Thursday, December 15, 2011

Sayang Mama

Sila lah tonton iklan ini.

Ahhh sayang Mama! Saya resign kerja lama masa saya dalam pantang. Lepas tiga bulan tidak bekerja, akhirnya saya tahu saya perlu jadi realistik. Saya perlu bekerja. Saya ingat lagi hari pertama perlu menghantar Batrisyia ke rumah babysitter. Malam itu saya tidur memang tak lena. Tiap satu jam, saya terbangun. Mula-mulanya saya bersidai dekat tepi babycot dia, hanya untuk tengok dia tidur. Lama-lama saya angkat dia letak dia tidur dekat sebelah. Saya rasa malam itu malam paling singkat dalam hidup saya. Saya harap malam lebih panjang, jadi ada lebih masa dengan anak. Pagi-pagi saya bangun dengan derai airmata. Sebelum itu, hari-hari berkepit dengan anak. Dari celik sampai pejam mata. Pagi, petang, siang, malam. Dia lah peneman setia. Hari itu, 4 Januari 2010, titik permulaan di mana saya perlu tinggalkan dia untuk beberapa jam setiap hari. Talk about separation anxiety. Saya lah sebenarnya yang menghidapnya. Mula-mula katakan selamat tinggal di rumah babysitter, nanti ucapkan selamat tinggal hantar dia ke sekolah. Besar sikit, selamat tinggal sebab melanjutkan pelajaran. Tau-tau nanti selamat tinggal kerana mengikut suami pula. Sebab itu, selagi boleh, biar saya habiskan masa bersama dia. Selagi masih ada peluang. Masa bersama dia adalah priceless. Sayang Mama. Sampai bila-bila pun, di mana-mana pun, Mama tetap sayang. p/s: Anda boleh Like Dumex Dugro di facebook untuk menang hadiah.Saya saja letak iklan ni sebab touching sangat.p/s/s: Dah tua-tua ni tengok iklan susu pun nangis.p/s/s/s: Awal-awal tengok iklan ni mata dah bergenang-genang. Sampai part budak lelaki tu pergi, dan kemudian berpaling melihat ibunya, airmata memang sudah tak boleh tahan. Sampai part dia pegang dagu ibunya (if you watch the vids carefully, that's the same gesture the mom did when he fell off his bicycle) dan kemudian melekatkan sticker di baju, oooo airmata mengalir deras macam air banjir kilat di Kuala Lumpur. 

No comments: