Thursday, August 4, 2011

Kisah Bazaar Ramadhan

Ahhh semalam punya makanan from bazaar adalah sangat mengecewakan. Uhuks.

Saya cari-cari Nasi Beriani Mat Top (ngetop habis ok nasi beriani dia + sirap bandung soda yang sedap *drool*), tak jumpa pulak. Nak jalan cari lagi hujan rintik-rintik dah turun semalam petang. Disebabkan saya memang spesis tak boleh kena air hujan, maka terkocoh-kocoh je beli mana yang nampak.

Sekali bila dah masuk kereta, straight ngam ngam nampak kedai mat top. Duhh apasal la tak pergi kedai dia je kan. Isk isk isk.

The nasi beriani was a bit keras, beras pun macam pendek-pendek. Tiada papadom, dan acar tak berapa sedap. Ayam masak merah was so-so.

Dan yang paling kecewa adalah kuih lopes yang keras ya ampun, dan tepung pelita yang cair dan tasteless.

Kecewa adalah saya.

At the other side of the story, semalam dapat kemas dapur. Laundry pun sempat. Tapi vacuum tak sempat.

But somehow, pagi ni sementara menunggu sausages boiling, sempat juga diriku mem"vacuum" dalam keadaan yang sungguh aman.

Ok hari ni dapur akan berasap kembali. Masak sendiri juga puas hati.

2 comments:

Adekniza said...

i ari nie suh mcd jek masak.. gcb.. *drools..

Nurul Isabella said...

Ros, patut la i nampak serombong McD berasap semacam. You punya angkara. Hihi.

Semalam bukan takat dapur berasap, ia juga melekit dan bersepah. Rasa nak mintak off hari Jumaat jugak.