Thursday, July 28, 2011

Kisah Pagi Di Hospital

Tadi pagi, kami bertiga buat lawatan ke KPJ untuk sesi physioteraphy  Batrisyia.

Selesai physio, sebaik saja Physiotherapist selesai dan berkata "OK, dah siap. Boleh balik", Batrisyia yang masih dengan airmata mengalir di pipi, masih teresak-esak, dengan tangan menggenggam baju Papa terus melambai kepada Physioteraphist tadi, berkata "bye bye", lantas memberi flying kiss dan membuat bunyi "muahhh". Kemudian meletak kepala ke bahu Papa, masih teresak-esak.

Semua orang di dalam bilik terus ketawa bercampur kasihan, kerana dalam keadaan begitu bersedih dan semestinya masih menahan sakit, Tisya masih memberi komitmen untuk mengucapkan selamat tinggal.

Jumpa paed balik. Ambil ubat.
Tisya berhenti menangis, dan ligat kembali.

Selesai mengambil ubat, kami naik lif untuk ke basement tempat letak kereta. Sebaik pintu lif terbuka, ada beberapa orang termasuk seorang kanak-kanak di atas kerusi roda, dengan tangan berbalut tiub drip, kelihatan monyok, bersama ibunya di belakang. Sebaik kami masuk, Tisya lantas tundukkan badan, melambai kepada budak tersebut dan berkata with her cheerful voice "Hai Kakak!". Semua oarng di dalam lif tersebut tertawa melihat adegan peramah tak tentu hala ala YB Batrisyia. Tapi Tisya terlalu sibuk, dengan perasaan taksub menekan-nekan butang nombor pada lif (padahal dekat rumah, hari-hari pun naik lif).

Sampai di Ground floor, semua oarng keluar, termasuk budak perempuan berkerusi roda tadi. Batrisyia berhenti menekan-nekan butang, lantas melambai budak tersebut dan still as cheerful as a bird berkata girang "Bye bye, Kakak!"

Dan wajah budak perempuan berkerusi roda itu bertukar senyuman malu. Ibunya turut tetawa sambil membalas bye Batrisyia dan menolak kerusi roda (orang lain di dalam lif turut berkata bye hingga saya pula yang mengangguk-angguk tersipu). Tapi Batrisyia terlalu sibuk menekan-nekan butang nombor lif dengan taksub, tidak perasan apa yang berlaku.

Tanpa dia sedari, her simple "hi" manage to bring smiles to other people.

Keep it up, Yang Berhormat Nur Batrisyia!

You are an awesome kid.

No comments: