Thursday, January 13, 2011

Taknak kerja boleh tak?

Waddap yo!

Gila OK my life last week.

Penat dikejar deadline. For the first time sejak setahun bekerja, Nurul akhirnya kecundang, dan terpaksa membuat OT dan bekerja during weekends. See, For all this while, I tried to finish all tasks given within the normal working hours. Abis je working hours, memang gua chow awal-awal. Dah ko jangan nak senyum ye, Cik Kintan. Zaman aku berumah tangga kat office telah berakhir.

Dulu lain la. Walaupun kadang-kadang meroyan jugak, tapi gue still tadak hal datang keje time weekends. Boleh lagi keluarkan statement: My house is my second home (coz the office is the HOME, geddit geddit?)

Balik keje lambat, campak je semua benda, terus pengsan kat katil. Gasak la baju tak basuh ke apa. Bilik macam kapal Titanic tenggelam ke apa.

But *sigh*, now I have my little kid. I only manage to spend about 4 hours each day with her. Dia tidur pukul 9pm. So that I have to utilize that 4 precious hours wisely.

Yes la, sekarang punya company bayar OT. Unlike my previous companies. Sume takdak bayar OT. Memang kerja paksarela. (Kalau diaorang bayar OT memang aku tiap bulan dapat tukar handbag). But again, walaupun dibayar dengan OT, my time with the lil kid is just priceless.

Dah tu bila dah rasa boleh bernafas sikit ni, siap terlajak bangun lambat hari ni. Tau-tau dah pukul 6.15. Gila macam kartun pagi-pagi. Isk isk isk, OK la harap-harap petang ni boleh balik on time. Tisya kena flu balik. Minggu lepas je hidung dia kering. Ubat pun dah abis (padahal baru je 22/12/10 hari tu jumpa paed dia). Tak cukup sebulan, dah abis sebotol. Hidung berair je, sebijik macam Faridah dalam komik Mat Som. Siapa pernah baca komik Mat Som Datuk Lat tau la macamana jongosnya Faridah. Ehhh takpe la, lepas tu bila besar Faridah cun okk sampai Mat Som tergila-gilakan dia. Nanti Tisya pun cun la, alaa macam Mama dia la kan? Hahahhaha

OK la, OK obor-obor tak sedar diri nak sambung buat keje. Tata!

4 comments:

eja said...

bole..bole..berenti je

Nurul Isabella said...

I nak jadi cekgu ^_^

Lina said...

serious, komik mat som tu fave i... faridah jadi fay dan sgt hawt!!

Nurul Isabella said...

Classic kan?
Masa kecik Faridah hingus meleleh-leleh nak ikut kutip teratai *lol*
My Ayah la suka sangat baca komik Lat.