Thursday, August 25, 2011

Kisah Bergendang

Hola,

Homaigash banyaknya lagi benda tak siap lagi .  Checklists pun tak siap lagi.

Aishh plannya patut this week hari-hari buat laundry, tapi kan sekarang petang-petang asyik hujan, makanya tak buat (alasan).

Takat minggu ni dapur memang tak berasap. Berasap time sahur je, tu pun boil sausages (except there's a day where gua hanguskan roti burger, berasap satu rumah! Selamba tinggal roti atas pan, pastu sambung tidur).

Malam tadi lepas buka terus pengsan depan tivi. Kejap-kejap terbangun pasal Tisya boom bang boom bang main gendang.

Tadi pagi bangun-bangun serabut kepala tengok barang-barang semua bersepah dikerjakan dia malam tadi.

Di sini diletak gambar Nur Batrisyia sedang bergendang. Ni gambar time dia ntah berapa bulan ntah. Time ni baru pandai berdiri. Tapi bunyi ketukan gendangnya sama annoying, tak kira dulu mahupun sekarang. Hishhh.

Kadang-kadang dah bising sangat, saya pun join sekali. Kesian betul jiran keliling kami. Mesti pelik apa la upacara kami malam-malam bergendang.


No comments: