Friday, May 20, 2011

Sakit

Ahh aku sakit lagi,

I'm suppose to MC, tapi ada keje nak kena buat pulak.
Batrisyia demam flu last week.
Bila Tisya sakit, maksudnya hendak tak hendak kena lah on numb mode.

Bila Tisya sakit, maksudnya another series of sleepless nights, and restless minds.

Bila dia selsema dan hidung sumbat, malam-malam ingat kami dapat tidur?

Tiap sejam dia bangun menjerit. Tiap jam kami bangun tukar posisi dia tidur, sedut hingus, sapu vicks.

Bila Tisya sakit memang terpaksa ketepikan semua, dan cuma fokus pada dia, dia dan dia saja.

Ingat senang nak handle?

Kalau kau sendiri boleh handle?

Tiap kali Tisya sakit jugak, start la Tom dengan Jerry bergaduh je. Masing-masing badan penat. Otak lagi penat.

Kau ingat senang nak jaga anak sakit? Aku rephrase: Kau ingat senang nak jaga anak yang sentiasa sakit?

Kau ingat aku memang suka ye jumpa Paed dia tiap minggu. Kau ingat aku suka tidur mengerekot dekat hospital? Kau ingat aku suka keluarkan duit bayar makanan dekat hospital? Kau ingat aku gembira tengok anak masuk tiub sana sini? Kau ingat senang hati suap dadah apa yang dibagi doktor? Kau ingat tak luluh hati bila dia tarik baju kau sambil panggil Mama tiap kali kena pergi Fisioterapi?

Memang aku bengang gila, bila orang bagi nasihat macam aku ni tak jaga anak. Kau ingat yang selama ni aku buat ni apa? Yang selama ni aku jaga ni kau ingat anak siapa? Anak hamster?????

Dah cuaca panas tak terik, nak suruh aku nyanyi panggil hujan? Aku dah nyanyi pun. Tapi tak sama frekuensi dengan katak. Sebab aku ni manusia. Paham?

Bila hujan lebat tak menentu, nak suruh aku tadah air kat langit?

Bila udara ada jerebu, kau nak aku terbang clearkan langit?

Sebelum kau cakap dengan aku as if aku tak jaga anak, kau boleh Google dulu tak?

Ni aku tinggalkan link, kau click je.

Anak aku ada Tonsillitis dengan Adenoiditis.
.

Sebelum kau keluarkan statement yang cuma buat aku sakit hati. Baik kau baca artikel ni dulu.

Walaupun sebenarnya aku lebih suka kalau kau diam.

2 comments:

Mak Ngah said...

Dear Tisya yang Mak Ngah cayang,

Jangan nakal2,cian kt mama.semua org x suka sakit,lebih2 lg yg sakit tu tisya.mak ngah nk mintak keje jd doktor nnt gelak guling2 pulak org kt hospital.nnt kite beli buku byk2.preparing u to be a doctor,a damn good one.cayang tisya n cayang mama tisya gak

xoxo,
mak ngah

Nurul Isabella said...

Dear Mak-Ngah-yang-Ada-Tonsil-Macam-Tisya-Jugak,

You witnessed the stress and presure i had when she was sick, glad you were there to help me.

We love you Mak Ngah!
Muahh muahhhh!