Friday, March 12, 2010

Surat Untuk Tisya

Hai sayang Mama,



Ini surat untuk Tisya. Mama dah lama tak tulis surat. Kali terakhir Mama tulis surat adalah pada Aunty Tumin dan kemudian pada Aunty Karin (ailebiu Bebi!). Lepas Aunty Karin tinggalkan Mama, Mama tak tulis surat dah. Eh ada. Mama hantar resignation letter. Tapi tu surat rasmi. Jadi kita jangan kira OK?



Jadi kat sini Mama nak cerita semasa Mama mengandungkan Tisya OK? Masa Mama mengandungkan Tisya, Mama adalah perempuan yang miserable. Bukan salah Tisya, sayang. Mama sayang Tisya. Tapi Mama rasa bersalah sangat sebab Mama rasa preparation untuk sambut Tisya tak macam orang lain sambut anak. Sebab Mama dan Papa adalah golongan marhaen yang gaji cukup-cukup bayar sewa kat Flora Damansara bodoh dan beli makanan (yang banyak) untuk Mama!

Sepanjang mengadungkan Tisya, Mama jadi macam penguin. Mama tak pernah guna tandas cangkung, sebab pernah sekali tu Mama hampir bergolek jatuh ke belakang. Entah kenapa, Mama macam terpersona dengan tarikan graviti. In fact, masa Tisya 5 bulan dalam perut, Mama pernah jatuh dan kaki terseliuh. Perut Mama besar sangat, jalan pun nak nampak kaki. Maka, Mama termiss satu anak tangga, dan bergolek seperti Humpty Dumpty. Mama cuba nak bangun, tapi badan berat sangat. Akhirnya Mama pusing-pusing atas lantai macam perempuan gila buat tarian pelik. Papa hantar pergi klinik takut apa-apa jadi kat Tisya. Tapi waktu tu Mama sangat yakin Tisya OK. Sebab perut Mama tak sakit pun, tapi kaki memang tak payah cakap la. But yes, you survived that incident. Kesian anak Mama. Mesti Tisya pelik kenapa dunia ni berpusing-pusing time tu kan? Anggaplah Mama tengah practice untuk masuk pertandingan Sehati Berdansa, ya sayang ya.

Selain tu, kita juga survive lagi banyak incidents lain. See sayang, tempat Mama dan Papa tinggal namanya Flora Damansara. Tempat tu selalu takde air. Time tu la Mama selalu guna membership dekat Fitness First untuk mandi. Mama pergi The Curve bukan untuk shopping, tapi untuk mandi. Class juga rupanya kita ni, nak. Tiap hari Papa beratur tadah air dekat tingkat bawah. Nasib baik Papa kuat. Dia angkat 2 baldi sekaligus selalunya. Lepas management bayar bill tertunggak pada SYABAS, kami sangat lega. Kemudian, tiba-tiba, TNB pula potong bekalan elektrik dekat blok kita. Tak ada elektrik bermaksud, tiada lif (rumah kita tingkat 15), tiada lampu di koridor, tiada lampu di besmen, tiada ASTRO dan tiada air (sebab water pump bangunan guna elektrik). Mama nak nangis pun letih sangat hari tu. Lepas tu ada cameraman nampak Mama duduk duduk merenung masa depan, dia suruh Mama ngan Papa berlakon panjat tangga. Mama jerit kat dia "No, I'm not going to climb those stairs!" Tapi dia pujuk, cakap berlakon je "Akak panjat 2 tangga je. Kita kena siarkan cerita ni. Baru semua orang tau". Akhirnya, Mama setuju. Mama dengan rambut serabai konon-konon panjat tangga. Mama ngadu kat Aunty Kintan, dia suruh Mama tidur rumah dia. Nanti dah besar jangan lupa ucap terima kasi kat Auntry Kintan OK? Dia hari-hari belikan Mama makanan dekat office, takut Mama kebulur. Aunty Tumin pun belikan Mama makanan. Ailabiu ol. Malam tu Mama keluar kat berita Awani (siapa je tengok berita Awani GRRRRrrrrR), dan esoknya keluar dekat The Star.

Benda-benda macam ni lah yang buat Mama miserable. Ditambah kompeni yang bayar gaji Mama seciput tu buat Mama lagi rasa nak bersalin awal. Nasib baik ada Aunty Kintan, hari-hari tenangkan Mama, dengar Mama membebel. Mama gila selekeh masa mengandungkan Tisya. Ramai orang predict Tisya lelaki. Mama tau kenapa. Sebab Mama selekeh. Mama ke hulu ke hilir pakai T shirt Papa sampai Papa takde benda nak pakai hahaha. Orang kata, kalau mak dia selekeh masa mengandung, anak yang keluar lelaki. Masa tu hati Mama dah terdetik, kalau anak perempuan, kesian anak Mama. Mesti orang cakap anak Mama tak comel, sebab Mama selekeh.

Tapi tak apa, anak Mama tabah. Masa Tisya 8 bulan dalam perut, Mama Mama tersadai tepi jalan sebab Kancil Papa rosak. Tapi Tisya baik je masa tu. Temankan Mama duduk tepi jalan sambil Papa jalan kaki cari mekanik. You survived all frigging incidents. Anak Mama memang hebat! Mama minta maaf sebab sepanjang Tisya dalam perut Mama tak dapat nak pamper Tisya macam yang sepatutnya. Mama janji Mama tebus balik semua tu lepas ni OK.

You are one strong baby and Mama loves you so much.

Love,
Mama

1 comment:

Anonymous said...

kakak yg tabah...

cerita ini sangat menyentuh perasaan tetiba tingat kt mak...uwaaaa!! setiap bende yang berlaku ade hikmahnye..

zhai zai