Wednesday, August 24, 2011

24 Ramadhan

Dua tahun lepas, pada 24 Ramadhan, Nur Batrisyia lahir ke dunia.
Mengikut kalender Islam, Tisya sudah dua tahun! Alhamdulillah, syukur Allah.

Untuk tempoh dua tahun yang benar-benar mengajar saya erti kehidupan. Dan diberi peluang untuk merasa nikmat menjadi seorang ibu. Untuk peluang merasa ujian-ujian yang diberi. Untuk peluang mendakap anak setiap hari, dan peluang untuk memberitahu betapa saya amat amat sayangkan dia.

Saya benar-benar merasa syukur.

Walau dalam tempoh dua tahun ini, pernah saya rasa begitu depress. Bagaimana setiap hari seperti bergelut dengan hidup. Bagaimana kadangkala saya rasa it's just me against the universe. Bagaimana saya selalu berasa begitu hopeless tanpa sebarang pertolongan bila saya benar-benar memerlukan.

Saya benar-benar merasa syukur.

Confession: Selalu bila Tisya jatuh sakit, dan saya berasa stress, saya akan melawat ke blog Bidadari Syurga dan baru-baru ini saya bertemu pula dengan blog dia.

Untuk mengambil semangat wanita-wanita hebat ini. Dan bila membaca catatan mereka, diri merasa begitu kerdil, merasa diri ini begitu sellfish. Apa yang perlu saya hadapi hanyalah sekelumit saja dibandingkan dengan mereka. Kerana kadangkada saya merungut dan membanding-bandingkan kehidupan kami yang tidak seperti keluarga normal yang lain. Saya sedih kerana Tisya masih belum ada peluang untuk saya bawa ke taman-taman tema kerana bimbang dia jatuh sakit. Dia hanya beberapa kali saya dapat bawa ke taman permainan. Melihat family lain membawa anak mereka ke taman permainan setiap petang, dan kami selalunya selepas balik kerja, harus bergegas ke klinik atau hospital. Kerana dia sering sakit, kami tidak berpeluang untuk selalu keluar berjalan-jalan. Dan saya tidak mahu menyebarkan penyakitnya kepada kanak-kanak lain. Maka selalunya kami hanya duduk di rumah saja.

Tapi bila membaca kisah hidup manusia-manusia kuat ini, membuat saya menilai hidup dari perspektif yang lain.

Allah bagi peluang untuk saya berjaga malam menjaga anak sakit. Allah bagi saya peluang untuk bawa anak ke hospital bila perlu.

Ibu-ibu ini tidak perlu lagi bersengkang mata menjaga anak sakit lagi.
Tapi untuk sesaat, mari kita bayangkan, lenakah tidur mereka?

Dan sempena hari kelahiran Batrisyia yang ke dua tahun, saya doakan agar setiap anak-anak di luar dikurniakan kesihatan, agar ibubapa di luar sana diberikan hati yang tenang.

Alfatihah untuk semua bidadari syurga. Semoga keluarga mereka sentiasa kuat dan tabah.

No comments: