Friday, April 30, 2010

Ini saya, sekarang.

Waktu belajar dulu, kawan-kawan sedia maklum, saya memang jenis buat benda last minute. Saya memang terkenal sebagai orang terakhir masuk dalam kelas. Masa di UiTM Segamat, sayalah student jahat yang parking dekat tempat pensyarah, sebab parking student jauh dari kelas. Parking pensyarah dekat je dengan blok. Bila sambung ke Shah Alam, saya masih lagi belum bertaubat. Beberapa kali saya panjat tangga menara SAAS sampai ke tingkat 10, sebab dah lambat, lif penuh. Jadi, dengan tulang lembut 4 kerat ni, saya panjat tangga, sebab nak kejar kelas. Selalunya sampai kat kelas, dunia terus rasa gelap. Macam nak pitam. Tangan menggeletar. Dan selalunya, saya akan ponteng untuk subjek-subjek seterusnya. Itu saya. Dulu. Zaman remaja. Zaman warna warni.

Sekarang, kalau buat macam tu memang nak cari nahas. Sekarang kena bangun awal, barang-barang Tisya kena ready semua. Ini saya. Sekarang. Zaman dewasa. Masih warna warni. Tapi lain versi.

Waktu di Shah Alam, saya duduk serumah dengan GilaFriends. Nama je GilaFriends. Sebenarnya mereka ni bunch of physcos. Tau tak, pagi-pagi hari minggu, sorang-sorang dah siap mandi, terus duduk mengadap buku. PAGI-PAGI HARI MINGGU PEGANG BUKU TEKS????GILA APA???? Anyway, saya sebagai salah seorang penduduk dalam rumah gila tersebut, pun terpengaruh la dengan mereka. Mandi pagi macam nak pergi kelas, dan terus mengambil buku teks untuk dibaca *muka skema*.

Ada ke yang terperdaya dengan 2 ayat terakhir dalam perenggan di atas?
Memang la kamu tu lurus bendul.

Tidak. Saya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir baik begitu. Tiap kali hari minggu, saya akan pergi berjalan ke shopping complex seorang diri. Meninggalkan GilaFriends bersama buku-buku mereka. Dan biasanya saya akan balik lewat hari, dengan membawa samada kasut atau baju baru atau kedua-dua sekali.

Saya boleh lukis pelan Mid Valley dan Sunway Pyramid. Saya boleh bagitau lokasi setiap kedai dengan tepat. Saya tahu bila MNG atau ZARA atau TopShop ada sales. Saya pernah minat sorang sales asst TopShop MV berambut afro. Kereta pula jadi almari kasut.Almari zip kain saya pernah jatuh menyembah bumi sebab tidak dapat menampung baju-baju saya. Itu saya. Dulu.

Sekarang, saya banyak terperap di rumah. "Berkulat" bak kata Karin (Bebi ailebiu!). Kasut terakhir saya beli adalah semasa saya mengandung 5 minggu. Oh lupa, lepas tu saya ada beli lagi sepasang, sebab kaki dah bengkak, jadi dapatlah sepasang Crocs. Tu pun bukan beli kat butik. Beli kat Crocs outlet store. I'm not a fan of Crocs. But it was the most comfortable for me that time. Though i ended looking like Ronald McDonald with my swelling feet. That was the last pair i had. Tisya  is nearly 8 month old now. That means I actually have not buy any new shoe for a period of one year. Amazing right? Boleh masuk malaysian Book of Record mungkin. And the last baju i bought was a day before my birthday.  As a birthday present for myself. It was a pair of frigging leggings. That cost me less that RM20. Not from any fancy stores. It was from this jinjang kedai that sells jinjang clothes. Ironically, I think more than twice before buying it. MORE THAN TWICE. Before this, i never even think twice before taking them to the counter. I use my brain more often now. Ini saya. Sekarang.

Dulu, saya berhabis beratus sebulan untuk produk rambut. Shampoo, conditioner, mask, serum, sikat berbagai jenis. Hair treatment lagi. Itu saya. Dulu. Sekarang saya cuma pakai syampu. Syampu juga masih bukan sebarang syampu. Saya akan beli syampu yang ada diskaun. Yang kalau beli 200ml, dapat bercuma 50ml contohnya. Itu saya. Sekarang.

Maka, kawan-kawan, the next time kita berjumpa, jangan la kamu berkata "Kau nampak lain sekarang."

Saya bukan nampak lain.
Saya sudah berubah.
Saya memang lain.

Ini saya. Sekarang.

2 comments:

zai zai said...

rite, dunia single, dunia double dan dunia tripple mmg lain kakak...dunia single kita free, dabel dah kene rantai, tripple lagi la..tu belum lagi dunia anak bersekolah lagi lain..hu3..human change..so u do.. sy belom lagi..

rose said...

perghhh..inikah kak tipah yang ku kenal...
sybas kak tipah..saya pun mahu belajar kontrol sya punya belanjawan sekarang...sbb skarang hobi saya shopping sbb stress
bab budak gila friend pagi ahad da pegang teks book tu mmg tipu!!!!xsetuju langsung!!!