Wednesday, August 3, 2011

Kisah Ramadhan

Salam Ramadhan, y'all!

Sudah masuk 3rd day of Ramadhan. Selain rasa mengantuk yang amat kerana kekurangan caffein *yawn*, everything looks OK so far.

For record, sudah 2 hari puasa, saya masih belum pergi baazar Ramadhan lagi. Kita masak hari-hari OK.

Hari Sabtu lepas Tisya habis physio, kami bertiga cepat-cepat pergi Taesco. Sebab tau kalau lambat sikit, memang jenguh la nak beratur (tu pun sardin tin kecik dah habis). Malas nak berlaga-laga troli semacam la masa tu je masa nak beli barang mentah. Saya dapat la pancing ikan beberapa ekor, dan tangkap seekor ayam. Juga beberapa jenis frozen food yang lain. Sempat juga saya menjadi mangsa sorang makcik (bersemangat sangat gamaknya), selamba reverse troli tak pandang-pandang belakang. Sakit oi kaki gua! Teringin nak tengok Makcik pandu kereta entah bagaimana. Kami meninggalkan Taesco just nice sebelum zombie-zombie lain menyerang.

Hari Ahad: Asam pedas ikan. Lepas tu gila rajin buat mango pannacotta *yummehhh*.

Isnin : Ayam goreng, ikan bilis tauchu dengan sayur sawi. Bersama balance asam pedas ikan merah hari Ahad.

Selasa: Ikan goreng bersambal sama asparagus. Dengan tauhu telur masak sos tiram. Juga bubur jagung (tak guna santan, guna full cream milk *yummehhh*).

Rabu: Dapur ditutup.

*LOL*

Baru 2 hari setengah beroperasi, hari ni dapur tutup untuk penyelenggaraan.

Pagi ni bagitau Kekasih awal-awal Hari Rabu dapur off. Baru berapa hari masak, dapur dah berkecah.

So hari ni plan nya buat laundry sikit, vacuum dan kemas dapur.

Hari ni mungkin la pergi bazar ramadhan. Tapi macam serik je cari makanan kat baazar. Tahun lepas saya pernah beli nasi lemak kukus, sampai time buka, baru tau nasi dia mentah lagi. Oi nangis laa.

Zaman study dulu, takat Shah Alam tu, cakap jelah baazar ramadhan seksyen mana, semua memang dah diterokai.

Tengoklah nanti apa yang selamat untuk dimakan. Sahur esok kita makan roti sama sausage sama baked beans jelah nampaknya.

Selamat berpuasa, peeps.

Dan kepada keluarga kecil kami ini, diharap Ramadhan tahun ini bebas dari tidur di hospital. Tahun lepas Tisya kena admit time puasa, lagi 3 hari nak raya baru dapat discharged. Tiga hari ngam ngam saya dapat hantar baju (baju entah tahun entah bila recycle) pergi hantar dry clean. Kos baju raya tahun lepas berharga RM20 sepasang Harga dry clean. Tu pun kira harga premium sebab nak cepat kan. Dobi lain dah taknak cuci dah, nak raya.

Keluar ward, Papa terus pergi Parkson beli baju melayu sepasang. Nasib baik Tisya baju raya memang dah prepare awal-awal.

Semoga (sambil type sambil pejam mata ni) Ramadhan tahun ini berjalan lancar. Semoga Ramadhan kami seperti Ramadhan keluarga normal yang lain.

Semoga Tisya sihat selalu.

Salam Ramadhan.

2 comments:

Adekniza said...

siap dessert hokay.. i pon tak baut dessert.. tabik springggg...

Nurul Isabella said...

I gigi manis (direct translation sweet tooth, haha!). Rasa serba tak kena kalau takde dessert.Tapi dessert yang senang-senang jelah.