Thursday, May 27, 2010

Never Judge A Girl By Her Size

Oh i just have to blog about this.

Batrisyia disahkan underweight.
She's 6.3 kg at the age of 8 months old.
You see, she's not skinny. Tapi doctor cakap budak 8 bulan punya berat biasanya 7 kg ke atas.
Dia kasi Tisya Appeton.

Tapi ada sorang doctor ni gila baik (yes, kami jumpa ramai gila doctor masa Tisya tak sihat tempoh hari).
Dia cakap Tisya is slighly underweight, but it's OK, we don't have to worry. Dia tambah "You also very small, so don't worry ok.". Sesungguhnya dia seorang doctor yang amat memahami.

See, masa umur saya 9 tahun, berat saya cuma 17 kg. Saya ingat saya pegang report card sekolah dengan genang airmata. Bukan sebab Matematik dapat B. Tapi sebab berat saya tak naik tahun tu. Tahun sebelumnya saya dalam report card tulis 17 kg jugak. Saya rasa saya tidak normal. Kenapa saya tak macam classmates lain. Diaorang sume naik berat badan. Saya ingat bila masuk sekolah menengah, berat saya cecah 25kg. Kalau amik gambar sekolah, saya mesti kat paling tepi. Waktu remaja, budak-budak lain dah pakai jeans, tapi saya masih pakai skirt KIKO. Sebelum kawin berat saya 31.5kg. Join gym untuk naikkan berat badan, sebab hodoh bebeno kalau jerangkung duduk atas pelamin. Tapi tak berjaya pun. Terima kasih push up bra yang menyelamatkan sedikit keadaan.

Anyway, saya akhirnya bersalin secara normal TANPA EPIDURAL (ni kena bagitau). Batrisyia keluar dengan berat 2.72 kg.

Sekarang 6.3 kg. Kira OK la tu pada saya. Kang tak kuat pulak saya nak dukung.
She might be underweight from other babies.
But she is my baby.
She is who she is.
Dan wujudnya Batrisyia bukanlah untuk dibandingkan dengan orang lain.

Dan tolong, never judge a girl by her size.

Monday, May 17, 2010

Kalau tak, i dah jadi superstar.

April dan May adalah bulan yang amat mencabar buat kami.
Tisya asyik jatuh sakit.
Anak flu + batuk + demam adalah kombinasi yang membuat seorang ibu hilang arah.
At one moment, batuk Tisya terlalu teruk hingga terpaksa menggunakan nebulizer 2 kali dalam sehari.


Dan tiap kali dia akan menangis. Kekasih bertanggungjawab memegang Tisya (saya tak kuat nak tahan badan dia meronta-ronta). Dan sebagai ibu, sememangnya menjadi tanggungjawab untuk saya menenangkan dia. Maka tiap kali dia menangis, haruslah Mama mendendangkan lagu Itsy Bitsy Spider (lagu tema untuk pakai diapers selalu). Dan tiap kali suara ini berkumandang di treatment room, nanti assistant doctor masuk dalam bawak this music toy bagi kat Tisya "Adik tekan sini, nanti ada lagu, tengok tu ada lampu". Lama-lama, tiap kali saya nyanyi, dia masuk bawak toy, berdetak di hati ini:

"Eh tak sedap/kuat/nyaring sangat ke aku nyanyi? Sampai tiap kali nyanyi, minah tu masuk bilik bawak mainan?"

Ok kawan-kawan.
Kau orang tak payah jawab.



Monday, May 3, 2010

Batrisyia The Rock Star!