Thursday, April 1, 2010

Pelik Pada Kamu, Tidak Pada Kami

OMG i just realized that i'm actually turning into a cat blogger!

Ini semua kerana saya dibesarkan di dalam keluarga yang mungkin pelik, tapi ini perkara benar. (Ini bukan cobaan, ini betul-betul)

1. Nama panggilan kucing seperti nama manusia.
Ia adalah perkara biasa jika kamu mendengar kami menjerit:

"Angah turun kereta!" atau "Angah, jangan tidur dalam bakul kain!" atau "Angah keluar dari kotak!"

Jangan la pula kamu membayangkan Ida, adik saya yang gedempol comel itu duduk di atas kereta/tidur dalam bakul/duduk dalam kotak. Tidak. Tak muat pun.  Kami tak panggil Ida Angah. Panggilan itu merujuk kepada budak bertuah ni.
Selain tu kami panggil Mama (panggilan untuk emak Angah) dan Abang (untuk abang pada Angah).

2. Keluarga ini pernah solat hajat supaya kucing yang sakit sembuh.
Saya ingat lagi, masa tu saya tingkatan 5. Kami ada kitten nama Ciko. Ciko sakit. SuperAyah selalu pesan solat hajat doa Ciko cepat sembuh. Tapi saya masa tu konon la busy belajar. Satu hari, saya nak pergi dapur buat air kopi (saya belajar pukul 4 pagi), saya terserempak dengan SuperAyah tengah pegang sejadah. SuperAyah cakap "Ayah solat hajat doa pada Allah, kalau Ciko tak boleh sembuh, amik saja dia pergi. Siksa sangat Ciko tahan sakit". Saya tak jadi buat kopi. Saya terus nangis. Saya geram dengan SuperAyah kenapa doa macam tu untuk Ciko. Saya ingat dengan derai airmata, saya bukak buku teks, cari tajuk solat hajat. Saya nak doa saya overule doa SuperAyah (wtf?). But yes, doa dari SuperAyah lebih makbul. Sebab doa SuperAyah tidak sellfish.

3. Bacakan yassin untuk kucing
Soulmate saya Chiky (atau Abang), meninggalkan kami setelah berbelas tahun hidup di dalam keluarga kami. Saya ingat di kala menerima berita kematian dia, Ayah bagitau saya, "Ayah sempat bacakan dia yassin masa dia tenat. Habis baca yassin. Dia tarik nafas panjang, dan terus pergi". Pelik? Ini cerita benar. Ayah bagitau "Dia pun makhluk Allah macam kita semua".


4. Kami panggil kucing-kucing yang telah mati sebagai arwah
Pernah saya berborak dengan adik saya, Hazlami. "Kenapa tak buang je kerusi malas ni? Buat semak je kat depan rumah." Hazlami terus duduk atas kerusi tu sambil cakap "Ni kerusi favourite arwah (Chicky), sayang nak buang."

Dan semasa Chucky pergi, Ida tulis ini di facebook: Perginya 'seorang' sahabat..im gonna miss u,chuck..13 yrs of gud time 2gether.really gonna miss u..

Perhatikan perkataan "seorang".

5. Minum susu bersama kucing
Semasa SuperMak mengandungkan adik saya yang paling kecil. Hazwani, dia biasanya akan buat susu Anmum waktu pagi. Satu untuk dia. Dan satu dia akan bagi Mama (Mama sedang mengandongkan generasi Angah)

6. Semasa Hazwani baru pandai bercakap, dia akan cakap "Nama ayah,Abdul Ghani, emak Hasnah, akak Nurul comel, akak Ida, abang Hazlami, kucing Abang, Chucky, Stokin', Angah". Tidak pernah miss walau satu pun tiap kali ditanya. Seolah-olah itu ahli keluarga kami.

Sebenarnya banyak perkara pelik yang keluarga ni sanggup buat untuk kucing-kucing. Salah satu yang paling pelik dan lawak adalah ini. Mengangaap kucing pandai membaca.



Memo ditampal (bahagian bawah pintu) semasa menyambut kedatangan Tisya ke rumah. Kesian kucing-kucing semua tak boleh duduk dalam rumah.

No comments: