Wednesday, January 5, 2011

Sementara Boleh Bernafas

Ai system kat office ni memang mencabar kesabaran betul.

Nak mengamok rasanya.

Tinggal berapa hari je ni deadline. *nangis*

OK, sementara tunggu problem ni resolve, kita type la kat sini ek, kasi eksasais jari jemari.

Semalam kitaorang renew lesen memandu. Lesen saya mati 30th December 2010, and Kekasih punya 1st December 2010. Selamba badak kan dia usung anak bini ke hulu ke hilir takdak lesen?

Tapi ini bukan perkara baru. Tahun 2008, saya pernah memandu tanpa lesen selama 6 bulan. Lesen mati bulan April, tapi perasan bulan Oktober (tu pun sebab SuperMak tanya). Time tu la baru cuak ketar lutut. Nampak pak guard pun diingat polis. Tahun 2009, Kekasih pulak lesen mati selamba badak je ulang-alik Selangor-Johor (time tu saya dalam pantang).

Anyway, semalam dapat la renew kejap kat post office. Tup tup dia cakap machine laminate  dia dah sebulan rosak (dahtu selamba badak kan korang tak repair ke apa). Maka kami kata, takpe la proceed je, lesen dah mati ni. Maka, lesen memandu kami kertas sekeping je ni ha, dengan cover plastik yang tak dilaminatedkan (fuh such a word!). Sat gi kalau kena tahan pak guard polis, kita tunjuk jelah kertas sekeping tu "Maaf encik, mesin kat pejabat pos rosak".

Ohhh lagi satu, saya baru gunting rambut OK. Rambut tahun baru. Rimas betul rambut terjulur-julur melentik-lentik. Makanya, menujulah ke saloon. Hair dresser tu tanya nak buat style apa. Ya Allah, style dah takde dah dalam kamus Nurul. Jadi macam perkataan asing bila dengar. Pastu saya jawab je "Ntah la, asal pendek je". Pastu dia gembur-gembur rambutku yang macam mop tu, dia cakap "Buat style serabai la". Mendengar perkataan serabai, saya terus kata "OK!".

Maka ditarahnya rambut mop saya. Tak pakai gunting pun, okk. Pakai pisau cukur je. Akhirnya selesai. Last-last rambut gue serupa dengan kepala obor-obor. Tapi dia cakap tak payah sikat pun boleh. Pakai jari je gituuuhh. OK la perfect for me.

Lepas tu, saje ni nak bagitau, budak yang gunting rambut tu tanya "study kat mana?".

Hihihi

Tak kisahlah rambut macam kepala obor-obor pun. Tak kisah la, lesen sekeping kertas yang tak dilaminated. Tapi tahun ni i umur 30 tahun, ada orang ingat student lagi. Tak kisah la kan?

Saje je nak riak bagitau hihi

2 comments:

aNiM said...

tag akk.
http://sembanghari2.blogspot.com/2010/12/giveaway-pertama-blog-sembang-hari2.html

hehe.
mana gambar rambut baru tu?student?cet.
kalau saya,org tanya mengajar kat mna?huhuhu.ada rupa cekgu ke?

Nurul Isabella said...

Anim: Ala Google Image obor-obor je. Sebijik macam rambut akak hihi

Aah la Anim cam cekgu matematik ^_^