Friday, April 30, 2010

Ini saya, sekarang.

Waktu belajar dulu, kawan-kawan sedia maklum, saya memang jenis buat benda last minute. Saya memang terkenal sebagai orang terakhir masuk dalam kelas. Masa di UiTM Segamat, sayalah student jahat yang parking dekat tempat pensyarah, sebab parking student jauh dari kelas. Parking pensyarah dekat je dengan blok. Bila sambung ke Shah Alam, saya masih lagi belum bertaubat. Beberapa kali saya panjat tangga menara SAAS sampai ke tingkat 10, sebab dah lambat, lif penuh. Jadi, dengan tulang lembut 4 kerat ni, saya panjat tangga, sebab nak kejar kelas. Selalunya sampai kat kelas, dunia terus rasa gelap. Macam nak pitam. Tangan menggeletar. Dan selalunya, saya akan ponteng untuk subjek-subjek seterusnya. Itu saya. Dulu. Zaman remaja. Zaman warna warni.

Sekarang, kalau buat macam tu memang nak cari nahas. Sekarang kena bangun awal, barang-barang Tisya kena ready semua. Ini saya. Sekarang. Zaman dewasa. Masih warna warni. Tapi lain versi.

Waktu di Shah Alam, saya duduk serumah dengan GilaFriends. Nama je GilaFriends. Sebenarnya mereka ni bunch of physcos. Tau tak, pagi-pagi hari minggu, sorang-sorang dah siap mandi, terus duduk mengadap buku. PAGI-PAGI HARI MINGGU PEGANG BUKU TEKS????GILA APA???? Anyway, saya sebagai salah seorang penduduk dalam rumah gila tersebut, pun terpengaruh la dengan mereka. Mandi pagi macam nak pergi kelas, dan terus mengambil buku teks untuk dibaca *muka skema*.

Ada ke yang terperdaya dengan 2 ayat terakhir dalam perenggan di atas?
Memang la kamu tu lurus bendul.

Tidak. Saya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir baik begitu. Tiap kali hari minggu, saya akan pergi berjalan ke shopping complex seorang diri. Meninggalkan GilaFriends bersama buku-buku mereka. Dan biasanya saya akan balik lewat hari, dengan membawa samada kasut atau baju baru atau kedua-dua sekali.

Saya boleh lukis pelan Mid Valley dan Sunway Pyramid. Saya boleh bagitau lokasi setiap kedai dengan tepat. Saya tahu bila MNG atau ZARA atau TopShop ada sales. Saya pernah minat sorang sales asst TopShop MV berambut afro. Kereta pula jadi almari kasut.Almari zip kain saya pernah jatuh menyembah bumi sebab tidak dapat menampung baju-baju saya. Itu saya. Dulu.

Sekarang, saya banyak terperap di rumah. "Berkulat" bak kata Karin (Bebi ailebiu!). Kasut terakhir saya beli adalah semasa saya mengandung 5 minggu. Oh lupa, lepas tu saya ada beli lagi sepasang, sebab kaki dah bengkak, jadi dapatlah sepasang Crocs. Tu pun bukan beli kat butik. Beli kat Crocs outlet store. I'm not a fan of Crocs. But it was the most comfortable for me that time. Though i ended looking like Ronald McDonald with my swelling feet. That was the last pair i had. Tisya  is nearly 8 month old now. That means I actually have not buy any new shoe for a period of one year. Amazing right? Boleh masuk malaysian Book of Record mungkin. And the last baju i bought was a day before my birthday.  As a birthday present for myself. It was a pair of frigging leggings. That cost me less that RM20. Not from any fancy stores. It was from this jinjang kedai that sells jinjang clothes. Ironically, I think more than twice before buying it. MORE THAN TWICE. Before this, i never even think twice before taking them to the counter. I use my brain more often now. Ini saya. Sekarang.

Dulu, saya berhabis beratus sebulan untuk produk rambut. Shampoo, conditioner, mask, serum, sikat berbagai jenis. Hair treatment lagi. Itu saya. Dulu. Sekarang saya cuma pakai syampu. Syampu juga masih bukan sebarang syampu. Saya akan beli syampu yang ada diskaun. Yang kalau beli 200ml, dapat bercuma 50ml contohnya. Itu saya. Sekarang.

Maka, kawan-kawan, the next time kita berjumpa, jangan la kamu berkata "Kau nampak lain sekarang."

Saya bukan nampak lain.
Saya sudah berubah.
Saya memang lain.

Ini saya. Sekarang.

Tuesday, April 20, 2010

Mama Nak Mamak

I had lunch at Mamak's with Kekasih.

"Mee goreng mamak, satu", i said.
"Mamak takde. Mee goreng biasa ada,"

I don't get this. Macamana dekat kedai mamak tak ada mee goreng mamak?
Mee goreng mamak dan kedai mamak kan seperti irama dan lagu.
Kan?

Friday, April 16, 2010

Mama Yang Trauma

Last night Tisya jatuh katil.
I turned around in a second, JUST ONE FRIGGING SECOND, and *duusshhh* she was already lying on the floor! I went hysteric! If only I put her at the centre of the bed. If only I put her in her cot. If only I didn't turn around. How I wish I could turned back time *sigh*

She cried few minutes. (Her crying still haunting me till now.)
Guess what, after a while, she started to rolled on the bed again!

Hish, I know Fred Durst is hot. But, do not listen to him when he said: keep on rolling, baby. For goodness sake! Don't you learn a lesson, Sayang?

I still feel guilty about it. Perhaps, I should pasang kandang dekat katil.
And we gonna look like bears in zoo.

Wednesday, April 14, 2010

The Kid Sudah 7 Bulan

Hari ni sudah genap 7 bulan.
Last night, she decided to torture me and Kekasih.
First, she was cranky. Semua benda tak kena. After a while, she was OK. Playing and rolling on the bed. And after that, she refused to sleep! GgggrrrrrRRR! She must be fall asleep by herself. The funny thing is, she decided to sleep di bawah ketiak Papa. LOL.Why Tisya, whyyyyy????

Happy 7 months, sayang.
Mama loves you more than anything.

Wednesday, April 7, 2010

Pakcik Kucing

Ini Pakcik saya.

Masa dia masuk hospital sebab denggi, benda yang dia risaukan adalah kucing-kucingnya di rumah.

OK Pakcik saya masih single. Silakan kawan-kawan. Tapi kamu mesti sukakan kucing. Kalau tak kamu duduk la dalam cage kucing kat luar rumah sambil kucing-kucing pula tidur enak bersama Pakcik.

Thursday, April 1, 2010

Pelik Pada Kamu, Tidak Pada Kami

OMG i just realized that i'm actually turning into a cat blogger!

Ini semua kerana saya dibesarkan di dalam keluarga yang mungkin pelik, tapi ini perkara benar. (Ini bukan cobaan, ini betul-betul)

1. Nama panggilan kucing seperti nama manusia.
Ia adalah perkara biasa jika kamu mendengar kami menjerit:

"Angah turun kereta!" atau "Angah, jangan tidur dalam bakul kain!" atau "Angah keluar dari kotak!"

Jangan la pula kamu membayangkan Ida, adik saya yang gedempol comel itu duduk di atas kereta/tidur dalam bakul/duduk dalam kotak. Tidak. Tak muat pun.  Kami tak panggil Ida Angah. Panggilan itu merujuk kepada budak bertuah ni.
Selain tu kami panggil Mama (panggilan untuk emak Angah) dan Abang (untuk abang pada Angah).

2. Keluarga ini pernah solat hajat supaya kucing yang sakit sembuh.
Saya ingat lagi, masa tu saya tingkatan 5. Kami ada kitten nama Ciko. Ciko sakit. SuperAyah selalu pesan solat hajat doa Ciko cepat sembuh. Tapi saya masa tu konon la busy belajar. Satu hari, saya nak pergi dapur buat air kopi (saya belajar pukul 4 pagi), saya terserempak dengan SuperAyah tengah pegang sejadah. SuperAyah cakap "Ayah solat hajat doa pada Allah, kalau Ciko tak boleh sembuh, amik saja dia pergi. Siksa sangat Ciko tahan sakit". Saya tak jadi buat kopi. Saya terus nangis. Saya geram dengan SuperAyah kenapa doa macam tu untuk Ciko. Saya ingat dengan derai airmata, saya bukak buku teks, cari tajuk solat hajat. Saya nak doa saya overule doa SuperAyah (wtf?). But yes, doa dari SuperAyah lebih makbul. Sebab doa SuperAyah tidak sellfish.

3. Bacakan yassin untuk kucing
Soulmate saya Chiky (atau Abang), meninggalkan kami setelah berbelas tahun hidup di dalam keluarga kami. Saya ingat di kala menerima berita kematian dia, Ayah bagitau saya, "Ayah sempat bacakan dia yassin masa dia tenat. Habis baca yassin. Dia tarik nafas panjang, dan terus pergi". Pelik? Ini cerita benar. Ayah bagitau "Dia pun makhluk Allah macam kita semua".


4. Kami panggil kucing-kucing yang telah mati sebagai arwah
Pernah saya berborak dengan adik saya, Hazlami. "Kenapa tak buang je kerusi malas ni? Buat semak je kat depan rumah." Hazlami terus duduk atas kerusi tu sambil cakap "Ni kerusi favourite arwah (Chicky), sayang nak buang."

Dan semasa Chucky pergi, Ida tulis ini di facebook: Perginya 'seorang' sahabat..im gonna miss u,chuck..13 yrs of gud time 2gether.really gonna miss u..

Perhatikan perkataan "seorang".

5. Minum susu bersama kucing
Semasa SuperMak mengandungkan adik saya yang paling kecil. Hazwani, dia biasanya akan buat susu Anmum waktu pagi. Satu untuk dia. Dan satu dia akan bagi Mama (Mama sedang mengandongkan generasi Angah)

6. Semasa Hazwani baru pandai bercakap, dia akan cakap "Nama ayah,Abdul Ghani, emak Hasnah, akak Nurul comel, akak Ida, abang Hazlami, kucing Abang, Chucky, Stokin', Angah". Tidak pernah miss walau satu pun tiap kali ditanya. Seolah-olah itu ahli keluarga kami.

Sebenarnya banyak perkara pelik yang keluarga ni sanggup buat untuk kucing-kucing. Salah satu yang paling pelik dan lawak adalah ini. Mengangaap kucing pandai membaca.



Memo ditampal (bahagian bawah pintu) semasa menyambut kedatangan Tisya ke rumah. Kesian kucing-kucing semua tak boleh duduk dalam rumah.

Di Sana Lebih Baik

Memang kucing Tisya yang saya nampak dekat parking lot tadi pagi *sigh*

Semoga bersemadi dengan aman di Syurga.

Sekarang Kucing Tisya tak perlu tidur di atas rak kasut jiran depan.

Dan kalau hujan, dia tidak perlu lagi tidur mengerekot di atas alas kaki rumah kami.

Kerana dia sudah berada di Syurga, lengkap dengan tilam empuk.


Jangan bimbang wahai wahai sang kucing.

Kami akan pastikan Tisya selamat sampai ke rumah babysitter macam biasa.

Walaupun Kucing Tisya tiada menemani kami lagi.

Kami akan rindukan Kucing Tisya.

Meow meow

Kekasih played futsal with his friends last night. He reached home around 12 midnight.

I was already asleep, of course.

All I remember he was saying "Asya cakap, Gemok dah balik!"

Syukur Alhamdulillah. Thank you Allah.

And today, when I was going to to work, ada la pulak mayat kucing kat tempat parking. Mesti kena langgar.

I hope it's not Kucing Tisya.

There's this one stray kitten lives at our block. Everytime it sees me or Kekasih carrying Tisya, it will follow us.

It even followed us into the elevator, everytime we send Tisya to babysitter's.

And then it will sit outside the babysitter's house, as if to make sure Tisya is safe inside the house.

I believe it has a special relationship with Tisya. So, we called it Kucing Tisya.

Today, Kucing Tisya was not around when we send Tisya to the babysitter's.

Harap-harap bukan la dia yang mati kena langgar. Kekasih said he will check the cat later.

I hope Kusing Tisya is very much alive. Waiting for us in front of our door like days before.