Thursday, July 28, 2011

Kisah Pagi Di Hospital

Tadi pagi, kami bertiga buat lawatan ke KPJ untuk sesi physioteraphy  Batrisyia.

Selesai physio, sebaik saja Physiotherapist selesai dan berkata "OK, dah siap. Boleh balik", Batrisyia yang masih dengan airmata mengalir di pipi, masih teresak-esak, dengan tangan menggenggam baju Papa terus melambai kepada Physioteraphist tadi, berkata "bye bye", lantas memberi flying kiss dan membuat bunyi "muahhh". Kemudian meletak kepala ke bahu Papa, masih teresak-esak.

Semua orang di dalam bilik terus ketawa bercampur kasihan, kerana dalam keadaan begitu bersedih dan semestinya masih menahan sakit, Tisya masih memberi komitmen untuk mengucapkan selamat tinggal.

Jumpa paed balik. Ambil ubat.
Tisya berhenti menangis, dan ligat kembali.

Selesai mengambil ubat, kami naik lif untuk ke basement tempat letak kereta. Sebaik pintu lif terbuka, ada beberapa orang termasuk seorang kanak-kanak di atas kerusi roda, dengan tangan berbalut tiub drip, kelihatan monyok, bersama ibunya di belakang. Sebaik kami masuk, Tisya lantas tundukkan badan, melambai kepada budak tersebut dan berkata with her cheerful voice "Hai Kakak!". Semua oarng di dalam lif tersebut tertawa melihat adegan peramah tak tentu hala ala YB Batrisyia. Tapi Tisya terlalu sibuk, dengan perasaan taksub menekan-nekan butang nombor pada lif (padahal dekat rumah, hari-hari pun naik lif).

Sampai di Ground floor, semua oarng keluar, termasuk budak perempuan berkerusi roda tadi. Batrisyia berhenti menekan-nekan butang, lantas melambai budak tersebut dan still as cheerful as a bird berkata girang "Bye bye, Kakak!"

Dan wajah budak perempuan berkerusi roda itu bertukar senyuman malu. Ibunya turut tetawa sambil membalas bye Batrisyia dan menolak kerusi roda (orang lain di dalam lif turut berkata bye hingga saya pula yang mengangguk-angguk tersipu). Tapi Batrisyia terlalu sibuk menekan-nekan butang nombor lif dengan taksub, tidak perasan apa yang berlaku.

Tanpa dia sedari, her simple "hi" manage to bring smiles to other people.

Keep it up, Yang Berhormat Nur Batrisyia!

You are an awesome kid.

Wednesday, July 27, 2011

Kisah Yang Bernama Nur Batrisyia

Nur Batrisyia.
Nur Batrisyia yang setiap kali kereta kami melintasi hadapan pondok jaga, akan mengangkat tangan kepada guard bertugas. (Mind you, ini bukan lambai comel budak kecil, tapi ini angkat-tangan-paras-kepala-very-the-Assalamualaikum-wakil rakyat-style).

Nur Batrisyia yang setiap kali makan, akan menadah tangan membaca doa dan kemudian menyapu tangan dari pipi ke dagu, dan berkata "Amin".

Nur Batrisyia yang setiap kali lalu di hadapan fridge, akan terus menuding jari ke arah fridge magnet berbentuk abjab, dan menyanyi ABC (Ae, bi, si, di, eee, eee, eee, eee, eee, ooo, pi, que, es, pi, ar, vee, vee, vee, ae yeay! *tepuk tangan*).

Nur Batrisyia yang menggunakan kata adjektif dengan tepat pada tempat yang betul (cantik, sejuk, sedap, pandai, red).

Nur Batrisyia yang setiap kali mendengar lagu Bruno Marrs akan menggerak-gerakkan tangan dengan aksi pelik konon la cool (semestinya Papa yang ajar).

Nur Batrisyia yang akan menyanyi Twinkle Twinkle Little Star setiap malam.

Nur Batrisyia yang selalu membawa periuk, bawang, kentang, senduk dari dapur ke ruang tamu.

Nur Batrisyia yang tiap kali ke shopping mall, akan mengambil baju di hanger sambil mengacu baju ke badannya, dan menggoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan, hanya selepas dia menilik tag harga. (Check saiz atau harga mungkin).

Nur Batrisyia yang setiap hari mendodoikan patung arnabnya tidur (Bit bit tido *tepuk tepuk*).

Nur Batrisyia yang memanggil lelaki memakai songkok, tidak kira tua atau muda dengan panggilan Atok.

Nur Batrisyia yang memanggil wanita memakai tudung, tidak kira tua atau muda dengan panggilan Nenek.

Nur Batrisyia yang akan memulakan persahabatan dengan mana kanak-kanak yang dijumpainya.

Nur Batrisyia yang setiap hari tidak pernah jemu membuat saya kagum.

Itulah Nur Batrisyia.

p/s: Tisya demam+batuk+flu, jadi saya perlu mengingat yang indah-indah sekarang *happy thought, happy thought*

Saturday, July 9, 2011

Definisi Bersih

Macam ni lah, aku ni hari-hari nak bersihkan rumah yang sekangkang kera tu pun selalu tak sempat. KPI nak vacuum dan mop rumah hari-hari pun, tak pernah tercapai lagi.

Aku nak bersihkan diri (mandi) pun, macam kartun selalu. Kadang-kadang dah malam baru sempat mandi.

Cakap pasal mandi, kau tau betapa susah nak mandi dengana ada anak kecik?

Kau tau mak-mak mandi, pintu tak tutup, sebab sambil mandi nak monitor anak tengah buat apa?

Aku dulu letak anak dekat cot, lepas tu pintu biar terbukak, sambil lumur sabun, mata sambil tengok anak.

Dan sebab aku rabun, aku pakai spek sambil mandi, sebab kalau tak aku tak nampak anak tengah buat apa.

Sekarang dia dah besar, sambil aku mandi, dia ketuk gesa cepat-cepat keluar, suruh temankan dia tengok tivi.

Kau tak pernah rasa kot? Mungkin sebab kau ada maid. Mungkin sebab anak kau senang boleh baring diam dan kau boleh mandi macam model iklan sabun.

Kau balik kerja, rumah dah bersih berkilat.

Kau mop lantai macam model iklan sabun lantai dekat tivi.

Jadi kau jangan persoal kenapa orang macam aku tak join bersihkan negara.

Sebab orang macam aku, hari-hari struggle untuk bersih.