Tuesday, August 30, 2011

Banyak sangat makan ketupat

Sampai lupa hari ni rupanya hari Selasa.

I've uploaded Rabu Tanpa Kata pada hari Selasa.

Apa-apa lah pun.

Selamat Hari Raya.

Rabu Tanpa Kata #2

Thursday, August 25, 2011

Kisah Bergendang

Hola,

Homaigash banyaknya lagi benda tak siap lagi .  Checklists pun tak siap lagi.

Aishh plannya patut this week hari-hari buat laundry, tapi kan sekarang petang-petang asyik hujan, makanya tak buat (alasan).

Takat minggu ni dapur memang tak berasap. Berasap time sahur je, tu pun boil sausages (except there's a day where gua hanguskan roti burger, berasap satu rumah! Selamba tinggal roti atas pan, pastu sambung tidur).

Malam tadi lepas buka terus pengsan depan tivi. Kejap-kejap terbangun pasal Tisya boom bang boom bang main gendang.

Tadi pagi bangun-bangun serabut kepala tengok barang-barang semua bersepah dikerjakan dia malam tadi.

Di sini diletak gambar Nur Batrisyia sedang bergendang. Ni gambar time dia ntah berapa bulan ntah. Time ni baru pandai berdiri. Tapi bunyi ketukan gendangnya sama annoying, tak kira dulu mahupun sekarang. Hishhh.

Kadang-kadang dah bising sangat, saya pun join sekali. Kesian betul jiran keliling kami. Mesti pelik apa la upacara kami malam-malam bergendang.


Wednesday, August 24, 2011

Surat Untuk Tisya

Confession: I have created another blog for my kid.

Boleh baca di sini.

24 Ramadhan

Dua tahun lepas, pada 24 Ramadhan, Nur Batrisyia lahir ke dunia.
Mengikut kalender Islam, Tisya sudah dua tahun! Alhamdulillah, syukur Allah.

Untuk tempoh dua tahun yang benar-benar mengajar saya erti kehidupan. Dan diberi peluang untuk merasa nikmat menjadi seorang ibu. Untuk peluang merasa ujian-ujian yang diberi. Untuk peluang mendakap anak setiap hari, dan peluang untuk memberitahu betapa saya amat amat sayangkan dia.

Saya benar-benar merasa syukur.

Walau dalam tempoh dua tahun ini, pernah saya rasa begitu depress. Bagaimana setiap hari seperti bergelut dengan hidup. Bagaimana kadangkala saya rasa it's just me against the universe. Bagaimana saya selalu berasa begitu hopeless tanpa sebarang pertolongan bila saya benar-benar memerlukan.

Saya benar-benar merasa syukur.

Confession: Selalu bila Tisya jatuh sakit, dan saya berasa stress, saya akan melawat ke blog Bidadari Syurga dan baru-baru ini saya bertemu pula dengan blog dia.

Untuk mengambil semangat wanita-wanita hebat ini. Dan bila membaca catatan mereka, diri merasa begitu kerdil, merasa diri ini begitu sellfish. Apa yang perlu saya hadapi hanyalah sekelumit saja dibandingkan dengan mereka. Kerana kadangkada saya merungut dan membanding-bandingkan kehidupan kami yang tidak seperti keluarga normal yang lain. Saya sedih kerana Tisya masih belum ada peluang untuk saya bawa ke taman-taman tema kerana bimbang dia jatuh sakit. Dia hanya beberapa kali saya dapat bawa ke taman permainan. Melihat family lain membawa anak mereka ke taman permainan setiap petang, dan kami selalunya selepas balik kerja, harus bergegas ke klinik atau hospital. Kerana dia sering sakit, kami tidak berpeluang untuk selalu keluar berjalan-jalan. Dan saya tidak mahu menyebarkan penyakitnya kepada kanak-kanak lain. Maka selalunya kami hanya duduk di rumah saja.

Tapi bila membaca kisah hidup manusia-manusia kuat ini, membuat saya menilai hidup dari perspektif yang lain.

Allah bagi peluang untuk saya berjaga malam menjaga anak sakit. Allah bagi saya peluang untuk bawa anak ke hospital bila perlu.

Ibu-ibu ini tidak perlu lagi bersengkang mata menjaga anak sakit lagi.
Tapi untuk sesaat, mari kita bayangkan, lenakah tidur mereka?

Dan sempena hari kelahiran Batrisyia yang ke dua tahun, saya doakan agar setiap anak-anak di luar dikurniakan kesihatan, agar ibubapa di luar sana diberikan hati yang tenang.

Alfatihah untuk semua bidadari syurga. Semoga keluarga mereka sentiasa kuat dan tabah.

Tuesday, August 23, 2011

Kisah Rancang Hidup Anda

Heya!

Weekend lepas Batrisyia ada ulser dekat lidah. Air liur mengalir tak berhenti. Mula-mula cuak juga, kot kena Hand Foot Mouth Disease, sebab masa dia kena dulu, air liur mengalir tak berhenti jugak, cuma time tu tangan dan kaki keluar bintik-bintik. Bawak dia pergi jumpa Tuan Doktor, Tuan Doktor kata bukan HFMD, tapi ulser sahaja. Definately not HFMD katanya, phew!

Jadi, janganlah ditanya bagaimana gayanya bershopping dengan anak yang ada ulser di mulut. Tantrum dari awal sampai ke sudah. Mula-mula kami ke OU, rupanya old wings dia renovate, and banyak kedai-kedai tak bukak lagi (but ehh they gonna open Cotton On Kids soon!). Nasib baik kami sampai awal, jadi masih boleh chio cepat-cepat pergi tempat lain. Lastly kita pergi Midvalley, walaupun Midvalley memang tak masuk dalam list saya. Nak cari parking kat MV kan macam kerja gila. Tapi alhamdulillah, berkat datang awal, dapat juga parking. And since dalam kereta sudah decide pergi MidValley, saya terus plan siap-siap nak masuk kedai mana. Sampai nak cari dress Tisya, dia nak meraung tak ingat dunia. Baju-baju semua main grab je. Takde fitting fitting. Lepas tu pergi cari kasut. Kasut pun main try kaki sebelah je, sambil dukung. Zap zap zap siap!

Yang penting plan, plan, plan.
I'm telling you, family kecil kami semua kena plan, plan, plan.
Nak-nak dengan Batrisyia yang selalu sakit.
Nak pergi mana-mana, kami akan plan siap-siap. Tempat, waktu dll.
Semua perlu diambil kira. Sekarang saya masih in the midst of menyiapkan checklists yang lengkap untuk pulang ke kampung.

Kawan-kawan kalau baca ni memang takkan percaya. Sebab saya memang terkenal dengan sifat semua buat benda last minute. Sampai nak kawin pun hampir tak jadi.

Tapi sekarang, dari celik mata, sampai tidur saya kena stick to routines. Sebab Tisya bila-bila masa saja boleh jatuh sakit. Di waktu itu, anything might have to do on the spot. Anytime kena start kereta pergi hospital. Bayangkan kalau kami tak stick to our routines, we would not be able to function well.

Ok lah cukup la dulu untuk hari ini. Selamat merancang perjalanan anda!

Thursday, August 18, 2011

Kisah Shopping Raya

Hey hey hey!

Semua orang macam excited pasal raya je sekarang kan.

Kami ni je selamba badak lagi.

Minggu lepas Tisya batuk flu demam, jadi kami duduk rumah je. Weekends pun dok monitor budak sakit tu je.

Minggu ni baru start cari baju kurung Tisya. Mak aih, rupanya susah jugak nak cari saiz dia. Yang ada size kain dia macam tak sesuai je kat budak-budak. Banyak pulak yang tidak berkenan di hati.

Last-last kita dapat jugak yang berkenan kat PKNS Bangi.

Mama ngan Papa punya, kalau ada, adalah. Kalau takde pun tak apa. Bulan lepas kan Tisya demam, batuk, flu. Sampai empat hari berturut kami buat lawatan ke hospital. Puncanya selsema je. Tapi sebab dia ada Tonsillitis dengan Adenoiditis, selsema lambat kering, and sempat mucus tu melekat di paru-paru. Orang lain selsema 3 hari lepas tu dah OK dah. Tapi Tisya seminggu pun tak tentu sihat semula. Kos empat hari lawatan bulan lepas mencecah RM700+. Tu lah harga selsema Tisya tiap kali. And there goes fund raya kami.

Jadi, Mama dan Papa tak kisah sangat la diri sendiri ada baju raya ke tidak. Plus, kami macam dah bertahun-tahun raya ala kadar. Sebab tiap tahun, ada perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan.

2008: 2 minggu selepas raya, majlis kahwin kami (oarng sibuk beraya, kami sibuk prepare nak kahwin).
2009: lagi seminggu nak raya Tisya popped-out (baju raya tahun ini adalah kain batik dan T shirt).
2010: lagi 3 hari nak raya, baru discharged KPJ sebab broncolitis (time ni serious ingat kena raya dalam ward).

Apa yang kami harapkan adalah, dapat berhari raya bersama anak. Dan anak tersebut sihat walafiat.

Dan definisi persiapan hari raya kami adalah persiapan untuk Tisya sahaja. Nanti kami akan cari beberapa baju lagi untuk Tisya, dan oh kasut juga! Takkan nak pakai baju kurung with her current  Converse sneakers pulak (Keluarga kami ni ala ala duta Converse, harap maklum. Dulu atas dulang hantaran kahwin, dua-dua ada sneakers Converse. Orang lain letak kasut tumit tinggi, saya punya pakai sneakers vibrant colour gituh).

Tisya pun banyak gila baju tak pakai lagi. Masa Papa pegi US banyak belikan dia baju BabyGap la, Carters la. Jeans je ada 4 pasang tak pakai. Ada overall, ada tops, ada cardigan. Nanti boleh keluarkan balik kot-kot dah muat pakai. Almaklum la, beli saiz 18-24. Tisya pakai size 9M/1Y lagi.

And dia memang tiap-tiap bulan Mama dia dok beli baju pun, sampai gobok tak muat dah. Mama dengan Papa punya baju 2 orang muat je satu gerobok.

Ok lah, harap-harap weekends ni Tisya sihat, jadi dapat la keluar rumah.

Dan harap-harap dia tak grumpy. Dia bukannya boleh pegi tempat sesak-sesak. Start la dia meragam. Dah nak dekat raya ni, confirm la ramai orang, nak buat macamana Nak oii. Bertahan la ya.

Ok lah, selamat membuat persiapan, you people!

Tuesday, August 9, 2011

Mengantuk

Mengantuk yang amat.
Sampai rasa nak menangis.

Friday, August 5, 2011

Bukan Masterchef

Hola!

Eh sekarang semangat gila nak update blog.

Mungkin sebab background bunga-bunga kat belakang ni.

Anyway, semalam kan masak ayam masak merah, sambal goreng kentang+tempe+ikan bilis, dan sup sayur. Dessert adalah chocolate pudding.

Memasak three dishes campur one dessert adalah bersamaan dengan system failing.

Pukul 7pm pun masih kacau-kacau periuk.

Jadi marilah kita membuat kesimpulan yang; adalah impossible untuk menghidangkan 3 lauk berserta dessert di atas meja sebelum waktu berbuka.

Well, at least if the cook is me lah kan.
Sangat tak efisyien bekerja di dapur.

Last last chocolate pudding tak sempat pun rasa lagi (sekarang terbayang-bayang). Sebab siap semalam ngam ngam 7.20pm, baru nak masuk fridge. Tak tau la menjadi ke tidak.

Ok lepas ni kita masak maximum 2 jenis lauk, kalau nak buat dessert.
Kalau takde dessert, baru boleh buat 3 lauk (mungkin).

Hari ni takde lauk. Kita buka pasta jelah.

Thursday, August 4, 2011

Kisah Bazaar Ramadhan

Ahhh semalam punya makanan from bazaar adalah sangat mengecewakan. Uhuks.

Saya cari-cari Nasi Beriani Mat Top (ngetop habis ok nasi beriani dia + sirap bandung soda yang sedap *drool*), tak jumpa pulak. Nak jalan cari lagi hujan rintik-rintik dah turun semalam petang. Disebabkan saya memang spesis tak boleh kena air hujan, maka terkocoh-kocoh je beli mana yang nampak.

Sekali bila dah masuk kereta, straight ngam ngam nampak kedai mat top. Duhh apasal la tak pergi kedai dia je kan. Isk isk isk.

The nasi beriani was a bit keras, beras pun macam pendek-pendek. Tiada papadom, dan acar tak berapa sedap. Ayam masak merah was so-so.

Dan yang paling kecewa adalah kuih lopes yang keras ya ampun, dan tepung pelita yang cair dan tasteless.

Kecewa adalah saya.

At the other side of the story, semalam dapat kemas dapur. Laundry pun sempat. Tapi vacuum tak sempat.

But somehow, pagi ni sementara menunggu sausages boiling, sempat juga diriku mem"vacuum" dalam keadaan yang sungguh aman.

Ok hari ni dapur akan berasap kembali. Masak sendiri juga puas hati.

Wednesday, August 3, 2011

Kisah Ramadhan

Salam Ramadhan, y'all!

Sudah masuk 3rd day of Ramadhan. Selain rasa mengantuk yang amat kerana kekurangan caffein *yawn*, everything looks OK so far.

For record, sudah 2 hari puasa, saya masih belum pergi baazar Ramadhan lagi. Kita masak hari-hari OK.

Hari Sabtu lepas Tisya habis physio, kami bertiga cepat-cepat pergi Taesco. Sebab tau kalau lambat sikit, memang jenguh la nak beratur (tu pun sardin tin kecik dah habis). Malas nak berlaga-laga troli semacam la masa tu je masa nak beli barang mentah. Saya dapat la pancing ikan beberapa ekor, dan tangkap seekor ayam. Juga beberapa jenis frozen food yang lain. Sempat juga saya menjadi mangsa sorang makcik (bersemangat sangat gamaknya), selamba reverse troli tak pandang-pandang belakang. Sakit oi kaki gua! Teringin nak tengok Makcik pandu kereta entah bagaimana. Kami meninggalkan Taesco just nice sebelum zombie-zombie lain menyerang.

Hari Ahad: Asam pedas ikan. Lepas tu gila rajin buat mango pannacotta *yummehhh*.

Isnin : Ayam goreng, ikan bilis tauchu dengan sayur sawi. Bersama balance asam pedas ikan merah hari Ahad.

Selasa: Ikan goreng bersambal sama asparagus. Dengan tauhu telur masak sos tiram. Juga bubur jagung (tak guna santan, guna full cream milk *yummehhh*).

Rabu: Dapur ditutup.

*LOL*

Baru 2 hari setengah beroperasi, hari ni dapur tutup untuk penyelenggaraan.

Pagi ni bagitau Kekasih awal-awal Hari Rabu dapur off. Baru berapa hari masak, dapur dah berkecah.

So hari ni plan nya buat laundry sikit, vacuum dan kemas dapur.

Hari ni mungkin la pergi bazar ramadhan. Tapi macam serik je cari makanan kat baazar. Tahun lepas saya pernah beli nasi lemak kukus, sampai time buka, baru tau nasi dia mentah lagi. Oi nangis laa.

Zaman study dulu, takat Shah Alam tu, cakap jelah baazar ramadhan seksyen mana, semua memang dah diterokai.

Tengoklah nanti apa yang selamat untuk dimakan. Sahur esok kita makan roti sama sausage sama baked beans jelah nampaknya.

Selamat berpuasa, peeps.

Dan kepada keluarga kecil kami ini, diharap Ramadhan tahun ini bebas dari tidur di hospital. Tahun lepas Tisya kena admit time puasa, lagi 3 hari nak raya baru dapat discharged. Tiga hari ngam ngam saya dapat hantar baju (baju entah tahun entah bila recycle) pergi hantar dry clean. Kos baju raya tahun lepas berharga RM20 sepasang Harga dry clean. Tu pun kira harga premium sebab nak cepat kan. Dobi lain dah taknak cuci dah, nak raya.

Keluar ward, Papa terus pergi Parkson beli baju melayu sepasang. Nasib baik Tisya baju raya memang dah prepare awal-awal.

Semoga (sambil type sambil pejam mata ni) Ramadhan tahun ini berjalan lancar. Semoga Ramadhan kami seperti Ramadhan keluarga normal yang lain.

Semoga Tisya sihat selalu.

Salam Ramadhan.