Tuesday, December 28, 2010

Habis madu, kucing dibuang


Ini Batrisyia. Bukan main peluk cat taknak lepas.
Lepas tu mengamuk, dicampaknya cat ke lantai.
Bagus, tak payah Mama beli hihi

Tuesday, December 21, 2010

Jentayu Belum Patah Lagi

Woke up 5am.

Mandi. Buat breakfast. Packed diaper bag. Tukar diaper. Cuci cawan.

Managed to comb my hair in front of the mirror *big achievement*

Percubaan memvaccum gagal.


Takpe esok masih ada.

Monday, December 20, 2010

Jentayu Itu Aku

Been  a tough like hell for this two weeks.

Last two weeks, The Man of The House has to attend some training or whatever with his work. I have to wake up around 5am, preparing the kid's stuffs etc, so we can reached at the babysitter's at 6.30am. Sent the Man of The House to Putra Central, and rush to office later. After work, rush to back to fetch the kid. Wait, didn't I tell you it was raining the whole week? While one hand with umbrella, and the other with holding my kid, and her diaper bag on my shoulder, trying not to wet my lil kid. I'm telling you, AKU DAH BOLEH JOIN WIPEOUT, paham? I was all wet every single day reaching home. Sementelaah duduk rumah flat, mana ada porch. Redah hujan hari-hari. Biar aku basah, jangan si kecik tu kena hujan. Malam drive lagi sorang-sorang pergi Putrajaya.

last week pulak, The other half was on business trip for a week. But I have SuperMak to help me to take care of the kid. My poor SuperMak. I'm living in a guilt for seeking for her help at my own house. But she's the only support system I have. I had much better week while she was around. Sampai rumah siap ada makanan semua.

From now on, I just wanna be like her. My mom can fix toilets, changing light bulbs, fixing car etc. She's just so, awesome.

Plus,I used to be very independent before.

Dari sekarang, aku mau jadi Jentayu.
Walau dalam kes ni, memang kuku gue patah dulu.

Wednesday, December 8, 2010

Those were the days

I was browsing my dear old Friendster. Siap lupa password apa. I know the password is one of my cats' name. But totally forgot which cat was for the Friendster password. Hihihi.

Anyway, came across ni photo of mine. Those were the photos taken back in 2004 to 2006.



Those were the days. Camwhore tak ingat dunia. Vain tahap kronik, OK. Pantang nampak camera, terus Bang! Bang! Bang! Doing the Tyra thingy hahhahahaha! Ya, photogedik itu aku. Those were the days when I wouldn't go out from the house without foundation and eye liner was my best friend. And OMG the fringe! Man, it looked good. Siap dulu boleh upload gambar buat The Hair Chronicle (wth was i thinking at that time ntah).

Mind you, I always have fringe due to my kepala jendul seperti bendul. Nowdays, rambutku melentik hilang arah, dengan fringe melepek ala ala bulu ayam tercarik, disebabkan masalah kebotakkan yang serius di bahagian anak rambut, dan natijahnya, kejendulan ini memang tidak dapat disembunyikan lagi.

No. I'm not posting my bibik face now.
Cik Kopikat puas ati kau sekarang tengok aku macam ni kan?

Friday, November 19, 2010

Cat!

So, yesterday my kid had a piece of paper in her mouth.

I battled digging it out from her mouth, and all of sudden, she pointed her finger and shouted CAT!

The Cat Trick.

That's the trick we usually use to distract her everytime she dedided to put on drama/eat paper/eat my phone/eat more paper etc.

Tisya,tengok tu cat!
Cat tu cat, says meow meow.
Alaa comel tu cat!

So yesterday she used the same trick.

Funny. My kid tried to divert my attention with The Cat Trick.

Sorry Sayang, nice try, bu Mama don't fall for that trick.
Mama invented it, see?

But I give a big fat A+ for your effort.
You are smart, my baby.

But stop eating papers will you?
Mama loves you.

Tuesday, November 16, 2010

My poor baby

Hey peeps!

As some of you know, saya jarang bawak Tisya keluar malam. Satu, sebab dia tidur awal. And dua, sebab Mama tidur awal. Hehe.

So Sabtu malam lepas, Kekasih melancarkan misi Mencari Telefon kerana telefonnya telah dirosakkan oleh anak tersayang. Itu touch screen aarrr, you touch, touch, touch, still nothing appears. Lepas tu siap ada air kat dalam dia (air liur Tisya). Maka kami pun menuju la ke bandar Kajang Pak Malau. Sementelaah keluar dari kereta, anakku terpersona melihat lampu neon berkelip terang. Tangan tak berhenti tunjuk sini sana tunjuk kat lampu. Ala sian anak Mama tak pernah tengok bandar di waktu malam.

Esoknya ikut Papa pegi main tennis pulak. Sambil tunggu Kekasih bawak Tisya pergi tengok swimming pool. 13 bulan hidup di dunia anakku sayang tak pernah jejak kaki pergi swimming pool. (Hey berderet h1n1, pnemonia, hand mouh disease macamana la nak pegi mandi manda). Sesampai kat tepi pool, anakku sayang amat terpersona dengan kolam renang sambil melantik diri sendiri menjadi life guard. Abis sume orang dalam pool kena jerit, siap dengan tangan tunjuk air. Ala kesian, selama ni dok mandi dalam besen je. Rupanya ada besen besar.

Lepas tu bawak pergi playground. Anakku yang tidak pernah merasa kehangatan mentari, amat terpersona dengan bayang-bayang sendiri. Tertonggeng-tonggeng, she chased her own shadows.

Ahh poor baby. I'm sorry if you had miss so much fun. Our quality time so far is by spending at the hospital bed or at home.

But yeah we had great time together under the sun. But that was only before I saw a makcik with her kids had spots all over their faces. Macam bekas chicken pox, baru kering.

Makcik, walaupun spots anak makcik mungkin telah kering. Jangan la bawak pegi public places dulu boleh tak? Siap terjun dalam pool. Tunggu la dah hilang bekas semua ko nak berendam macam badak sehari suntuk pun takda siapa hirau. Sigh.

Being a saiko mom, i dragged my baby and packed Kekasih things, and run like a mad lady calling him to finish his session.

We waited Kekasih on a bench until a Pakcik decided to light his ciggaret next to us. Sigh.

This world. Full of dangers. Sigh.

Dan selagi Mama perlu bawa Tisya lari dari segala obstacle di dunia ini,
Selagi Mama mampu berlari,
Mama akan lari dan terus berlari.

Tuesday, November 9, 2010

November Trio

Semalam birthday SuperMak, hari ni birthday Hazlami.

Tiap-tiap tahun SuperMak dengan Ami celebrate birthday sama-sama.

Lepas Kekasih joined SuperFamily, jadi 3 serangkai terus.

7th November : Kekasih
8th November: SuperMak
9th November: Hazlami

Now i gonna list down their ages:
Kekasih     : 31 years (born in 1979)
SuperMak : 51 years (born in 1959)
Hazlami     : 21 years (born in 1989).

Cool gila kan?
Ada entri untuk SuperMak. But since dia jauh dekat Mekah. Kang aku emo sorang-sorang. Maka akan kusimpan dulu entri untuk SuperMak.

Happy birthday All.
Sayang Semua.

Monday, November 8, 2010

Happy Birthday, Kekasih!

Yesterday was Kekasih's birthday!

He's 31 year by the way.

My Kekasih, he's a funny guy.

These are some of the funniest moments I had.

Tempat: McD Drive-thru

McD Staff:  Selamat datang ke McD, boleh saya ambil pesanan?

Kekasih: Ye, selamat datang. Bagi saya Big Mac satu.

SELAMAT DATANG?????????? He greeted Selamat Datang to the McD staff yang sah sah memang duduk dalam booth tu diam-diam. Nak datang ke mana nya? Sumpah, budak yang amik order tu sengih-sengih masa Kekasih bayar duit. Hari ini dalam sejarah agaknya orang ucap Selamat Datang balik kat dia dengan muka penuh yakin.

Tempat: Masih di McD Drive-thru lagi

Kekasih: Dik, kasi cupboard nak letak air satu.

Sayang, nak cupboard cari la kat kedai perabot. McD tak jual gerobok. Dia sebenarnya maksudkan "cardboard".

Tempat: Parking lot

Saya: Yang tu iklan apa?

Kekasih: Orang jual toppee cable.

Saya: (pergi baca betul-betul, iklan jual COFFEE TABLE).

And last but not least, I usually say this to Tisya: See you later, alligator!

Kekasih's version: Goodbye alligator! (like wth kan?)

Anyway, he's a great husband, and great papa.

Happy birthday, Yang!
I Love You!

Thursday, November 4, 2010

Perayaan Cahaya Kita!

Untuk 3 hari berturut-turut bermula esok.

We gonna spent this 72 hours together.

Mama gonna cook bubur for you.

We'll read books together.

I'll bath you and sing that "buih sabun" song.

We'll guling-guling on the bed.

You are my cahaya.

Mama loves you. Every single day.

Saturday, October 30, 2010

Cerita Oktober

27th - 30th October 2010, admitted due to aderoids enlargement.

We spent more days staying in hospital compared to my own hometown.

Perhaps it's time to become a stay at home mom.

Perhaps the time has come.

Tuesday, October 19, 2010

Dua Tahun Hidup Berumahtangga

Dua tahun lepas, waktu yang sama, kami berada di mesjid untuk upacara nikah.
Tahun lepas, tarikh yang sama, saya duduk dekat rumah diam-diam depan laptop, pakai kain batik.

Saya dan Kekasih.
Dua entiti dengan personaliti dan citarasa berbeza.

Like the fact that he loves sports. He was actively involved with sports when he was in school.
And me. I hate any kind of sports. I hate that 1/2 hour PJK subject in school. I rather pay RM2 per day penalty of not attending sport practice each year.

Oh oh oh and like the fact his favourite CSI character is, Horatio.
Like, WTH Horatio???????
Horatio kan sangat poyo?
Haruskah berposing sambil memasukkan tangan ke dalam poket, dan kemudian membetulkan sunnies sambil berpusing badan ala ala hindustan sambil rambut terjuntai di dahi?

Tolong lah Horatio. Sila contohi Grissom, please.
Grissom bercakap dengan serangga. Grissom adalah cool.

OK apa kejadah yang aku merepek ni?

Anyway, berbalik kepada topik asal.
Kami berbeza, dan ada masa (selalunya) mencari pasal macam Tom & Jerry.
But we have Tisya to save the day.

Untuk Kekasih, selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua!


Thursday, October 14, 2010

Confession 1

I'm miss my SuperMak and SuperAyah teribbly.

They've been staying at my litlle flat for few days before the departure.

Everyday when I woke up, I can hear my SuperAyah's voice recite Quran at next room.

While SuperMak in the kitchen preparing coffee for him.

I just want to broke down and cry.

I need my siblings a.k.a my baduts to cheer me up.

But Hazlami drove himself to Penang on the night my parents left.

And Hidayah drove all by herself to Terengganu yesterday.

I'm counting days to meet them again.

Tuesday, October 12, 2010

SuperMak

Both of parents are going to Mecca tonight.

And my youngest sister gonna stay with us until they arrive back at Malaysia somewehre in November.

I know, SuperMak is worried sick to leave my little sister with me.

Yes, she's 12. But yet, she's the baby in the family.

She never been apart from my SuperMak for all this time.

Been still sleeping with her all these nights.

And since SuperAyah was away working in Batu Pahat, they were the only people left at home.

Just the two of them.

The BFF.

My sister and my mom.

My SuperMak. Her tears rolled down her cheeks when she talked about leaving my lil sister.

To be apart for more than a month.

Now that I'm a mom. I totally understnad that shitty feeling.

The feeling of leaving your own child away.

I hope I can convince her not to worry.

I will try my very best to take a good care of my lil sister.

My lil sister. She's my lucky star.

Wednesday, October 6, 2010

Setahun Kita Bersama

Last 14th September 2010 was Batrisyia's first birthday.

There's no birthday party whatsoever. We had a small celebration back at Neneks and Atok's place at Semenyih.

It was day 5 of raya and Tisya baru seminggu keluar hospital due to phenomia.

I took one day off from work just to spent the whole day with my baby.





Untuk 365 hari dan 365 malam kita bersama.
Mama Sayang Tisya!

Photos courtesy of Faradiza.

Friday, October 1, 2010

Ini Ceritanya

Ini apa yang terjadi.


23th June - 27th June : Batrisyia masuk wad. Sebab: Influenza A H1N1.
Kami bertiga dikuarantin dalam Isolation Room for 4 days, and after that, we've been home-quarantined for 2 weeks.


30th August - 5th September : Batrisyia masuk wad. Sebab: Influenza B with phenomia.


You think we are done? Ada sambungan OK.


28th September untill today: She's home quarantine for Hands, Foot and Mouth Disease (HFMD).


Try to be me, people. Try to be in my Vincci-size-3 shoes.


Tak ke depress macam ni?
We've been Dettol's best-friend-forever since the H1N1 event.
We've wipe the babychair and the table with the Dettol everytime we had to use them at public places.
We've been carrying Dettol spray everywhere we went. Wash her hands as frequent as possible.
But still, whyy whyy whyyy?


And you know what, i used to say again and again.
"Kalau penyakit Tisya boleh transfer kat Mama, biar Mama je yang kena."


Guess what?
Everytime she fall sick now, i gonna be sick too.
The day she was released from the ward due to phenomia, i was rush to KPJ emergency room, due to high fever.
And the day she had fever due to HFMD, I had high fever too.
Which is not good, because I need to take care of her.


