Wednesday, March 10, 2010

Nur Batrisyia

Hi semua!

Ada ke orang nak baca blog ni? OK ada. Saya akan paksa GilaFriends & Geng Rombongan Cik Kiah Meronggeng untuk baca blog ni hahahahaha.

Makanya, di dalam post ini, saya akan perkenalkan dengan superstar saya, cik Baby Bear yang kucintai NUR BATRISYIA BINTI FAIZAL REZA!



Alahai sayang Mama *kiss kiss*
OK ni gambar malam dia lahir ke dunia yang fana ini.

Sekarang dia dah besar pon. Maaf takde gambar terbaru. Dah boleh meniarap pun. Ahad ni genap 6 bulan. Dah nak makan solid food pun. Isk cepatnya besar anak Mama. Jap lagi pergi sekolah dah, pastu kawin dengan anak rajadengan orang yang beriman. Tinggallah Mama menghadap muka Papamu itu. Isk emo tetiba.

Oh by the way. Memang tiada post semasa mengandung. Waktu mengandung adalah waktu yang saya nak padam dalam memori, boleh ke? I was broke, ugly and miserable. Dan ketika trend wanita-wanita sekarang membuat photoshoot semasa mengandung, saya tidak ketinggalan. Free lagi. Silalah tatap gambar paling glamer saya semasa mengandung ini. Sementara itu penulis blog nak pergi tekup muka dengan kuali. Sekian.




p/s: Oh ya saya yang memakai baju merah jambu itu.


6 comments:

diza said...

haha. photoshoot tue free je takyah upah apa-apa dekat photographer :p

p/s: gambar terbaru tisya takde sbb dia suka gerak! :D

Nurul Isabella said...

Diza: Hebat kan photoshoot ni? Siap ada aunty sebagai prop haha.

Ahh Diza ajelah harapan kami untuk melihat gambar Tisya. Mak ayah dia pokai takde kamera.

zai zhai said...

jap3 ape kena mengena ngn no water yer???agak kebingitan tak??sbb sy tidak faham hapa2

Nurul Isabella said...

Oh tempat saya tinggal bernama FLora Damansara adalah tempat paling busuk di muka bumi.

Tengok balik gambo tu, NO WATER terjadi pada bulan March. Management hutang SYABAS maka takde air. Kami terpaksa beratur tadah air dari tangki ihsan MBPJ.

Pada bulan May (saya preknen 5 bulan), NO POWER, itu terjadi bila TNB pula potong elektrik sebab hutang berjuta-juta pula.

Nayangkan takde elektrik, rumah saya tingkat 15. Boleh terberanak ok.

eja said...

ohohoho..glamer siot..

Anonymous said...

tersayat hati ku T _ T