Monday, May 17, 2010

Kalau tak, i dah jadi superstar.

April dan May adalah bulan yang amat mencabar buat kami.
Tisya asyik jatuh sakit.
Anak flu + batuk + demam adalah kombinasi yang membuat seorang ibu hilang arah.
At one moment, batuk Tisya terlalu teruk hingga terpaksa menggunakan nebulizer 2 kali dalam sehari.


Dan tiap kali dia akan menangis. Kekasih bertanggungjawab memegang Tisya (saya tak kuat nak tahan badan dia meronta-ronta). Dan sebagai ibu, sememangnya menjadi tanggungjawab untuk saya menenangkan dia. Maka tiap kali dia menangis, haruslah Mama mendendangkan lagu Itsy Bitsy Spider (lagu tema untuk pakai diapers selalu). Dan tiap kali suara ini berkumandang di treatment room, nanti assistant doctor masuk dalam bawak this music toy bagi kat Tisya "Adik tekan sini, nanti ada lagu, tengok tu ada lampu". Lama-lama, tiap kali saya nyanyi, dia masuk bawak toy, berdetak di hati ini:

"Eh tak sedap/kuat/nyaring sangat ke aku nyanyi? Sampai tiap kali nyanyi, minah tu masuk bilik bawak mainan?"

Ok kawan-kawan.
Kau orang tak payah jawab.



No comments: