung dalam hospital berdua selama seminngu (it was so far the longest stay we had). Officially, hari raya memang sudah tiada makna lagi untuk saya.

But it was OK. We survived the stay. Pada hari terakhir di hospital, Diza, adik-in-law datang untuk menolong mengangkat barang-barang yang sudah bertimbun. Selalu Kekasih akan bawa barang-barang beransur-ansur seperti baju kotor balik ke rumah, tapi memandangkan dia tiada, semua bertimbun dalam ward. It took us few trips untuk mebawa segala mak bapak barang-barang masuk ke dalam kereta. Sebaik sampai di rumah ( it took few other trips untuk bawa barang-barang dari dalam kereta naik ke naik rumah), saya humban segala baju-baju kotor dalam mesin basuh, cuci dan sterelized botol susu Tisya. Esoknya sudah perlu kembali ke tempat kerja, dan Tisya terpaksa dihantar kembali ke rumah nenek-sitter bersama berbelas mungkin berpuluh kanak-kanak lain. Malam itu terasa agak creepy. Selama di hospital, tiap jam ada nurse yang masuk ambil suhu, check tekanan darah, tukar IV. Dan dari dalam bilik, kedengaran bunyi troli ubat ditolak dari luar, dan tiba-tiba berada di rumah sendiri, sunyi hanya kami berdua saja.

Tak mengapa la. Yang penting Tisya ada di sisi.
Birthday present from adiks- in-law

Birthday cake from Tisya's paed, Dr Mahani.

2 comments:

Lina said...

nurul, u're such a strong mommie to cope with all this. hope tisya will grow up as strong as u.. keep being strong ya mommie, coz u're her idol! hope tisya will be healthier each coming day.. =) amin

Nurul Isabella said...

Thanks for your kind words, Mommie Lina! Well, I guess a mother's gotta do what a mother's gotta do!