Thursday, March 31, 2011

Marah

Tengok tak Parenthood last week?

Where Adam punched a guy at the grocery store. Babak paling hebat dalam sejarah drama bersiri.

Entah kenapa rasa macam puas hati tengok scene tu.

Tapi paling tak tahan part heart-to-heart Adam with his dad.

How he confessed that, he's angry at everything. How he's angry not being in control.

Masa tu jugak aku seperti masuk ke alam lain dan perasan yang sebenarnya: I am "Adam".

I'm angry all the time. On that very same day, I was actually yelled at the traffic light. Because it turned red.

Like wtf kan?

The day before, aku marah orang saman kereta. Padahal aku yang parking dekat pili bomba. Tapi heiii, takde parking, and anak aku kat belakang sakit  teruk, kau nak aku tunggu berapa lama tercongok tepi jalan? Lagipun, takde pun kedai terbakar kat situ kan? Takde pun bomba datang nak parking situ time tu pun. Yang berkira sangat aku parking kejap sebab anak sakit tu pahal.

Aku marah sebab Tisya sakit lagi. Time aku sorang-sorang lagi.

Aku marah sebab aku dah buat segala benda untuk protect dia, tapi dia masih jatuh sakit.

Aku marah sebab takde satu hari dalam hidup Tisya, yang dia tak diberi dadah.

Aku marah tengok Tisya demam.

Aku marah aku kena cuti tiap kali anak sakit.

Aku marah bila aku cuti, kerja pending.

Aku marah bila kerja pending, aku kena stay, tapi anak masih tak sihat.

Aku marah bila stay, aku akan stuck dalam traffic jam, dan bazirkan dekat sejam, dan buat aku lagi lambat fetch Tisya.

Aku marah sebab aku demam time kena jaga Tisya hari tu.

Aku marah sebab aku tak makan ubat, sebab kalau makan, malam-malam nanti tak terjaga nak tuam Tisya.

Tapi bila aku tak makan ubat, badan gigil-gigil, macamana aku nak jaga anak sakit?

Aku lagi marah.

Aku marah bila aku penat sampai aku rasa nak ambil steroid ke apa apa dadah to keep me awake.

Aku marah sebab support system aku jauh dekat Johor.

Aku jadi marah lagi, sebab akhirnya aku terpaksa juga minta tolong dari mereka.

Aku marah bila aku tak habis-habis menyusahkan SuperFamily.

Aku marah sebab SuperFamily cuma dapat spent time dengan aku cuma di saat saat aku memerlukan bantuan.

Aku marah sebab aku selalu marah.

Perasaan marah dan frustration yang aku ada ni, kalau boleh diconvert jadi tenaga elektrik;

I swear I can light a city.

Dan tiba-tiba aku terigat diri aku suatu masa dulu.

I used to be this angry person.
Suatu masa dulu, hati aku dipermainkan. Dan cara aku bangkit dari kesedihan adalah dengan menjadi marah.

Aku pernah langgar bas sebab driver dia taknak alihkan bas tu. Ada lagi kesan dekat Kancil tu sampai sekarang.

Aku jerit kat siapa-siapa kalau aku tak suka. Aku gaduh dengan jiran tiap hari pasal dia bukak radio kuat-kuat, aku tak boleh tidur. Aku baling barang sampai housemates aku sume takut, dan jumpa aku suruh aku ccol down, sebab takut aku kena bomoh hahaha.

Aku jerit F word, dan tunjuk finger pada driver bongok dekat jalan raya. Sampai pernah satu driver follow aku berkilo meter sebab tak puas hati. Akhirnya, aku terpaksa menghala ke balai polis.

Itu aku, zaman muda, zaman penuh tenaga. Aku tak takut apa-apa.
Aku marah sebab nak buktikan aku tak takut.
Sebab aku tak suka orang assume aku ni penakut, dan suka hati boleh kotak katikkan aku.

Sekarang aku rasa, aku marah sebab sebenarnya aku takut.
Aku takut bila anak sakit.
Lagi, aku takut kerja tak siap. Aku takut kena berhenti kerja.
Aku takut kalau berhenti kerja, macamana nak earn our living.
Zaman muda aku penuh dengan keputusan-keputusan nekad, tapi sekarang ada anak, aku tak boleh nak nekad sangat.
Tapi sumpah, kalau terdesak sangat, aku boleh je nekad.

Macam Adam jugak, aku marah sebab tak boleh in control of semua benda.
Macamana aku nak control cuaca, supaya Tisya tak sakit?
Macamana aku nak pastikan orang lain yang hantar anak dekat babysitter tak sakit?
Macamana nak buat rumah babysitter takde kucing?
Macamana nak pastikan Tisya tak kena asap rokok when I'm not around?
Macamana aku nak pastikan aku sentiasa sihat?

Jadi sekarang ni, selagi belum jumpa penyelesaian, biarlah aku marah dulu.

5 comments:

aNiM said...

seramnya bc entri kak nurul ni..

sbr ye kak.sy dulu mrh..mrh..mrh..
akhirnya resign sbb x sanggup tgk ank sakit.so sy nekad nk jaga sndiri.mmg kami agak 'sesak' la skrg ni.tp kna jimat2 sket la.
kesian encik hubby keje sorg2.lagi la dh 2 ank ni.huhu.
tp sy puas ati sbb ank2 sihat n membesar bagai johan.kakaka.

tp sy dlm proses cr keje blk ni.sayunye hati nk tinggal ank :(

rose said...

hi kak nurul...

1. kes langgar bas tu kat UM ea?
2. kes baling2 buku tu sbb marah kat jiran bangla yng sukeeeee feelin' feelin lepas maghrib..sumpah! time tu rasa cam duk bollywood....tu sebelah side kk nurul.my side, memekak bola..gooolllll....surat khabar lama...tilam!tilam!

3.ape yng ble sy kata...bnyk sabar ea kak, skang tisya's condition wat akak mennagis mana tau masa depan dia bg tangisan kegembiraan untuk akak & hubby...

eja said...

itulah hidup... hmmmmm... sedih saya membacanya

intan said...

apsal ko xpost kemarahan ko kt 'u know who'..? -innc-

zai zai said...

sy telah membace ikut nada dan suara kakak..rindu kakak!!