Friday, October 31, 2008

Semua Serba Baru!

Selamat datang!

Ya..ya!

Belog baru untuk tittle baru.

Ok selain anak, kakak, sepupu, kawan dll, sekarang saya ada tittle isteri!!!!

Macam best je kannnn???

Majlis di Segamat berlangsung pada 19th Oktober, dan di Semenyih pula 26th Oktober 2008.

Saya minta maaf sebab tak edarkan kad.

Serious shit, tak sempat!

Keje. Macam. Perempuan. Gila.

Kad banyak lagi kat rumah. Tak tau la nak buat apa.

Nanti raya tahun depan, saya bagi la korang ek. Kad pengganti kad raya.

Boleh?

Comel okkk kad kawin saya! Ada gambar sign cam kat depan pintu tandas!

Oh ya...saya memang kerja macam orang gila 2 , 3 bulan sebelum majlis.

Kamu boleh tanya BFF saya, Intan, yang juga merangkap teman sekerja saya.

Dia yang tolong saya agihkan kad kawin untuk rakan-rakan kerja yang lain. Pasal dia tau, kalau nak harapkan saya, memang berlambak lagi la koleksi kad kahwin saya kat rumah.

Minah yang sama ni gak la yang selalu membebel bila la saya nak pegi kursus kawin, bila masa lagi nak buat HIV test.

Tau tak HIV test pun buat gila last minute, kurang lagi seminggu sebelum majlis.

And sebab kepala hotak aku tak tak betul, masa buat HIV test, boleh la pula rupanya, TAK BAWAK IC (tak bawak purse lebih tepat)

Bila kakak pejabat kesihatan minta IC, saya godak-godak beg, keluarkan sikat, keluarkan tisu, sampah sarap semua atas meja dia, TAPI PURSE TAK BAWAK!!!!

Pastu kakak tu cakap kena ada IC baru boleh buat. kalau takpon boleh guna lesen ke, apa yang ada ID.

Tapi rupa-rupanya dalam beg saya memang cuma penuh dengan sampah sarap!!!

"Akak tak boleh buat ni dik"

Kamu tahu tak perasaaan saya macam mana??? Ingat senang ke dapat keluar office time keje??

Saya buat muka kesian, dan bagitau majlis saya Ahad depan. Kalau bukan hari ni, memang tak dapat la saya buat *sambil buat muka kesian gila*

Lepas tu kakak tu tarik nafas panjang, pastu dia cakap:

"Ok bagitau akak nama dan IC awak" sambil dia pegang borang.

Nama saya Nurul bla bla Binti Abdul Ghani...IC nombor bla bla bla bla

"Patutnya akak tak boleh tau buat macam ni. Awak ingat tu tau"

Saya rasa macam nak peluk itu kakak!!!!

Aishhh, keputusan test...saya disahkan negative HIV! (of course la kan)

Tapi kalau ada test mengesan penyakit serabut, memang confirm la positive time tu gak!

Ok dan kemudian berkahwin la saya tanpa sebarang halangan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

YELAH TU, KANNNNNNNNNN????????????

Tak habis cerita lagi okkkkkk!

Uhuks!

Lepas tu saya pun balik semula Segamat untuk Permohonan Nikah pula.

Pejabat Agama reject permohonan saya sebab patutnya borang-borang semua hantar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh nikah untuk proses.

Saya hantar 3 hari sebelum tarikh nikah.

Maka saya tak dibenarkan nikah...huwaaa huwaa huwaaa!

Nangis aku kat situ!!!

Khemah dah naik dah kat rumah...bangsal dah pasang sume!!!

Tapi pengantin tak dapat nikah???? Bukan la pengantin nama dia!!!

Lepas tu pegawai agama tu suruh pergi jumpa kadi sendiri.

Saya tak payah buat muka sedih, pasal memang dah sedih pun.

Rasa bersalah gila kat Mak dengan Ayah.

Diaorang dah selalu sangat ingatkan untuk prepare semua dokumen awal-awal.

Pastu jadi cam ni gakkk uhuk uhuk.

Lepas tu jumpa Tuan Kadi sendiri, saya cerita segala mak bapak nenek moyang betapa bizinya hidup saya beberapa bulan sebelum ni. Sampai cerita tak bawak IC pergi buat HIV test sume saya citer kat dia. Kerja macam orang gila. Kena ambil alih kerja teman sekerja yangberhenti kerja sebulan sebelum majlis. Kena buat kerja Kak sab yang cuti bersalin jugak.

Lepas sesi luahan perasaan, Tuan Kadi tu ada la ceramah saya sikit. Pasal prosedur diaorang sume. Angguk-angguk jelah, pastu mengaku salah. Dah memang salah pun kan.

Pastu, Tuan Kadi cakap dia boleh proseskan. Esok boleh amil surat permohonan diterima, boleh nikah 19 Oktober!

Melompat gembira saya di situ!

Nasib baik la tak boleh pelok Tuan Kadi!

Ok semua yang penting dah settle!

Nanti sambung cerita!

No comments: