Wednesday, March 31, 2010

Pulanglah

Gemok, Kekasih's family cat had gone missing for days. Kekasih sisters are terribly sad right now *sigh*

I love Gemok. He's fat, lazy, cute. Just like any other ordinary home cats.

I seriously hope he will come back.

I remember few years back, they had a cat named Manja. Unlike Gemok, who is a bit shy with strangers, Manja on the other hands, was manja with everyone including with strangers (ex: me). I was upset when Kekasih told me Manja went missing. I remember, evertime I went to their home, while waiting for Kekasih outside the house, I will played with Manja for a while. After he went missing, I will stared at the bench outside the house, hoping Manja was still there. Sitting lazily, looking cute. But of course, it wasn't there.

So if you see a shiny black fat cat, do contact us. Please. This cat meant a lot to the family.


p/s: This is why I do not want to keep any pet anymore. I just couldn't take the pain of losing them.

Tuesday, March 30, 2010

Lil Strawberry

Hi!

Saya Tisya.

Kalau hari panas, pipi saya jadi merah-merah.

Kadang-kadang, lepas minum susu Mama pun, pipi saya boleh jadi merah-merah.

Macam pakai blusher.

Hari tu, masa Mama dan Papa tengah lunch, sorang Aunty ni datang pada Papa tanya samada pipi saya memang natural begini. Eh Aunty ni, takkan la kecik-kecik dah pakai blusher. I natural begini OK?

Lepas tu Aunty tu cakap, dia ingat  kami ni orang Cameron Highlands, baru turun KL. Maka, pipi saya merah sebab tak tahan panas KL.

Lepas Aunty tu beredar, Mama bagitau Papa:

"Agaknya sebab muka kita ni macam orang asli kat Cameron Highlands."

Hihihihihi

Atau mungkin muka saya mengingatkan Aunty tu pada:

STRAWBERI!

Monday, March 29, 2010

Awan Kekasih

I just received this e mail from Kekasih.

Subject: Got my Roadtax from Myeg....


Sadly handed by someone else.....not Scha Al-Yahya.

Apakah?

Oh by the way, suit merah ketat Myeg itu sangat hodoh la, Yang.

Thursday, March 25, 2010

Dia Telah Berada Di Syurga

Saya busy sangat ni. Tapi kena tulis ni.

Selepas Roy, kini giliran Chucky pula.

Chucky sayang,
semoga aman di dunia baru,
di sana ada banyak Friskies (Chucky tak perlu tolak balang macam selalu dekat rumah)
di sana ada banyak ikan cencaru bakar
di sana ada tilam indah untuk Chucky

Terima kasih untuk 13 tahun yang penuh warna warni.
Maaf akak selalu cakap Chucky tak hensem
Chucky muka keras sangat.

Takpela, sekarang Chucky mesti senyum kan?
Ahhh..Akak rindu Chucky.

Found this photo from my sister's FB. That's  Hazwani and our beloved Chucky (RIP)

Monday, March 22, 2010

Perkara-perkara Yang Mustahil

Sejak menjadi ibu, perkara-perkara ini seperti terlalu mustahil untuk dilaksanakan:

1. Makan perlahan
Sebelum ini, saya makan sangat perlahan. Kunyah dan kunyah dan kunyah, baru telan. This was my chilhood trick. Masa kecik saya tak suka makan. Dan ketidaksukaan saya itu menjadi satu masalah pada SuperMak dan SuperAyah. Mereka akan paksa saya makan dan habiskan. Maka, saya akan kunyah perlahan-lahan supaya saya menjadi orang terakhir di meja makan. Bila sudah tiada siapa di meja makan, maka saya boleh buang makanan dalam tong sampah tanpa dilihat oleh sesiapa.

Tapi semenjak mengandung saya baru discover hidden talent saya iaitu MAKAN! Sehingga saya disahkan mengalami excessive weight gain, dan disuruh kurangkan makan (OK yang ni nanti cerita). Sekarang saya suka makan, tapi sejak ada Batrisyia, saya juga baru discover hidden talent kedua berkait dengan makan. Saya boleh makan laju! Kunyah, telan, kunyah, telan. Kadang-kadang kalau dia mengamuk, macam tak sempat kunyah, terus telan. Dan setakat ni, tiap kali pergi Sushi King aktiviti kunyah dan telan masih berlaku. Entah kenapa dia semacam menyampah dengan Sushi King. Agaknya banyak sangat makan masa dalam perut, sekarang nampak logo ikan tu dia terus mengamuk *sigh*

2. Tidur tanpa gangguan
Yup, saya masih tidur awal. Pukul 10 malam memang dah Allah Selamatkan Daku. Tapi of course setiap satu jam akan terjaga samada untuk susukan Tisya, atau jenguk cot untuk pastikan dia berselimut (selimut sume kena tendang), atau letak Tisya balik atas bantal (memang bantal entah ke mana, dia entah ke mana) atau kadang-kadang terjaga bila Tisya rasa dia nak menangis suka-suka tanpa sebab.

3. Pakai kasut tinggi
Sejak mengandung kasut tinggi memang dah bersemadi dalam boot kereta. Walaupun sebelum tu, saya boleh shopping pakai kasut tinggi, boleh lari pakai kasut tinggi (height issue, harap maklum). Tapi selepas 9 bulan berpijak di bumi yang nyata, memakai kasut tinggi tidak lagi praktikal, terutama jika terpaksa mengendong Tisya. Saya tidak mahu terpersona lagi dengan tarikan graviti.

4. Membawa handbag comel
Currently, saya ke hulu ke hilir membawa beg gim warna merah yang besar gedabak tak ubah macam karung Santa Claus ke mana-mana. Bila keluar jalan-jalan, campak baby wipes, minyak, baju extra, changing mat dll. Ke ofis, beg Santa Claus yang sama saya usung ke hulu ke hilir, di dalamnya ada breastpump dan cooler bag.

5. Memakai assesori dan mekap
I can't stand make up during my pregnancy period. Baunya membuat kepala pening, dan rasa nak muntah. Dan melekit-lekit di muka membuat diri sentiasa nak marah. Dan selepas 9 bulan melihat wajah hodoh tanpa mekap di cermin, sekarang saya sudah tidak kisah lagi. Dan saya mahu dia dan saya bebas mekap tiap kali saya menggomol atau menciumnya. Assesori seperti rantai panjang agak tidak praktikal terutama bila perlu menyusukan dia. Saya tidak mahu dia terbelit ketika menyondol-nyondol mencari boobs ibunya.

6. Bercantik-cantikan
Ya, seperti semalam saya bagitau diri ini, esok taknak pakai spek pergi kerja, nak pakai contact lense. Esok nak pakai dress pergi kerja. Tapi tadi pagi, Tisya boleh terjaga awal, dan kemuadian saya kelentang-kelentung menyediakan bubur untuk dibawa ke babysitter. Tup tup dah pukul 7, terus sarung jeans amik baju yang entah apa-apa, sarung kasut Nike yang dah lusuh terus pergi office.

Friday, March 19, 2010

Dialog: Batu Belah Batu Bertangkup

Ilham dari cerita ini. Masa saya kecil, SuperMak pernah bagitau saya cerita ni mengarut. Bila ada anak sendiri, saya paham kenapa.

Ini dialog antara saya dan Tanjung.

Nurul: Kenapa nak masuk dalam Batu Belah Batu Bertangkup (BBBB)?

Tanjung: Saya kempunan telur tembakul. Anak saya habiskan semua. Saya merajuk terus pergi BBBB.

Nurul: Kamu dengar tak Si Pekan dengan Melur merayu-rayu? Minta kamu jangan masuk dalam BBBB? Atau kamu ada sound trouble?

Tanjung: Dengar.

Nurul: Jadi kamu sanggup teruskan niat pergi BBBB? Walaupun anak kamu menangis meraung merayu begitu? Kamu ni hati batu ke?

Tanjung: Hmmm

Nurul: Bila kamu mati ditelan BBBB. Siapa nak jaga mereka?

Tamjung: Tak pasti pula saya.

Nurul: Orang berjuang hidup untuk menjaga anak. Kamu tak fikir ke?

Tanjung: Tapi saya kecewa. Saya kerja macam orang gila. Mereka suka hati habiskan makanan.

Nurul: Kamu jangan nak cerita pasal penat bekerja dengan saya. Rutin biasa ibu bekerja. Bangun pagi untuk siapkan anak sebelum dihantar ke babysitter. Kemudian meredah sesak jalan untuk ke tempat kerja. Di tempat kerja kena luangkan masa untuk pam susu. Redah sesak lagi untuk balik rumah. Lagilah kalau tiada bibik. Ingat senang? Kalau semua orang kecewa, dan ambil keputusan untuk menyerah kalah, lebih separuh dari wanita bekerja akan ikut jejak kamu. Tapi bukan semua orang pendek akal macam kamu. Kami berjuang. Habis-habisan untuk anak.

Tanjung: Tapi, saya nak sangat makan telur ikan tembakul tu

Nurul: Seorang perempuan yang sanggup meninggalkan anak-anak for own appetite is one sellfish b****, faham?

Tanjung: Uwaaaa

Nurul: Pergilah masuk BBBB sana!

Ini Untuk Ahmad Dhani

I found this while cleaning up trashs in my laptop. Wrote this in December 2007.
Ilham tercetus dari lagu ini. Ahmad Dhani tulis lagu ini untuk aku!


Ini Untuk Ahmad Dhani,

Kehadapan Ahmad Dhani,
hari ini seorang lelaki dyslexic menemankan aku,
seharian duduk di toko buku,
jejarinya menyelak kertas satu per satu.

Maafkan aku Ahmad Dhani,
Kuala Lumpur ini jadi saksi,
cinta yang pernah kau tinggalkan di sini,
kini sudah tidak wujud lagi.

Pulang saja ke negaramu,
aku sudah ketemu cinta baru.

Thursday, March 18, 2010

Berilah Diri Ini Kekuatan

Kekasih kerja malam hari ni.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih,
berilah hambaMu ini kekuatan
untuk menukar diaper Batrisyia seorang diri.
Amin.

Monday, March 15, 2010

Sudah Separuh Tahun

Semalam 14.03.2009, Tisya sudah 6 bulan. Ini apa yang terjadi semalam:


1. Tisya bangun. Cakap sorang-sorang dalam cot. Mama biarkan. Mama sambung tidur.

2. Jerit dalam cot. Mama terkejut. Angkat letak tengah antara Mama dan Papa.

3. Tarik baju Papa. Tepuk bahu Mama. Gigit tangan Papa. Tarik rambut Mama.

4. Papa tepuk-tepuk Tisya. Mama cakap "ssshhhooo..tidur Tisya, hari ni tak kerja"
5. Tisya menjerit sekuat hati

6. Mama terkejut, terus bangun sambil nyanyi Happy Birthday, Tisya.

7. Papa mamai sambil nyanyi sama.

8. Mama cakap jom breakfast kat McD.

9. Tiga beranak tak mandi menuju ke McD.

10. Tisya breakfast bubur brokoli dekat McD.

11. Tisya mengamuk dalam McD.

12. On the way balik, Papa beli suratkhabar.

13. Dekat rumah, Tisya mengamuk nak baca suratkhabar.

14. Tiga beranak meniarap sebaris sambil membaca suratkhabar di ruang tamu.

15. Pergi makan dekat Alamanda.

16. Tisya mengamuk taknak duduk dalam stroller. Papa kena dukung guna carrier.

17. Buat Mama gila dengan aksi spring dalam kereta.

18. Mama suruh berhenti dari buat aksi spring.

19. Teruskan dengan aksi spring.

20. Mama pasrah.

21. Mama terasa nak makan kek.

22. Tisya mengamuk dalam Secret Recipe.

23. Papa cakap badan Tisya hangat.

24. Pergi klinik.

25. Tisya nangis dalam bilik doktor.

26. Doktor kata badan Tisya memang hangat. Tapi tak demam.

27. Balik rumah.

28. Tisya mengamuk.

29. Tidur.

Happy 6 month, Tisya.


p/s: Terima kasih Farisya sebab upload gambar Tisya dalam facebook.
Terima kasih Diza sebagai photographer. Kesian sampai menonggeng nak ambil gambar Tisya. Tisya tak reti diam haha

Friday, March 12, 2010

Surat Untuk Tisya

Hai sayang Mama,



Ini surat untuk Tisya. Mama dah lama tak tulis surat. Kali terakhir Mama tulis surat adalah pada Aunty Tumin dan kemudian pada Aunty Karin (ailebiu Bebi!). Lepas Aunty Karin tinggalkan Mama, Mama tak tulis surat dah. Eh ada. Mama hantar resignation letter. Tapi tu surat rasmi. Jadi kita jangan kira OK?



Jadi kat sini Mama nak cerita semasa Mama mengandungkan Tisya OK? Masa Mama mengandungkan Tisya, Mama adalah perempuan yang miserable. Bukan salah Tisya, sayang. Mama sayang Tisya. Tapi Mama rasa bersalah sangat sebab Mama rasa preparation untuk sambut Tisya tak macam orang lain sambut anak. Sebab Mama dan Papa adalah golongan marhaen yang gaji cukup-cukup bayar sewa kat Flora Damansara bodoh dan beli makanan (yang banyak) untuk Mama!

Sepanjang mengadungkan Tisya, Mama jadi macam penguin. Mama tak pernah guna tandas cangkung, sebab pernah sekali tu Mama hampir bergolek jatuh ke belakang. Entah kenapa, Mama macam terpersona dengan tarikan graviti. In fact, masa Tisya 5 bulan dalam perut, Mama pernah jatuh dan kaki terseliuh. Perut Mama besar sangat, jalan pun nak nampak kaki. Maka, Mama termiss satu anak tangga, dan bergolek seperti Humpty Dumpty. Mama cuba nak bangun, tapi badan berat sangat. Akhirnya Mama pusing-pusing atas lantai macam perempuan gila buat tarian pelik. Papa hantar pergi klinik takut apa-apa jadi kat Tisya. Tapi waktu tu Mama sangat yakin Tisya OK. Sebab perut Mama tak sakit pun, tapi kaki memang tak payah cakap la. But yes, you survived that incident. Kesian anak Mama. Mesti Tisya pelik kenapa dunia ni berpusing-pusing time tu kan? Anggaplah Mama tengah practice untuk masuk pertandingan Sehati Berdansa, ya sayang ya.

Selain tu, kita juga survive lagi banyak incidents lain. See sayang, tempat Mama dan Papa tinggal namanya Flora Damansara. Tempat tu selalu takde air. Time tu la Mama selalu guna membership dekat Fitness First untuk mandi. Mama pergi The Curve bukan untuk shopping, tapi untuk mandi. Class juga rupanya kita ni, nak. Tiap hari Papa beratur tadah air dekat tingkat bawah. Nasib baik Papa kuat. Dia angkat 2 baldi sekaligus selalunya. Lepas management bayar bill tertunggak pada SYABAS, kami sangat lega. Kemudian, tiba-tiba, TNB pula potong bekalan elektrik dekat blok kita. Tak ada elektrik bermaksud, tiada lif (rumah kita tingkat 15), tiada lampu di koridor, tiada lampu di besmen, tiada ASTRO dan tiada air (sebab water pump bangunan guna elektrik). Mama nak nangis pun letih sangat hari tu. Lepas tu ada cameraman nampak Mama duduk duduk merenung masa depan, dia suruh Mama ngan Papa berlakon panjat tangga. Mama jerit kat dia "No, I'm not going to climb those stairs!" Tapi dia pujuk, cakap berlakon je "Akak panjat 2 tangga je. Kita kena siarkan cerita ni. Baru semua orang tau". Akhirnya, Mama setuju. Mama dengan rambut serabai konon-konon panjat tangga. Mama ngadu kat Aunty Kintan, dia suruh Mama tidur rumah dia. Nanti dah besar jangan lupa ucap terima kasi kat Auntry Kintan OK? Dia hari-hari belikan Mama makanan dekat office, takut Mama kebulur. Aunty Tumin pun belikan Mama makanan. Ailabiu ol. Malam tu Mama keluar kat berita Awani (siapa je tengok berita Awani GRRRRrrrrR), dan esoknya keluar dekat The Star.

Benda-benda macam ni lah yang buat Mama miserable. Ditambah kompeni yang bayar gaji Mama seciput tu buat Mama lagi rasa nak bersalin awal. Nasib baik ada Aunty Kintan, hari-hari tenangkan Mama, dengar Mama membebel. Mama gila selekeh masa mengandungkan Tisya. Ramai orang predict Tisya lelaki. Mama tau kenapa. Sebab Mama selekeh. Mama ke hulu ke hilir pakai T shirt Papa sampai Papa takde benda nak pakai hahaha. Orang kata, kalau mak dia selekeh masa mengandung, anak yang keluar lelaki. Masa tu hati Mama dah terdetik, kalau anak perempuan, kesian anak Mama. Mesti orang cakap anak Mama tak comel, sebab Mama selekeh.

Tapi tak apa, anak Mama tabah. Masa Tisya 8 bulan dalam perut, Mama Mama tersadai tepi jalan sebab Kancil Papa rosak. Tapi Tisya baik je masa tu. Temankan Mama duduk tepi jalan sambil Papa jalan kaki cari mekanik. You survived all frigging incidents. Anak Mama memang hebat! Mama minta maaf sebab sepanjang Tisya dalam perut Mama tak dapat nak pamper Tisya macam yang sepatutnya. Mama janji Mama tebus balik semua tu lepas ni OK.

You are one strong baby and Mama loves you so much.

Love,
Mama

Lupa

Bertembung mata dengan mata,
kali ini lain benar,
tanpa genang airmata,
tiada getar nada suara,
syukur pada Tuhan,
aku benar-benar sudah lupakan dia.

p/s:I posted this somewhere before. Tapi takpe post balik.

Wednesday, March 10, 2010

Nur Batrisyia

Hi semua!

Ada ke orang nak baca blog ni? OK ada. Saya akan paksa GilaFriends & Geng Rombongan Cik Kiah Meronggeng untuk baca blog ni hahahahaha.

Makanya, di dalam post ini, saya akan perkenalkan dengan superstar saya, cik Baby Bear yang kucintai NUR BATRISYIA BINTI FAIZAL REZA!



Alahai sayang Mama *kiss kiss*
OK ni gambar malam dia lahir ke dunia yang fana ini.

Sekarang dia dah besar pon. Maaf takde gambar terbaru. Dah boleh meniarap pun. Ahad ni genap 6 bulan. Dah nak makan solid food pun. Isk cepatnya besar anak Mama. Jap lagi pergi sekolah dah, pastu kawin dengan anak rajadengan orang yang beriman. Tinggallah Mama menghadap muka Papamu itu. Isk emo tetiba.

Oh by the way. Memang tiada post semasa mengandung. Waktu mengandung adalah waktu yang saya nak padam dalam memori, boleh ke? I was broke, ugly and miserable. Dan ketika trend wanita-wanita sekarang membuat photoshoot semasa mengandung, saya tidak ketinggalan. Free lagi. Silalah tatap gambar paling glamer saya semasa mengandung ini. Sementara itu penulis blog nak pergi tekup muka dengan kuali. Sekian.




p/s: Oh ya saya yang memakai baju merah jambu itu.


Hala Tuju

Ok, saya sedang cari hala tuju blog ini. Banyak benda tertinggal untuk diapdet. Beberapa pilihan untuk dibuat:

1. Menjadikan ini blog ibu (apdet anak buat apa, makan apa, berak kaler apa dll)
2. Menjadikan blog isteri (apdet hari ni buat apa, masak apa, makan apa dengan suami, kutuk puji suami dll)
3. Menjadikan blog ini blog untuk menyimpan khazanah-khazanah cerita/tulisan/nota lama yang tidak pernah disiarkan di mana-mana.

Maka, keputusannya ialah menulis semuanya di dalam ini. Selamat membaca dengan bosan!