Wednesday, May 25, 2011

Eminem Adalah Cinta

 This is one of my favourite song. Yes i have this starstruck with Eminem. I remember time bercinta-cintun dahulu, Kekasih selongkar laci kereta saya dan terjumpa kaset Eminem. ( Yelah yelah mana ada duit nak pasang CD system, baik la guna duit beli kasut). Oh by the way, masa dia jumpa kaset Eminem i still remember he said "You listen to Eminem? Gila sissy mamat ni"

Elehhhh. Since that one comes from a guy who think Horatio is the coolest man on earth, I don't bother at all.

I remember the day i watched this clip on TV for the first time, sampai teresak-esak mengunyah nugget ayam di depan tivi. Dan akhirnya aku emo sepanjang hari. Hihi.

Sama seperti kali pertama mendengar lagu Stan di radio semasa dalam perjalanan pergi ke kelas. Lepas je habis lagu, boleh laaa saiko sorang-sorang meratap kematian Stan. Bila part bunyi kereta masuk dalam air tu punya saiko menjerit seorang diri: NOOOOOO Stannnnn NOoooooo!!!

Aahhh mendengar lagunya seperti membaca buku, satu satu perkataan disusun begitu cantik.

Manalah saya tak jatuh cinta!

Dan mendengar kembali Lagu Mockingbird rasa begitu dekat dengan diri. How some couples struggle in marriage. Bagaimana kadang-kadang terpaksa berkorban. Dan betapa anak adalah keutamaan dalam setiap babak dalam hidup. Dan Eminem yang zahirnya nampak very bad boy look, tapi sangat fragile jiwanya. Sangat menyanyangi anak-anak perempuannya.

Dan Kekasih yang dulu mengutuk-ngutuk Eminem, baru-baru ini bila dengar lagu I'm Coming Home dari P Diddy, dia nak sepak si P Diddy tu pulak. No offence. Lagu tu sedap. Awal-awal bila Skylar Grey nyanyi tu memang kasi goosebumps, sekali masuk rappings dia teruss macam rasa nak mengamuk. Rosak lagu terus. Itu pendapat saya je la. Nasib baik Kekasih setuju.


Friday, May 20, 2011

Sakit

Ahh aku sakit lagi,

I'm suppose to MC, tapi ada keje nak kena buat pulak.
Batrisyia demam flu last week.
Bila Tisya sakit, maksudnya hendak tak hendak kena lah on numb mode.

Bila Tisya sakit, maksudnya another series of sleepless nights, and restless minds.

Bila dia selsema dan hidung sumbat, malam-malam ingat kami dapat tidur?

Tiap sejam dia bangun menjerit. Tiap jam kami bangun tukar posisi dia tidur, sedut hingus, sapu vicks.

Bila Tisya sakit memang terpaksa ketepikan semua, dan cuma fokus pada dia, dia dan dia saja.

Ingat senang nak handle?

Kalau kau sendiri boleh handle?

Tiap kali Tisya sakit jugak, start la Tom dengan Jerry bergaduh je. Masing-masing badan penat. Otak lagi penat.

Kau ingat senang nak jaga anak sakit? Aku rephrase: Kau ingat senang nak jaga anak yang sentiasa sakit?

Kau ingat aku memang suka ye jumpa Paed dia tiap minggu. Kau ingat aku suka tidur mengerekot dekat hospital? Kau ingat aku suka keluarkan duit bayar makanan dekat hospital? Kau ingat aku gembira tengok anak masuk tiub sana sini? Kau ingat senang hati suap dadah apa yang dibagi doktor? Kau ingat tak luluh hati bila dia tarik baju kau sambil panggil Mama tiap kali kena pergi Fisioterapi?

Memang aku bengang gila, bila orang bagi nasihat macam aku ni tak jaga anak. Kau ingat yang selama ni aku buat ni apa? Yang selama ni aku jaga ni kau ingat anak siapa? Anak hamster?????

Dah cuaca panas tak terik, nak suruh aku nyanyi panggil hujan? Aku dah nyanyi pun. Tapi tak sama frekuensi dengan katak. Sebab aku ni manusia. Paham?

Bila hujan lebat tak menentu, nak suruh aku tadah air kat langit?

Bila udara ada jerebu, kau nak aku terbang clearkan langit?

Sebelum kau cakap dengan aku as if aku tak jaga anak, kau boleh Google dulu tak?

Ni aku tinggalkan link, kau click je.

Anak aku ada Tonsillitis dengan Adenoiditis.
.

Sebelum kau keluarkan statement yang cuma buat aku sakit hati. Baik kau baca artikel ni dulu.

Walaupun sebenarnya aku lebih suka kalau kau diam.

Wednesday, May 18, 2011

Rabu Tanpa Kata #1

Tuesday, May 10, 2011

Hias Rumah

Konon la kan nak tukar template blog kasi cantik.
Turn up jadi macam blog budak sekolah.
Aiseyman, rimas la pulak tengok banyak sangat benda bersepah-sepah kat tepi-tepi ni.
Padankan muka, sekarang nak tukar balik tak reti dah.

Sekarang ada perasaan nak tulis macam budak sekolah.
RaSa-RaSa Ok TaK KaLaU TuLIs MaCam Ni?
CaNtIk TaK BloG KiTa?
Ok LaH, NaK bAliK RumaH, TaTa!!!

Saturday, May 7, 2011

Kisah Buku

Hey people,
We are back at home! Once we reached home, Batrisyia went straight to her box where we put all her books in. Mind you, books seem to be one of the Wonders of the World that can keep her sit still (well, at least for a few minutes).

I believe it's about time for us to get her, her own bookshelf.

Hari-hari bersepah macam ni.

Wednesday, May 4, 2011

Mama dan Tisya

Mama
Umur: 30 tahun
Masuk wad: 3 kali
1) Time lahir
2) 12 tahun
3) 28 tahun : deliver Tisya

Tisya
Umur: 19 bulan
Masuk wad : 5 kali
1) Influenza A, H1N1
2) Influenza B, pnenumonia
3) Adenoiditis and bronchiolitis
4) Bronchiolitis
5) Bronchiolitis

Dah besar tolong la jadi pediatrician, OK?














 
Mama kena tarik satu ward