So to all mothers out there. Careful with what you said.
Tiap baris kata seorang ibu adalah doa.


Lain kali cakap macam ni:
"Kalau penyakit (insert your child's name) boleh transfer kat Mama, time antibodi Mama kuat, biar Mama je yang kena."


Be specific, geddit?


How I wish I could put her inside my tummy back.
Supaya saya boleh bawa dia ke mana saja, dan lindungi dia dari segala kejahatan dan kekejaman dunia.


But like what Papa said, "she needs to explore the world" (the way he said, as if la memang boleh masuk balik dalam perut haha).


But this is life, honey.
It's not always as happy as we want it to be.


Sekuat mana Mama cuba lindungi Tisya, adakala Tisya kena tempuhi juga. Sebab Tisya kena belajar.


Kadangkala sakit melanda,
kadangakala bencana menimpa,


Satu hari hati akan disakiti,
ada janji dikhianati,
sakit jiwa merindui,
ditinggalkan sahabat karib ke Abu Dhabi,
kehilangan kucing disayangi.


Bila saat itu tiba,
Cuma ingat...Mama ada.




...

Thursday, July 15, 2010

Sepuluh!

Ya ampun, sebulan cuma sekali je update blog.

Baik tak payah ada blog la camni.

Anyway, my Baby Bear sayangku muah muah turns 10 months today! Yeay!

Lotsa things had happened in between last entry and this entry.

Ahhh nanti la akan kuceritakan semuanya.

Skirt hari ni macam pendek la pulak. Dahla batuk batuk, kena minum banyak air.
Lepas minum, asyik nak pee pee.
Toilet jauh kat belakang. Dah tau pakai skirt pendek, pakai plak mary jane separa lunyai ni pegi keje.
Confirm jalan bersepah.

Fesyen dan Nurul sudah tidak akan menemui titik pertemuan lagi.
Tu la Nurul lain kali check tepi skirt sendiri.

Ok bye, nak balik rumah.
Nak celebrate birthday Baby Bear.
Nak kasi dia makan chocolate cake ngan ice cream (kidding!)

Wednesday, June 16, 2010

Sembilan!

Baby Bear genap sembilan bulan Isnin lepas!

Hari yang sama juga, dia telah menelangkopkan sup kat Sup Ani Utara.
Dan sekaligus mengkuyupkan seluar Kekasih.

Saya tengah makan, dan nampak tangan kecik tu mencapai mangkok mangkok itu. Diri ini sempat menjerit:
"Yang!"
Kekasih tengah demam, respons lambat 2 saat. Maka terlangkoplah sup itu.

Nasib baik sup tak panas. Kalauuu tidaaakkkkkkk????
Maka bersyarahlah saya di dalam Sup Ani Utara itu. A long lecture indeed.
Kekasih pergi toilet cuci seluar.

Oh while i was nagging her, i can't forget that guilty look she had.
She was whining alone, looking at the back of the shop searching for Kekasih.
Bila Kekasih sampai, she was still whining, and then she grabbed his hands; as if she was appologizing.
Tiba-tiba saya terasa bersalah pula membebel macam perempuan biol.

Masuk dalam kereta je, satu kereta bau sup disebabkan 2 beranak tu. Isk.
Dan ironinya, hari Tisya menelangkopkan sup itu, adalah hari di mana saya tidak membawa baju spare dalam bag.

Boleh tak?????????? Tak pasal-pasal kan dia dapat baju baru!!!!!

Hish takpe la. Happy 9th months, Baby.
Mama loves you!

Saturday, June 12, 2010

Flu, flu go away. Don't you dare to come again in any other day.

My Baby Bear is down with flu again!
Last week, hari Rabu dah kena nabulizer dekat An Nur Bangi. Hari Jumaat terpaksa EL sebab pukul 3am dah tercongok dekat emergency An Nur lagi. Pukul 7am tercongok lagi dekat ER Putrajaya. She was better by Monday. Tiba-tiba semalam dia dok bersin bersin, meleleh-leleh hingus segala.

ISKKKKKKKK TENSIONNYERRRRRRRR!!!!!
KENAPA SETIAP MINGGU FLU NIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!?????!!!!!!!!!!!

Rumah tak sepah, bilik superkemas. Takde kucing. Kekasih is a non-smoker. No furry toys.
We've started giving her Scott Emulsion (1.5ml) every morning. I started taking Vitamin C 500g. But still, whyyyyyyyy????????????????????????????????????????????????????

GGGGGGGGGrrrrrrRrrrrrrrrrrrRRRRRRRrrrrr!!!!!!!

We took her to another clinic. And now she's asleep.
Get well soon, honey.

Mama loves you, though memang Mama emo tiap kali Tisya selsema. Kalau selsema tu manusia, memang Mama sepak, cekik, tampar dia berkali-kali sambil jerit "Berani kau kacau anak aku!".

Kalau antibodi lawan selsema ada jual kat mana-mana. Sumpah, Mama akan pergi cari swipe credit card sekarang jugak!

Thursday, May 27, 2010

Never Judge A Girl By Her Size

Oh i just have to blog about this.

Batrisyia disahkan underweight.
She's 6.3 kg at the age of 8 months old.
You see, she's not skinny. Tapi doctor cakap budak 8 bulan punya berat biasanya 7 kg ke atas.
Dia kasi Tisya Appeton.

Tapi ada sorang doctor ni gila baik (yes, kami jumpa ramai gila doctor masa Tisya tak sihat tempoh hari).
Dia cakap Tisya is slighly underweight, but it's OK, we don't have to worry. Dia tambah "You also very small, so don't worry ok.". Sesungguhnya dia seorang doctor yang amat memahami.

See, masa umur saya 9 tahun, berat saya cuma 17 kg. Saya ingat saya pegang report card sekolah dengan genang airmata. Bukan sebab Matematik dapat B. Tapi sebab berat saya tak naik tahun tu. Tahun sebelumnya saya dalam report card tulis 17 kg jugak. Saya rasa saya tidak normal. Kenapa saya tak macam classmates lain. Diaorang sume naik berat badan. Saya ingat bila masuk sekolah menengah, berat saya cecah 25kg. Kalau amik gambar sekolah, saya mesti kat paling tepi. Waktu remaja, budak-budak lain dah pakai jeans, tapi saya masih pakai skirt KIKO. Sebelum kawin berat saya 31.5kg. Join gym untuk naikkan berat badan, sebab hodoh bebeno kalau jerangkung duduk atas pelamin. Tapi tak berjaya pun. Terima kasih push up bra yang menyelamatkan sedikit keadaan.

Anyway, saya akhirnya bersalin secara normal TANPA EPIDURAL (ni kena bagitau). Batrisyia keluar dengan berat 2.72 kg.

Sekarang 6.3 kg. Kira OK la tu pada saya. Kang tak kuat pulak saya nak dukung.
She might be underweight from other babies.
But she is my baby.
She is who she is.
Dan wujudnya Batrisyia bukanlah untuk dibandingkan dengan orang lain.

Dan tolong, never judge a girl by her size.

Monday, May 17, 2010

Kalau tak, i dah jadi superstar.

April dan May adalah bulan yang amat mencabar buat kami.
Tisya asyik jatuh sakit.
Anak flu + batuk + demam adalah kombinasi yang membuat seorang ibu hilang arah.
At one moment, batuk Tisya terlalu teruk hingga terpaksa menggunakan nebulizer 2 kali dalam sehari.


Dan tiap kali dia akan menangis. Kekasih bertanggungjawab memegang Tisya (saya tak kuat nak tahan badan dia meronta-ronta). Dan sebagai ibu, sememangnya menjadi tanggungjawab untuk saya menenangkan dia. Maka tiap kali dia menangis, haruslah Mama mendendangkan lagu Itsy Bitsy Spider (lagu tema untuk pakai diapers selalu). Dan tiap kali suara ini berkumandang di treatment room, nanti assistant doctor masuk dalam bawak this music toy bagi kat Tisya "Adik tekan sini, nanti ada lagu, tengok tu ada lampu". Lama-lama, tiap kali saya nyanyi, dia masuk bawak toy, berdetak di hati ini:

"Eh tak sedap/kuat/nyaring sangat ke aku nyanyi? Sampai tiap kali nyanyi, minah tu masuk bilik bawak mainan?"

Ok kawan-kawan.
Kau orang tak payah jawab.



Monday, May 3, 2010

Batrisyia The Rock Star!

Friday, April 30, 2010

Ini saya, sekarang.

Waktu belajar dulu, kawan-kawan sedia maklum, saya memang jenis buat benda last minute. Saya memang terkenal sebagai orang terakhir masuk dalam kelas. Masa di UiTM Segamat, sayalah student jahat yang parking dekat tempat pensyarah, sebab parking student jauh dari kelas. Parking pensyarah dekat je dengan blok. Bila sambung ke Shah Alam, saya masih lagi belum bertaubat. Beberapa kali saya panjat tangga menara SAAS sampai ke tingkat 10, sebab dah lambat, lif penuh. Jadi, dengan tulang lembut 4 kerat ni, saya panjat tangga, sebab nak kejar kelas. Selalunya sampai kat kelas, dunia terus rasa gelap. Macam nak pitam. Tangan menggeletar. Dan selalunya, saya akan ponteng untuk subjek-subjek seterusnya. Itu saya. Dulu. Zaman remaja. Zaman warna warni.

Sekarang, kalau buat macam tu memang nak cari nahas. Sekarang kena bangun awal, barang-barang Tisya kena ready semua. Ini saya. Sekarang. Zaman dewasa. Masih warna warni. Tapi lain versi.

Waktu di Shah Alam, saya duduk serumah dengan GilaFriends. Nama je GilaFriends. Sebenarnya mereka ni bunch of physcos. Tau tak, pagi-pagi hari minggu, sorang-sorang dah siap mandi, terus duduk mengadap buku. PAGI-PAGI HARI MINGGU PEGANG BUKU TEKS????GILA APA???? Anyway, saya sebagai salah seorang penduduk dalam rumah gila tersebut, pun terpengaruh la dengan mereka. Mandi pagi macam nak pergi kelas, dan terus mengambil buku teks untuk dibaca *muka skema*.

Ada ke yang terperdaya dengan 2 ayat terakhir dalam perenggan di atas?
Memang la kamu tu lurus bendul.

Tidak. Saya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir baik begitu. Tiap kali hari minggu, saya akan pergi berjalan ke shopping complex seorang diri. Meninggalkan GilaFriends bersama buku-buku mereka. Dan biasanya saya akan balik lewat hari, dengan membawa samada kasut atau baju baru atau kedua-dua sekali.

Saya boleh lukis pelan Mid Valley dan Sunway Pyramid. Saya boleh bagitau lokasi setiap kedai dengan tepat. Saya tahu bila MNG atau ZARA atau TopShop ada sales. Saya pernah minat sorang sales asst TopShop MV berambut afro. Kereta pula jadi almari kasut.Almari zip kain saya pernah jatuh menyembah bumi sebab tidak dapat menampung baju-baju saya. Itu saya. Dulu.

Sekarang, saya banyak terperap di rumah. "Berkulat" bak kata Karin (Bebi ailebiu!). Kasut terakhir saya beli adalah semasa saya mengandung 5 minggu. Oh lupa, lepas tu saya ada beli lagi sepasang, sebab kaki dah bengkak, jadi dapatlah sepasang Crocs. Tu pun bukan beli kat butik. Beli kat Crocs outlet store. I'm not a fan of Crocs. But it was the most comfortable for me that time. Though i ended looking like Ronald McDonald with my swelling feet. That was the last pair i had. Tisya  is nearly 8 month old now. That means I actually have not buy any new shoe for a period of one year. Amazing right? Boleh masuk malaysian Book of Record mungkin. And the last baju i bought was a day before my birthday.  As a birthday present for myself. It was a pair of frigging leggings. That cost me less that RM20. Not from any fancy stores. It was from this jinjang kedai that sells jinjang clothes. Ironically, I think more than twice before buying it. MORE THAN TWICE. Before this, i never even think twice before taking them to the counter. I use my brain more often now. Ini saya. Sekarang.

Dulu, saya berhabis beratus sebulan untuk produk rambut. Shampoo, conditioner, mask, serum, sikat berbagai jenis. Hair treatment lagi. Itu saya. Dulu. Sekarang saya cuma pakai syampu. Syampu juga masih bukan sebarang syampu. Saya akan beli syampu yang ada diskaun. Yang kalau beli 200ml, dapat bercuma 50ml contohnya. Itu saya. Sekarang.

Maka, kawan-kawan, the next time kita berjumpa, jangan la kamu berkata "Kau nampak lain sekarang."

Saya bukan nampak lain.
Saya sudah berubah.
Saya memang lain.

Ini saya. Sekarang.

Tuesday, April 20, 2010

Mama Nak Mamak

I had lunch at Mamak's with Kekasih.

"Mee goreng mamak, satu", i said.
"Mamak takde. Mee goreng biasa ada,"

I don't get this. Macamana dekat kedai mamak tak ada mee goreng mamak?
Mee goreng mamak dan kedai mamak kan seperti irama dan lagu.
Kan?

Friday, April 16, 2010

Mama Yang Trauma

Last night Tisya jatuh katil.
I turned around in a second, JUST ONE FRIGGING SECOND, and *duusshhh* she was already lying on the floor! I went hysteric! If only I put her at the centre of the bed. If only I put her in her cot. If only I didn't turn around. How I wish I could turned back time *sigh*

She cried few minutes. (Her crying still haunting me till now.)
Guess what, after a while, she started to rolled on the bed again!

Hish, I know Fred Durst is hot. But, do not listen to him when he said: keep on rolling, baby. For goodness sake! Don't you learn a lesson, Sayang?

I still feel guilty about it. Perhaps, I should pasang kandang dekat katil.
And we gonna look like bears in zoo.

Wednesday, April 14, 2010

The Kid Sudah 7 Bulan

Hari ni sudah genap 7 bulan.
Last night, she decided to torture me and Kekasih.
First, she was cranky. Semua benda tak kena. After a while, she was OK. Playing and rolling on the bed. And after that, she refused to sleep! GgggrrrrrRRR! She must be fall asleep by herself. The funny thing is, she decided to sleep di bawah ketiak Papa. LOL.Why Tisya, whyyyyy????

Happy 7 months, sayang.
Mama loves you more than anything.

Wednesday, April 7, 2010

Pakcik Kucing

Ini Pakcik saya.

Masa dia masuk hospital sebab denggi, benda yang dia risaukan adalah kucing-kucingnya di rumah.

OK Pakcik saya masih single. Silakan kawan-kawan. Tapi kamu mesti sukakan kucing. Kalau tak kamu duduk la dalam cage kucing kat luar rumah sambil kucing-kucing pula tidur enak bersama Pakcik.

Thursday, April 1, 2010

Pelik Pada Kamu, Tidak Pada Kami

OMG i just realized that i'm actually turning into a cat blogger!

Ini semua kerana saya dibesarkan di dalam keluarga yang mungkin pelik, tapi ini perkara benar. (Ini bukan cobaan, ini betul-betul)

1. Nama panggilan kucing seperti nama manusia.
Ia adalah perkara biasa jika kamu mendengar kami menjerit:

"Angah turun kereta!" atau "Angah, jangan tidur dalam bakul kain!" atau "Angah keluar dari kotak!"

Jangan la pula kamu membayangkan Ida, adik saya yang gedempol comel itu duduk di atas kereta/tidur dalam bakul/duduk dalam kotak. Tidak. Tak muat pun.  Kami tak panggil Ida Angah. Panggilan itu merujuk kepada budak bertuah ni.
Selain tu kami panggil Mama (panggilan untuk emak Angah) dan Abang (untuk abang pada Angah).

2. Keluarga ini pernah solat hajat supaya kucing yang sakit sembuh.
Saya ingat lagi, masa tu saya tingkatan 5. Kami ada kitten nama Ciko. Ciko sakit. SuperAyah selalu pesan solat hajat doa Ciko cepat sembuh. Tapi saya masa tu konon la busy belajar. Satu hari, saya nak pergi dapur buat air kopi (saya belajar pukul 4 pagi), saya terserempak dengan SuperAyah tengah pegang sejadah. SuperAyah cakap "Ayah solat hajat doa pada Allah, kalau Ciko tak boleh sembuh, amik saja dia pergi. Siksa sangat Ciko tahan sakit". Saya tak jadi buat kopi. Saya terus nangis. Saya geram dengan SuperAyah kenapa doa macam tu untuk Ciko. Saya ingat dengan derai airmata, saya bukak buku teks, cari tajuk solat hajat. Saya nak doa saya overule doa SuperAyah (wtf?). But yes, doa dari SuperAyah lebih makbul. Sebab doa SuperAyah tidak sellfish.

3. Bacakan yassin untuk kucing
Soulmate saya Chiky (atau Abang), meninggalkan kami setelah berbelas tahun hidup di dalam keluarga kami. Saya ingat di kala menerima berita kematian dia, Ayah bagitau saya, "Ayah sempat bacakan dia yassin masa dia tenat. Habis baca yassin. Dia tarik nafas panjang, dan terus pergi". Pelik? Ini cerita benar. Ayah bagitau "Dia pun makhluk Allah macam kita semua".


4. Kami panggil kucing-kucing yang telah mati sebagai arwah
Pernah saya berborak dengan adik saya, Hazlami. "Kenapa tak buang je kerusi malas ni? Buat semak je kat depan rumah." Hazlami terus duduk atas kerusi tu sambil cakap "Ni kerusi favourite arwah (Chicky), sayang nak buang."

Dan semasa Chucky pergi, Ida tulis ini di facebook: Perginya 'seorang' sahabat..im gonna miss u,chuck..13 yrs of gud time 2gether.really gonna miss u..

Perhatikan perkataan "seorang".

5. Minum susu bersama kucing
Semasa SuperMak mengandungkan adik saya yang paling kecil. Hazwani, dia biasanya akan buat susu Anmum waktu pagi. Satu untuk dia. Dan satu dia akan bagi Mama (Mama sedang mengandongkan generasi Angah)

6. Semasa Hazwani baru pandai bercakap, dia akan cakap "Nama ayah,Abdul Ghani, emak Hasnah, akak Nurul comel, akak Ida, abang Hazlami, kucing Abang, Chucky, Stokin', Angah". Tidak pernah miss walau satu pun tiap kali ditanya. Seolah-olah itu ahli keluarga kami.

Sebenarnya banyak perkara pelik yang keluarga ni sanggup buat untuk kucing-kucing. Salah satu yang paling pelik dan lawak adalah ini. Mengangaap kucing pandai membaca.



Memo ditampal (bahagian bawah pintu) semasa menyambut kedatangan Tisya ke rumah. Kesian kucing-kucing semua tak boleh duduk dalam rumah.

Di Sana Lebih Baik

Memang kucing Tisya yang saya nampak dekat parking lot tadi pagi *sigh*

Semoga bersemadi dengan aman di Syurga.

Sekarang Kucing Tisya tak perlu tidur di atas rak kasut jiran depan.

Dan kalau hujan, dia tidak perlu lagi tidur mengerekot di atas alas kaki rumah kami.

Kerana dia sudah berada di Syurga, lengkap dengan tilam empuk.


Jangan bimbang wahai wahai sang kucing.

Kami akan pastikan Tisya selamat sampai ke rumah babysitter macam biasa.

Walaupun Kucing Tisya tiada menemani kami lagi.

Kami akan rindukan Kucing Tisya.

Meow meow

Kekasih played futsal with his friends last night. He reached home around 12 midnight.

I was already asleep, of course.

All I remember he was saying "Asya cakap, Gemok dah balik!"

Syukur Alhamdulillah. Thank you Allah.

And today, when I was going to to work, ada la pulak mayat kucing kat tempat parking. Mesti kena langgar.

I hope it's not Kucing Tisya.

There's this one stray kitten lives at our block. Everytime it sees me or Kekasih carrying Tisya, it will follow us.

It even followed us into the elevator, everytime we send Tisya to babysitter's.

And then it will sit outside the babysitter's house, as if to make sure Tisya is safe inside the house.

I believe it has a special relationship with Tisya. So, we called it Kucing Tisya.

Today, Kucing Tisya was not around when we send Tisya to the babysitter's.

Harap-harap bukan la dia yang mati kena langgar. Kekasih said he will check the cat later.

I hope Kusing Tisya is very much alive. Waiting for us in front of our door like days before.

Wednesday, March 31, 2010

Pulanglah

Gemok, Kekasih's family cat had gone missing for days. Kekasih sisters are terribly sad right now *sigh*

I love Gemok. He's fat, lazy, cute. Just like any other ordinary home cats.

I seriously hope he will come back.

I remember few years back, they had a cat named Manja. Unlike Gemok, who is a bit shy with strangers, Manja on the other hands, was manja with everyone including with strangers (ex: me). I was upset when Kekasih told me Manja went missing. I remember, evertime I went to their home, while waiting for Kekasih outside the house, I will played with Manja for a while. After he went missing, I will stared at the bench outside the house, hoping Manja was still there. Sitting lazily, looking cute. But of course, it wasn't there.

So if you see a shiny black fat cat, do contact us. Please. This cat meant a lot to the family.


p/s: This is why I do not want to keep any pet anymore. I just couldn't take the pain of losing them.

Tuesday, March 30, 2010

Lil Strawberry

Hi!

Saya Tisya.

Kalau hari panas, pipi saya jadi merah-merah.

Kadang-kadang, lepas minum susu Mama pun, pipi saya boleh jadi merah-merah.

Macam pakai blusher.

Hari tu, masa Mama dan Papa tengah lunch, sorang Aunty ni datang pada Papa tanya samada pipi saya memang natural begini. Eh Aunty ni, takkan la kecik-kecik dah pakai blusher. I natural begini OK?

Lepas tu Aunty tu cakap, dia ingat  kami ni orang Cameron Highlands, baru turun KL. Maka, pipi saya merah sebab tak tahan panas KL.

Lepas Aunty tu beredar, Mama bagitau Papa:

"Agaknya sebab muka kita ni macam orang asli kat Cameron Highlands."

Hihihihihi

Atau mungkin muka saya mengingatkan Aunty tu pada:

STRAWBERI!

Monday, March 29, 2010

Awan Kekasih

I just received this e mail from Kekasih.

Subject: Got my Roadtax from Myeg....


Sadly handed by someone else.....not Scha Al-Yahya.

Apakah?

Oh by the way, suit merah ketat Myeg itu sangat hodoh la, Yang.

Thursday, March 25, 2010

Dia Telah Berada Di Syurga

Saya busy sangat ni. Tapi kena tulis ni.

Selepas Roy, kini giliran Chucky pula.

Chucky sayang,
semoga aman di dunia baru,
di sana ada banyak Friskies (Chucky tak perlu tolak balang macam selalu dekat rumah)
di sana ada banyak ikan cencaru bakar
di sana ada tilam indah untuk Chucky

Terima kasih untuk 13 tahun yang penuh warna warni.
Maaf akak selalu cakap Chucky tak hensem
Chucky muka keras sangat.

Takpela, sekarang Chucky mesti senyum kan?
Ahhh..Akak rindu Chucky.

Found this photo from my sister's FB. That's  Hazwani and our beloved Chucky (RIP)

Monday, March 22, 2010

Perkara-perkara Yang Mustahil

Sejak menjadi ibu, perkara-perkara ini seperti terlalu mustahil untuk dilaksanakan:

1. Makan perlahan
Sebelum ini, saya makan sangat perlahan. Kunyah dan kunyah dan kunyah, baru telan. This was my chilhood trick. Masa kecik saya tak suka makan. Dan ketidaksukaan saya itu menjadi satu masalah pada SuperMak dan SuperAyah. Mereka akan paksa saya makan dan habiskan. Maka, saya akan kunyah perlahan-lahan supaya saya menjadi orang terakhir di meja makan. Bila sudah tiada siapa di meja makan, maka saya boleh buang makanan dalam tong sampah tanpa dilihat oleh sesiapa.

Tapi semenjak mengandung saya baru discover hidden talent saya iaitu MAKAN! Sehingga saya disahkan mengalami excessive weight gain, dan disuruh kurangkan makan (OK yang ni nanti cerita). Sekarang saya suka makan, tapi sejak ada Batrisyia, saya juga baru discover hidden talent kedua berkait dengan makan. Saya boleh makan laju! Kunyah, telan, kunyah, telan. Kadang-kadang kalau dia mengamuk, macam tak sempat kunyah, terus telan. Dan setakat ni, tiap kali pergi Sushi King aktiviti kunyah dan telan masih berlaku. Entah kenapa dia semacam menyampah dengan Sushi King. Agaknya banyak sangat makan masa dalam perut, sekarang nampak logo ikan tu dia terus mengamuk *sigh*

2. Tidur tanpa gangguan
Yup, saya masih tidur awal. Pukul 10 malam memang dah Allah Selamatkan Daku. Tapi of course setiap satu jam akan terjaga samada untuk susukan Tisya, atau jenguk cot untuk pastikan dia berselimut (selimut sume kena tendang), atau letak Tisya balik atas bantal (memang bantal entah ke mana, dia entah ke mana) atau kadang-kadang terjaga bila Tisya rasa dia nak menangis suka-suka tanpa sebab.

3. Pakai kasut tinggi
Sejak mengandung kasut tinggi memang dah bersemadi dalam boot kereta. Walaupun sebelum tu, saya boleh shopping pakai kasut tinggi, boleh lari pakai kasut tinggi (height issue, harap maklum). Tapi selepas 9 bulan berpijak di bumi yang nyata, memakai kasut tinggi tidak lagi praktikal, terutama jika terpaksa mengendong Tisya. Saya tidak mahu terpersona lagi dengan tarikan graviti.

4. Membawa handbag comel
Currently, saya ke hulu ke hilir membawa beg gim warna merah yang besar gedabak tak ubah macam karung Santa Claus ke mana-mana. Bila keluar jalan-jalan, campak baby wipes, minyak, baju extra, changing mat dll. Ke ofis, beg Santa Claus yang sama saya usung ke hulu ke hilir, di dalamnya ada breastpump dan cooler bag.

5. Memakai assesori dan mekap
I can't stand make up during my pregnancy period. Baunya membuat kepala pening, dan rasa nak muntah. Dan melekit-lekit di muka membuat diri sentiasa nak marah. Dan selepas 9 bulan melihat wajah hodoh tanpa mekap di cermin, sekarang saya sudah tidak kisah lagi. Dan saya mahu dia dan saya bebas mekap tiap kali saya menggomol atau menciumnya. Assesori seperti rantai panjang agak tidak praktikal terutama bila perlu menyusukan dia. Saya tidak mahu dia terbelit ketika menyondol-nyondol mencari boobs ibunya.

6. Bercantik-cantikan
Ya, seperti semalam saya bagitau diri ini, esok taknak pakai spek pergi kerja, nak pakai contact lense. Esok nak pakai dress pergi kerja. Tapi tadi pagi, Tisya boleh terjaga awal, dan kemuadian saya kelentang-kelentung menyediakan bubur untuk dibawa ke babysitter. Tup tup dah pukul 7, terus sarung jeans amik baju yang entah apa-apa, sarung kasut Nike yang dah lusuh terus pergi office.

Friday, March 19, 2010

Dialog: Batu Belah Batu Bertangkup

Ilham dari cerita ini. Masa saya kecil, SuperMak pernah bagitau saya cerita ni mengarut. Bila ada anak sendiri, saya paham kenapa.

Ini dialog antara saya dan Tanjung.

Nurul: Kenapa nak masuk dalam Batu Belah Batu Bertangkup (BBBB)?

Tanjung: Saya kempunan telur tembakul. Anak saya habiskan semua. Saya merajuk terus pergi BBBB.

Nurul: Kamu dengar tak Si Pekan dengan Melur merayu-rayu? Minta kamu jangan masuk dalam BBBB? Atau kamu ada sound trouble?

Tanjung: Dengar.

Nurul: Jadi kamu sanggup teruskan niat pergi BBBB? Walaupun anak kamu menangis meraung merayu begitu? Kamu ni hati batu ke?

Tanjung: Hmmm

Nurul: Bila kamu mati ditelan BBBB. Siapa nak jaga mereka?

Tamjung: Tak pasti pula saya.

Nurul: Orang berjuang hidup untuk menjaga anak. Kamu tak fikir ke?

Tanjung: Tapi saya kecewa. Saya kerja macam orang gila. Mereka suka hati habiskan makanan.

Nurul: Kamu jangan nak cerita pasal penat bekerja dengan saya. Rutin biasa ibu bekerja. Bangun pagi untuk siapkan anak sebelum dihantar ke babysitter. Kemudian meredah sesak jalan untuk ke tempat kerja. Di tempat kerja kena luangkan masa untuk pam susu. Redah sesak lagi untuk balik rumah. Lagilah kalau tiada bibik. Ingat senang? Kalau semua orang kecewa, dan ambil keputusan untuk menyerah kalah, lebih separuh dari wanita bekerja akan ikut jejak kamu. Tapi bukan semua orang pendek akal macam kamu. Kami berjuang. Habis-habisan untuk anak.

Tanjung: Tapi, saya nak sangat makan telur ikan tembakul tu

Nurul: Seorang perempuan yang sanggup meninggalkan anak-anak for own appetite is one sellfish b****, faham?

Tanjung: Uwaaaa

Nurul: Pergilah masuk BBBB sana!

Ini Untuk Ahmad Dhani

I found this while cleaning up trashs in my laptop. Wrote this in December 2007.
Ilham tercetus dari lagu ini. Ahmad Dhani tulis lagu ini untuk aku!


Ini Untuk Ahmad Dhani,

Kehadapan Ahmad Dhani,
hari ini seorang lelaki dyslexic menemankan aku,
seharian duduk di toko buku,
jejarinya menyelak kertas satu per satu.

Maafkan aku Ahmad Dhani,
Kuala Lumpur ini jadi saksi,
cinta yang pernah kau tinggalkan di sini,
kini sudah tidak wujud lagi.

Pulang saja ke negaramu,
aku sudah ketemu cinta baru.

Thursday, March 18, 2010

Berilah Diri Ini Kekuatan

Kekasih kerja malam hari ni.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih,
berilah hambaMu ini kekuatan
untuk menukar diaper Batrisyia seorang diri.
Amin.

Monday, March 15, 2010

Sudah Separuh Tahun

Semalam 14.03.2009, Tisya sudah 6 bulan. Ini apa yang terjadi semalam:


1. Tisya bangun. Cakap sorang-sorang dalam cot. Mama biarkan. Mama sambung tidur.

2. Jerit dalam cot. Mama terkejut. Angkat letak tengah antara Mama dan Papa.

3. Tarik baju Papa. Tepuk bahu Mama. Gigit tangan Papa. Tarik rambut Mama.

4. Papa tepuk-tepuk Tisya. Mama cakap "ssshhhooo..tidur Tisya, hari ni tak kerja"
5. Tisya menjerit sekuat hati

6. Mama terkejut, terus bangun sambil nyanyi Happy Birthday, Tisya.

7. Papa mamai sambil nyanyi sama.

8. Mama cakap jom breakfast kat McD.

9. Tiga beranak tak mandi menuju ke McD.

10. Tisya breakfast bubur brokoli dekat McD.

11. Tisya mengamuk dalam McD.

12. On the way balik, Papa beli suratkhabar.

13. Dekat rumah, Tisya mengamuk nak baca suratkhabar.

14. Tiga beranak meniarap sebaris sambil membaca suratkhabar di ruang tamu.

15. Pergi makan dekat Alamanda.

16. Tisya mengamuk taknak duduk dalam stroller. Papa kena dukung guna carrier.

17. Buat Mama gila dengan aksi spring dalam kereta.

18. Mama suruh berhenti dari buat aksi spring.

19. Teruskan dengan aksi spring.

20. Mama pasrah.

21. Mama terasa nak makan kek.

22. Tisya mengamuk dalam Secret Recipe.

23. Papa cakap badan Tisya hangat.

24. Pergi klinik.

25. Tisya nangis dalam bilik doktor.

26. Doktor kata badan Tisya memang hangat. Tapi tak demam.

27. Balik rumah.

28. Tisya mengamuk.

29. Tidur.

Happy 6 month, Tisya.


p/s: Terima kasih Farisya sebab upload gambar Tisya dalam facebook.
Terima kasih Diza sebagai photographer. Kesian sampai menonggeng nak ambil gambar Tisya. Tisya tak reti diam haha

Friday, March 12, 2010

Surat Untuk Tisya

Hai sayang Mama,



Ini surat untuk Tisya. Mama dah lama tak tulis surat. Kali terakhir Mama tulis surat adalah pada Aunty Tumin dan kemudian pada Aunty Karin (ailebiu Bebi!). Lepas Aunty Karin tinggalkan Mama, Mama tak tulis surat dah. Eh ada. Mama hantar resignation letter. Tapi tu surat rasmi. Jadi kita jangan kira OK?



Jadi kat sini Mama nak cerita semasa Mama mengandungkan Tisya OK? Masa Mama mengandungkan Tisya, Mama adalah perempuan yang miserable. Bukan salah Tisya, sayang. Mama sayang Tisya. Tapi Mama rasa bersalah sangat sebab Mama rasa preparation untuk sambut Tisya tak macam orang lain sambut anak. Sebab Mama dan Papa adalah golongan marhaen yang gaji cukup-cukup bayar sewa kat Flora Damansara bodoh dan beli makanan (yang banyak) untuk Mama!

Sepanjang mengadungkan Tisya, Mama jadi macam penguin. Mama tak pernah guna tandas cangkung, sebab pernah sekali tu Mama hampir bergolek jatuh ke belakang. Entah kenapa, Mama macam terpersona dengan tarikan graviti. In fact, masa Tisya 5 bulan dalam perut, Mama pernah jatuh dan kaki terseliuh. Perut Mama besar sangat, jalan pun nak nampak kaki. Maka, Mama termiss satu anak tangga, dan bergolek seperti Humpty Dumpty. Mama cuba nak bangun, tapi badan berat sangat. Akhirnya Mama pusing-pusing atas lantai macam perempuan gila buat tarian pelik. Papa hantar pergi klinik takut apa-apa jadi kat Tisya. Tapi waktu tu Mama sangat yakin Tisya OK. Sebab perut Mama tak sakit pun, tapi kaki memang tak payah cakap la. But yes, you survived that incident. Kesian anak Mama. Mesti Tisya pelik kenapa dunia ni berpusing-pusing time tu kan? Anggaplah Mama tengah practice untuk masuk pertandingan Sehati Berdansa, ya sayang ya.

Selain tu, kita juga survive lagi banyak incidents lain. See sayang, tempat Mama dan Papa tinggal namanya Flora Damansara. Tempat tu selalu takde air. Time tu la Mama selalu guna membership dekat Fitness First untuk mandi. Mama pergi The Curve bukan untuk shopping, tapi untuk mandi. Class juga rupanya kita ni, nak. Tiap hari Papa beratur tadah air dekat tingkat bawah. Nasib baik Papa kuat. Dia angkat 2 baldi sekaligus selalunya. Lepas management bayar bill tertunggak pada SYABAS, kami sangat lega. Kemudian, tiba-tiba, TNB pula potong bekalan elektrik dekat blok kita. Tak ada elektrik bermaksud, tiada lif (rumah kita tingkat 15), tiada lampu di koridor, tiada lampu di besmen, tiada ASTRO dan tiada air (sebab water pump bangunan guna elektrik). Mama nak nangis pun letih sangat hari tu. Lepas tu ada cameraman nampak Mama duduk duduk merenung masa depan, dia suruh Mama ngan Papa berlakon panjat tangga. Mama jerit kat dia "No, I'm not going to climb those stairs!" Tapi dia pujuk, cakap berlakon je "Akak panjat 2 tangga je. Kita kena siarkan cerita ni. Baru semua orang tau". Akhirnya, Mama setuju. Mama dengan rambut serabai konon-konon panjat tangga. Mama ngadu kat Aunty Kintan, dia suruh Mama tidur rumah dia. Nanti dah besar jangan lupa ucap terima kasi kat Auntry Kintan OK? Dia hari-hari belikan Mama makanan dekat office, takut Mama kebulur. Aunty Tumin pun belikan Mama makanan. Ailabiu ol. Malam tu Mama keluar kat berita Awani (siapa je tengok berita Awani GRRRRrrrrR), dan esoknya keluar dekat The Star.

Benda-benda macam ni lah yang buat Mama miserable. Ditambah kompeni yang bayar gaji Mama seciput tu buat Mama lagi rasa nak bersalin awal. Nasib baik ada Aunty Kintan, hari-hari tenangkan Mama, dengar Mama membebel. Mama gila selekeh masa mengandungkan Tisya. Ramai orang predict Tisya lelaki. Mama tau kenapa. Sebab Mama selekeh. Mama ke hulu ke hilir pakai T shirt Papa sampai Papa takde benda nak pakai hahaha. Orang kata, kalau mak dia selekeh masa mengandung, anak yang keluar lelaki. Masa tu hati Mama dah terdetik, kalau anak perempuan, kesian anak Mama. Mesti orang cakap anak Mama tak comel, sebab Mama selekeh.

Tapi tak apa, anak Mama tabah. Masa Tisya 8 bulan dalam perut, Mama Mama tersadai tepi jalan sebab Kancil Papa rosak. Tapi Tisya baik je masa tu. Temankan Mama duduk tepi jalan sambil Papa jalan kaki cari mekanik. You survived all frigging incidents. Anak Mama memang hebat! Mama minta maaf sebab sepanjang Tisya dalam perut Mama tak dapat nak pamper Tisya macam yang sepatutnya. Mama janji Mama tebus balik semua tu lepas ni OK.

You are one strong baby and Mama loves you so much.

Love,
Mama

Lupa

Bertembung mata dengan mata,
kali ini lain benar,
tanpa genang airmata,
tiada getar nada suara,
syukur pada Tuhan,
aku benar-benar sudah lupakan dia.

p/s:I posted this somewhere before. Tapi takpe post balik.

Wednesday, March 10, 2010

Nur Batrisyia

Hi semua!

Ada ke orang nak baca blog ni? OK ada. Saya akan paksa GilaFriends & Geng Rombongan Cik Kiah Meronggeng untuk baca blog ni hahahahaha.

Makanya, di dalam post ini, saya akan perkenalkan dengan superstar saya, cik Baby Bear yang kucintai NUR BATRISYIA BINTI FAIZAL REZA!



Alahai sayang Mama *kiss kiss*
OK ni gambar malam dia lahir ke dunia yang fana ini.

Sekarang dia dah besar pon. Maaf takde gambar terbaru. Dah boleh meniarap pun. Ahad ni genap 6 bulan. Dah nak makan solid food pun. Isk cepatnya besar anak Mama. Jap lagi pergi sekolah dah, pastu kawin dengan anak rajadengan orang yang beriman. Tinggallah Mama menghadap muka Papamu itu. Isk emo tetiba.

Oh by the way. Memang tiada post semasa mengandung. Waktu mengandung adalah waktu yang saya nak padam dalam memori, boleh ke? I was broke, ugly and miserable. Dan ketika trend wanita-wanita sekarang membuat photoshoot semasa mengandung, saya tidak ketinggalan. Free lagi. Silalah tatap gambar paling glamer saya semasa mengandung ini. Sementara itu penulis blog nak pergi tekup muka dengan kuali. Sekian.




p/s: Oh ya saya yang memakai baju merah jambu itu.


Hala Tuju

Ok, saya sedang cari hala tuju blog ini. Banyak benda tertinggal untuk diapdet. Beberapa pilihan untuk dibuat:

1. Menjadikan ini blog ibu (apdet anak buat apa, makan apa, berak kaler apa dll)
2. Menjadikan blog isteri (apdet hari ni buat apa, masak apa, makan apa dengan suami, kutuk puji suami dll)
3. Menjadikan blog ini blog untuk menyimpan khazanah-khazanah cerita/tulisan/nota lama yang tidak pernah disiarkan di mana-mana.

Maka, keputusannya ialah menulis semuanya di dalam ini. Selamat membaca dengan bosan!

Friday, February 12, 2010

Masih ada

Oh dah lama tak post entri.

Nanti lah kalau senang hehe