Thursday, August 18, 2011

Kisah Shopping Raya

Hey hey hey!

Semua orang macam excited pasal raya je sekarang kan.

Kami ni je selamba badak lagi.

Minggu lepas Tisya batuk flu demam, jadi kami duduk rumah je. Weekends pun dok monitor budak sakit tu je.

Minggu ni baru start cari baju kurung Tisya. Mak aih, rupanya susah jugak nak cari saiz dia. Yang ada size kain dia macam tak sesuai je kat budak-budak. Banyak pulak yang tidak berkenan di hati.

Last-last kita dapat jugak yang berkenan kat PKNS Bangi.

Mama ngan Papa punya, kalau ada, adalah. Kalau takde pun tak apa. Bulan lepas kan Tisya demam, batuk, flu. Sampai empat hari berturut kami buat lawatan ke hospital. Puncanya selsema je. Tapi sebab dia ada Tonsillitis dengan Adenoiditis, selsema lambat kering, and sempat mucus tu melekat di paru-paru. Orang lain selsema 3 hari lepas tu dah OK dah. Tapi Tisya seminggu pun tak tentu sihat semula. Kos empat hari lawatan bulan lepas mencecah RM700+. Tu lah harga selsema Tisya tiap kali. And there goes fund raya kami.

Jadi, Mama dan Papa tak kisah sangat la diri sendiri ada baju raya ke tidak. Plus, kami macam dah bertahun-tahun raya ala kadar. Sebab tiap tahun, ada perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan.

2008: 2 minggu selepas raya, majlis kahwin kami (oarng sibuk beraya, kami sibuk prepare nak kahwin).
2009: lagi seminggu nak raya Tisya popped-out (baju raya tahun ini adalah kain batik dan T shirt).
2010: lagi 3 hari nak raya, baru discharged KPJ sebab broncolitis (time ni serious ingat kena raya dalam ward).

Apa yang kami harapkan adalah, dapat berhari raya bersama anak. Dan anak tersebut sihat walafiat.

Dan definisi persiapan hari raya kami adalah persiapan untuk Tisya sahaja. Nanti kami akan cari beberapa baju lagi untuk Tisya, dan oh kasut juga! Takkan nak pakai baju kurung with her current  Converse sneakers pulak (Keluarga kami ni ala ala duta Converse, harap maklum. Dulu atas dulang hantaran kahwin, dua-dua ada sneakers Converse. Orang lain letak kasut tumit tinggi, saya punya pakai sneakers vibrant colour gituh).

Tisya pun banyak gila baju tak pakai lagi. Masa Papa pegi US banyak belikan dia baju BabyGap la, Carters la. Jeans je ada 4 pasang tak pakai. Ada overall, ada tops, ada cardigan. Nanti boleh keluarkan balik kot-kot dah muat pakai. Almaklum la, beli saiz 18-24. Tisya pakai size 9M/1Y lagi.

And dia memang tiap-tiap bulan Mama dia dok beli baju pun, sampai gobok tak muat dah. Mama dengan Papa punya baju 2 orang muat je satu gerobok.

Ok lah, harap-harap weekends ni Tisya sihat, jadi dapat la keluar rumah.

Dan harap-harap dia tak grumpy. Dia bukannya boleh pegi tempat sesak-sesak. Start la dia meragam. Dah nak dekat raya ni, confirm la ramai orang, nak buat macamana Nak oii. Bertahan la ya.

Ok lah, selamat membuat persiapan, you people!

No comments: