Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru!

Happy new year, you people!

Selepas dapat meluangkan tiga hari berturut-turut bersama anak tersayang, I'm blessed. (Walaupun hari sebelum tu kena amik nebulizer twice sebab batuk.)

I'm telling you, despite dia batuk, ada masa terasa macam kepala nak meletup, kaki nak tercabut mengejar si Tisya yang memang tak boleh nak duduk diam. Sejak dah boleh berjalan ni, dia dok berjalan keliling rumah (berkilometer juga rasanya kalau accumulate dia ke hulu ke hilir), masuk bilik, panjat almari and favourite spot dia adalah dapur (ironik sekali sebab Mama dia punya malas nak pegi dapur).

Kami siap halang jalan nak pegi dapur, tapi budak kecik ni pandai je menyelinap. Lepa sikit, kelentang kelentung dia kat dapur. Masa SuperMak was around, dia susun cantik-cantik segala spices kat dapur dalam botol, letak cantik-cantik dekat rak. Dia tak tau, bila dia balik, si cucu bertuah hari-hari susun balik botol-botol tu. Ahad lepas, kami tengah tengok tivi, dia kelentang kelentung sorang-sorang kat dapur. Malas dah nak main lompat pagar dekat dapur tu (penghadang yang patutnya menghalang dia, akhirnya manjadi faktor penghalang bagi kami), kami buat dek je la. Tup tup dia terkedek-kedek kat ruang tamu bawak botol serbuk kunyit aku. Chehhh! Nasib baik tak dilumurkan kat badan, kalau tidak memang goreng punn sodapp!

Senarai Perkara-perkara berkenaan Nur Batrisyia:

1. Susah nak duduk dalam carseat. (Adalah 5 minit je bertahan, cara untuk memanjangkan jangka masa duduk adalah dengan menyanyi lagu Old Macdonald Had A Farm, dia macam leka sikit dengar lagu tu)

2. Natijahnya, penyanyi Old MacDonald Had A Farm bertungkus lumus cuba mencari seberapa banyak makhluk Tuhan yang boleh disumbat ke dalam farm tersebut (Mind you, tapi kebun MacDonald ada segala jenis binatang termasuk tiger, elephant (zoo ke farm ni?), ada Collin the Crocodile, Loopidoo, dan Batrisya sekali.

3. Tiap kali kalau panggil dia Batrisyia, dia akan sebut balik nama A-ait-cha!

4. Paksa Mama dengan Papa bacakan buku Roary The Racing Car (wajib), favourite yang lain Little Pink Jeep and Bizzy Buzzy Car (Mama boleh hafal, takyah tengok buku), di samping buku baru SuperMak beli.

5. Mak In Law ada belikan soft toy penyu untuk Tisya, bila dia rasa nak main dia jinjit penyu tu sambil cakap " tortal, tortal, tortal" (terjemahan: turtle).

6. Suka sepahkan buku-buku kat lantai.

7. Suka selongkar beg Mama. Kalau tak dapat mengamuk.

Eh ntah, banyak lagi benda-benda mischive dia, tapi takat ni, ni jelah yang teringat kat kepala.

OK lah, rindu betul kat Tisya di saat ni. *sob sob*

5 comments:

aNiM said...

hahaha.comel la tisya.
nabil dulu pun macam tu kak.
xleh dok diam kat carseat tu.saya nyayi Old McDonald gak.sampai serak suara ha.suka sepah buku juga.
suka paksa saya baca buku juga(dulu ms study saya paling malas nak baca.hehe)

dg_meow said...

hadoi..da x lalu nk tgk buku roary tu

Nurul Isabella said...

Anim: Terima kasih la kan pada pencipta lagu Old MacDonald tu. Terhutang budi kat Orang Tua MacDonald tu.

Ida: Buku Roary tu adik siap sembunyikan sebab dia kena baca tiap setengah jam.

raF|za said...

old mcdonald tuh lagu wajib dalam kereta! i pon cam berpk jugak nak letak binatang apa lagi dlm tuh. aiyoo..pening kan tapi BEST :)

Nurul Isabella said...

Fiza: Laa Mika pun MD fan rupanya. Tu la, sometimes rasa stuck taktau nak sumbat apa lagi dalam farm. Tu yang kadang-kadang segala jenis makhluk dengan bunyi pelik-pelik ada dalam farm. But yeah, that's the fun of the song!